Tumpah Darah Selepas Bersalin

nifas-banyak

Semua wanita berisiko untuk kehilangan darah selepas melahirkan anak tidak kira samada mereka bersalin normal atau tidak.

Selepas bersalin, placenta yang terpisah dari rahim akan mengalakkan pendarahan, tetapi secara semulajadi, rahim akan mengecut menutup saluran darah dan menghentikan pendarahan dari berterusan.

Untuk mengurangkan lagi risiko pendarahan, doktor selalunya akan menyuntik sintetik oxytocin hormon (Syntometrine) sebaik sahaja bila bayi dilahirkan untuk mengalakkan lagi pengecutan rahim seterusnya mengurangkan lagi risiko pemdarahan.

Penyusuan susu ibu dalam masa satu jam selepas bersalin juga boleh membantu mengecutkan rahim kerana ia mencetus rembesan hormon oxytocin secara semula jadi yang membantu mengecutkan rahim dengan lebih berkesan.

Malangnya, dianggarkan 5%  wanita berkemungkinan mengalami pendarahan faraj yang begitu banyak sehingga rawatan lebih lanjut perlu dilakukan. Kehilangan darah yang berlebihan ini dipanggil pendarahan selepas bersalin (PPH) atau tumpah darah.

Punca Pendarahan

Punca yang paling kerap terjadi pendarahan adalah di mana satu keadaan yang dipanggil Uterine Atony iaitu rahim gagal mengecut selepas kelahiran. Ia adalah punca utama kenapa wanita tumpah darah selepas bersalin.

Uterine Atony lebih cenderung untuk terjadi kepada wanita yang melahirkan bayi yang besar atau jika proses bersalin yang memakan masa yang lama.

Faktor-faktor lain yang meninggikan risiko tumpah darah antaranya ialah;

  • Obesiti
  • Mengalami sejarah tumpah darah sebelumnya
  • Hamil kembar
  • Mempunyai fibroid rahim
  • Luka pada pangkal rahim
  • Luka Episiotomi yang besar
  • Rahim yang koyak
  • Darah tinggi
  • Kencing manis


Rawatan Tumpah Darah

Jika aliran darah anda didapati tidak berhenti dan berterusan selepas bersalin maka beberapa rawatan perubatan akan diberikan iaitu;

Rahim anda akan diurut dengan kuat untuk merangsang pengecutan. Doktor juga mungkin akan memasukkan satu tangan di dalam faraj anda perlahan-lahan untuk menekan rahim antara dua tangannya. Beliau juga mungkin akan mengeluarkan darah beku dari dalam rahim anda untuk membantu rahim mengecut.

Anda juga akan diberi aliran oxytocin dalam drip. Jika pendarahan masih berterusan, anda mungkin akan dipindahkan ke bilik pembedahan untuk pemeriksaan lanjut dan mencari punca mengapa anda masih berdarah.

Doktor akan cuba mencari sebarang luka dalam vagina yang boleh menjadi punca pendarahan. Jika dipercayai ada uri tertinggal maka D & C mungkin dilakukan.

Ujian darah selalunya akan dibuat untuk memastikan samada anda memerlukan pemindahan darah dengan memeriksa kandungan hemoglobin dalam darah anda.

Jika kehilangan darah berterusan, anda mungkin akan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan histerektomi atau membuang rahim sekiranya pendarahan tidak terkawal dan boleh membahayakan nyawa. Walau bagaimanpun, ia sangat jarang terjadi.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: