Sakit Ovulasi Atau Senak Di Tengah Bulan

sakit-haidPernahkah anda tiba-tiba mengalami sakit perut seperti senggugut di pertengahan bulan?

Ia terasa senak terutama pada sebelah kiri atau kanan pada perut bawah anda dan selalunya berterusan untuk beberapa jam. Jika ini berlaku pada anda ia mungkin sakit mittelschmerz.

Mittelschmerz adalah perkataan Jerman yang jika diterjemahkan secara langsung bermaksud “sakit tengah” iaitu kesakitan yang berlaku pada pertengahan bulan. Ia berlaku akibat dari ovulasi yang terjadi pada salah satu ovari anda.

Bagi segelintir wanita ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala kerap dikelirukan dengan masalah pelvis yang lebih serius seperti sista ovari yang pecah atau terpintal.

Sebab Sakit Ovulasi terjadi

Telur membesar dalam folikel pada ovari yang dikelilingi oleh cecair folikel. Bila telur matang dan bersaiz optimal, sista perlu pecah untuk melepaskan telur dari ovari dan sista yang pecah akan mengeluarkan cecair dan darah yang boleh memberi iritasi pada pelvis anda.

Dianggarkan satu dalam lima wanita mengalami gejala ini. Tahap kesakitan berbeza di antara wanita dan wanita lain. Ia mungkin senak yang hilang selepas seketika atau mungkin juga pedih yang menusuk sehingga memberikan sakit yang sangat ketara.

Sakit Mittelschmerz selalunya hilang selepas enam hingga lapan jam tetapi kadang-kadang ia boleh berterusan selama 24 hingga 48 jam.

Ia mungkin disertai rasa loya, kerap kencing dan sedikit pendarahan faraj.

Diagnosa

Kebanyakkan sakit mittelschmerz tidak memerlukan sebarang rawatan sebab ia selalunya ringan dan hilang dengan sendiri. Tetapi sekiranya sakit menjadi semakin teruk, ia mungkin menunjukkan ada masalah serius dalam pelvis anda dan bukan lagi sakit ovulasi.

Jumpa doktor anda sekiranya sakit anda disertai dengan masalah berikut;

  • Rasa pitam atau pening
  • Demam
  • Sakit kencing
  • Perut Buncit
  • Kesukaran bernafas
  • Jika sakit anda melebihi 3 hari

Rawatan

Jika sakit anda tidak begitu serius, anda boleh mengambil paracetamol atau mefenemic acid yang boleh dibeli di farmasi berdekatan. Minum air dengan cukup dan berehat.

Jika sakit berterusan dan kerap mengganggu kualiti hidup anda, doktor mungkin menyarankan penggunaan ubat pil perancang untuk menghalang terus ovulasi dari berlaku. Pil perancang sangat efektif untuk mengurang sakit.

Jika sakit anda teruk dan berterusan, eloklah berjumpa dengan pakar untuk memastikan anda tidak mengalami masalah yang lebih serius seperti endometriosis atau sista ovari pecah (ruptured ovarian cyst)

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: