Mengalami demam yang tinggi semasa hamil, terutamanya pada trimester pertama, boleh memberikan masalah kepada bayi yang sedang terbentuk. Namun, setakat ini tiada bukti kajian yang menunjukkan demam boleh menyebabkan keguguran.
Keguguran adalah perkara yang kerap terjadi iaitu merangkumi 15 hingga 20 peratus dari kehamilan dan kebanyakkannya disebabkan oleh;
- Rahim yang tidak normal
- Jangkitan kuman
- Ketidaknormalan pada kromosom janin
- Kencing Manis yang tidak terkawal
- Masalah imuniti
- Kaitan demam dengan Risiko kecacatan Janin
Walau bagaimanapun, beberapa penyelidikan mendapati kehadiran suhu badan terlalu tinggi boleh memberikan risiko kecacatan tiub neural dan risiko kecacatan jantung yang boleh menjurus kepada keguguran.
Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk tidak berendam dalam air panas atau tab panas dalam tempoh lama sekiranya anda hamil terutama semasa trimester pertama.
Sekiranya anda demam, elok berjumpa doktor supaya punca demam diketahui dan rawatan yang tepat dapat diberikan.