Bagaimana Endometriosis boleh menyebabkan Anda Sukar Hamil?

Laparoskopi_03

Endometriosis adalah di antara punca utama kenapa wanita gagal hamil. Kajian perubatan menunjukkan  30 hingga 50 peratus wanita yang mempunyai masalah infertiliti didapati mengalami endometriosis.

Ramai wanita yang mengalami endometriosis keliru bagaimana endometriosis boleh menyebabkan mereka gagal hamil dan kaitannya dengan ketidak-suburan.

Berikut adalah di antara beberapa sebab bagaimana endometriosis boleh menjejaskan kesuburan anda:

Berlaku parut di sekitar tempat endometriosis tumbuh

Sekiranya Endometriosis terjadi pada ovari, parut yang terhasil menyebabkan perlekatan atau adhesion pada pelvis. Ini boleh menyebabkan kedudukan ovari menjadi jauh dari tiub fallopian dan telur sukar disambut oleh tiub fallopian apabila berlaku ovulasi.

Ovulasi tidak berlaku

Jika endometriosis berlaku pada permukaan ovari ia akan menghalang ovulasi daripada berlaku.

Salur Peranakan tersumbat

Endometriosis yang terbentuk di dalam tiub fallopio akan menghalang laluan sperma ke dalam tiub dan mencegah telur dan sperma daripada bersenyawa.

Endometriosis adalah disebabkan masalah imun

Sesetengah penyelidik menyatakan masalah sistem imun yang menjadi sebab kepada endometriosis berkongsi sebab yang sama kenapa wanita gagal hamil.

Pasangan gagal membuat hubungan seks pada hari subur kerana ia menyakitkan

Endometriosis boleh menyebabkan hubungan seks menyakitkan bagi sesetengah wanita, dan kesakitan ini boleh menjadi  lebih teruk sekitar masa ovulasi.

Tidak melakukan hubungan seks semasa ovulasi akan mengganggu keupayaan anda untuk hamil kerana ia adalah masa anda paling subur.

Endometriosis adalah toksik terhadap janin

Cecair darah yang terbentuk di dalam sista endometriosis boleh membunuh janin yang sedang membesar dan ia boleh menyebabkan keguguran dan seterusnya anda gagal hamil.

Bagaimana cara untuk mengesan Endometriosis?

Satu-satunya cara untuk mengesahkan kehadiran endometriosis adalah dengan pembedahan laparoskopi diagnostik. Ujian Ultrasounds kadang-kadang sukar memberikan diagnosa yang tepat sekiranya endometriosis anda masih di peringkat awal.

Dalam masa yang sama, doktor juga akan membuat ujian samada tiub fallopian anda tersumbat atau tidak. Sekiranya rahim anda retroverted (terbalik), doktor mungkin akan menyarankan pembedahan uterine suspension untuk memulihkan kedudukan rahim anda.

Bagaimana Endometriosis dirawat?

Rawatan Endometriosis adalah bergantung kepada:

  • Keterukan dan peringkat penyakit ini
  • Jika anda mengalami senggugut
  • Usia anda
  • Samada anda beringinan untuk hamil- Sesetengah rawatan bagi endometriosis mengurangkan kesuburan anda.

Beberapa pilihan rawatan yang ada sekiranya anda cuba untuk hamil termasuk:

Pembedahan laparoskopi untuk membuang ketumbuhan endometrium, tisu parut dan perlekatan (adhesion) yang disebabkan oleh endometriosis ini. Pembedahan ini cuma boleh mengawal pertumbuhan endometriosis kerana ia boleh tumbuh semula.

Rawatan IVF dibuat selepas pembedahan atau IVF terus tanpa menjalani sebarang pembedahan.

Rawatan IUI dengan ubat kesuburan boleh digunakan tapi disarankan kepada mereka yang mengalami endometriosis pada peringkat awal.

Sakit senggugut boleh dirawat dengan menggunakan ubat tahan sakit, perubahan gaya hidup, senaman dan perubahan diet. Anda juga boleh mencuba akupuntur kerana ia mungkin berkesan untuk anda.

Walaubagaimanapun, pembedahan untuk membuang ketumbuhan adalah pilihan utama dalam merawat kesakitan teruk akibat endometriosis.

Jika anda tidak bercadang untuk hamil, pilihan rawatan yang ada termasuk rawatan hormon seperti pil perancang atau yang terbaru ubat VISANNE.

Dalam kes endometriosis yang teruk, Histerektomi dicadangkan kerana ia rawatan yang paling berkesan terhadap endometriosis teruk.

Histerektomi melibatkan pembuangan rahim dan ovari yang rosak. Ia dianggap sebagai rawatan pilihan yang terakhir. Anda tidak boleh hamil selepas Histerektomi.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s