Risiko Keguguran
Ramai wanita yang pernah keguguran bimbang tentang risiko keguguran yang bakal terjadi apabila mereka hamil lagi. Anda mungkin ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang keguguran untuk menghilangkan rasa risau dan […]
Info Kehamilan dan Sakit Puan
Ramai wanita yang pernah keguguran bimbang tentang risiko keguguran yang bakal terjadi apabila mereka hamil lagi. Anda mungkin ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang keguguran untuk menghilangkan rasa risau dan […]
Ramai wanita yang pernah keguguran bimbang tentang risiko keguguran yang bakal terjadi apabila mereka hamil lagi. Anda mungkin ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang keguguran untuk menghilangkan rasa risau dan berhenti menjadi bimbang terhadap kehamilan anda.
Jangan risau kerana statistik menunjukkan sekiranya anda cuma mengalami 1 keguguran, peluang kehamilan yang berjaya sangat tinggi.
Kehilangan kehamilan awal adalah kehilangan kehamilan atau keguguran sebelum minggu kehamilan ke-13 (semasa trimester pertama). Jika keguguran yang berlaku antara kehamilan 13 dan 19 minggu dipanggil kehilangan kehamilan trimester kedua atau keguguran pada trimester kedua.
Menurut American College of Obstetrician dan Gynecologists, kira-kira 80 peratus keguguran berlaku dalam trimester pertama. Semakin berusia kehamilan anda risiko keguguran menjadi semakin kurang terutama jika jantung bayi dikesan dalam degupan normal.
Kajian menunjukkan 30-40% kehamilan berakhir dengan keguguran dengan 22% wanita tidak sedar yang mereka sebenarnya hamil dan gugur.
Kira-kira separuh daripada keguguran disebabkan oleh kelainan kromosom, menjadikan masalah ini sebagai punca keguguran yang paling kerap.
Lebih berusia wanita, lebih risiko keguguran
Kadar keguguran menjadi rendah bagi wanita yang mempunyai anak sebelum ini, kira-kira 5 peratus sehingga 20 minggu kehamilan.
assalam doc, sy pernah keguuguran. 1st time…. dan sy x pernah ambl sbrang ubtan kecuali ambl supplement,,, apa saranan dctr yer…
salam, just makan acid folic setiap hari