Keguguran adalah kehilangan kehamilan yang berlaku dalam masa 20 minggu pertama kehamilan. Walaupun keguguran yang juga dikenali sebagai pengguguran spontan adalah perkara yang kerap terjadi namun ramai wanita mempunyai salah faham tentang masalah ini dan tidak ingin berbincang mengenainya.
Berikut adalah 10 fakta keguguran yang anda perlu tahu iaitu;
1. Keguguran Adalah Masalah Yang Kerap Terjadi
Kajian menunjukkan 10 hingga 15 peratus berakhir dengan keguguran tetapi jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana ramai wanita tidak menyedari yang mereka hamil dan semasa keguguran terjadi.
Risiko keguguran menjadi lebih tinggi sekiranya usia semakin meningkat.
2. Keguguran Bukan Salah Anda
Perasaan bersalah memang dijangka terjadi selepas keguguran tetapi kebanyakkan keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal.
Keguguran terjadi adalah secara semulajadi di mana badan manusia akan menyingkirkan kandungan yang tidak sihat. Tidak ada apa yang boleh wanita buat untuk mencegah keguguran daripada terjadi.
3. Diagnosa Keguguran Mungkin Mengambil Masa Sehingga Seminggu
Keguguran selalunya dikesan apabila tiada denyutan jantung yang dilihat melalui ujian ultrasound tetapi diagnosa menjadi sulit sekiranya keguguran terjadi sangat awal.
Selalunya doktor akan membuat ujian ulangan ultrasound selepas seminggu. Jika masih tidak ada denyutan atau kantung masih dalam saiz yang sama telah sah keguguran sudah terjadi.
4. Pendarahan Faraj Tidak Semestinya Menunjukkan Anda Gugur
Walaupun pendarahan merupakan tanda yang kerap terjadi namun ia bukan 100% menunjukkan anda sudah gugur. Jika Ultrasound menunjukkan ada degupan jantung bermakna anda cuma mengalami keguguran tergugat (Threatened Miscarriage) dan bukanlah keguguran sebenar.
5. Anda Boleh Keguguran Walaupun Tidak Mengalami Sebarang Pendarahan
Kematian janin dalam rahim boleh terjadi tanpa sebarang gejala dan cuma dapat dikesan dengan melalui ujian ultrasound. Ini dipanggil keguguran missed atau Missed abortion.
6. Anda Tidak Perlu Menjalani D&C Sekiranya Anda Tidak Mahu
Selepas anda disahkan mengalami keguguran anda boleh menunggu untuk membolehkan janin tisu jatuh dengan sendiri sehingga beberapa minggu terutama jika kandungan anda masih dalam peringkat awal .
Walau bagaimanapun ia perlukan pemantauan dan ulangan lawatan klinik untuk pastikan anda sihat sementara menunggu janin jatuh sendiri. Pastikan anda segera ke hospital sekiranya pendarahan menjadi banyak disertai dengan rasa sakit.
7. Anda Tidak Perlu Menjalani Sebarang Ujian Khas Selepas Gugur Kali Pertama.
Disebabkan keguguran adalah perkara yang kerap terjadi, jika anda gugur kali pertama tiada ujian khas yang anda perlukan untuk memastikan punca kenapa anda gagal hamil.
Namun jika keguguran berulang iaitu melebihi 2 kali, penyiasatan perlu dilakukan untuk memastikan punca termasuk ujian Hysteroscopy.
8. Rasa Sedih Yang Mendalam Adalah Normal
Wanita biasanya mengambil masa untuk melalui tempoh rasa kecewa kehilangan satu kehamilan. Jadi sekiranya anda menjadi terlalu sedih, ia bukan sesuatu yang luar biasa.
9. Kebanyakan Wanita Yang Gugur Akan Hamil Semula
Lebih dari 80% wanita yang gugur akan hamil semula dan berakhir dengan kandungan yang sihat. Jadi jangan risau kerana kesuburan anda tidak terjejas jika gugur kali pertama.
10. Anda Tidak Perlu Menunggu Lama Untuk Hamil Lagi
Doktor kadang-kadang mengesyorkan anda menunggu selama beberapa bulan sebelum mencuba untuk hamil kembali tetapi tidak ada bukti yang kukuh tentang peningkatan risiko komplikasi sekiranya anda hamil dengan cepat sebaik sahaja anda gugur.
Saya baru jadi keguguran.bila saya blh hamil lagi ?
Bila bila masa
Dr nk tanya sikit sbenarnye last period saya bulan Mei lpas tu bulan September saya x sihat lebih dari sebulan so saya p klinik tiba2 doc suruh saya check pregnancy Sbb saya mkn apa pun muntah balik bila check dpat positive than 23/10 dh jadi keguguran . So saya nk tanya Klu ada masalah period pun blh pregnant ke lagi pun I kahwin lebih dari 5tahun than tiba2 dh jadi mcm nie
masih boleh hamil, elok jumpa doktor untuk ultrasound faraj, nak pastikan puan ade PCOS ke tidak.
Saya last period bulan 5 tapi bila saya check bulan 9 doc ckp kandungan baru 4 minggu
Blh ke pregnant mcm tu
Boleh, bula sebelumnya mungkin puan tidak bertelur jadi 2 minggu lepas puan bertelur dan kehamilan terjadi
Salam doktor saya ingin bertanya isteri saya mengalami keguguran pada waktu haid,jadi adakah akan jadi masalah jangkitan sebab darah yang kluar masih berketul dan tak dapat nak pastikan mana satu darah haid atau nifas
mungkin tidak keluar semua tu, elok jumpa doktor untuk scan, kalau masih banyak tisu keguguran, mungkin kena cuci