Soalan:
Saya Hamil 5 Bulan Dan Tiada Masalah Perubatan. Kenapa Beberapa Hari Ini Faraj Saya Menjadi Sangat Gatal?
Jawapan:
Rasa gatal dan pedih sekali sekala pada faraj semasa hamil agak biasa kerana kehamilan memberikan perubahan normal kepada tahap pH faraj yang boleh menyebabkan kegatalan dari masa semasa
Sekiranya kegatalan menjadi berterusan dan pedih pada faraj semakin menjadi jadi, anda mungkin mengalami jangkitan kuman. Jangkitan yang paling kerap terjadi semasa hamil adalah jangkitan Yis.
Walaubagaimanapun, adalah amat penting untuk mengetahui sebab sebenar kegatalan kerana kegatalan yang luar biasa mungkin juga terjadi disebabkan jangkitan kelamin.
Apa yang Anda perlu Buat?
Sebelum mencuba ubatan yang anda boleh beli di farmasi, anda dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk memastikan anda tidak mengalami jangkitan kelamin.
Pemeriksaan faraj oleh doktor pakar selalunya dengan senang dapat memberikan diagnosa. Sekiranya ia jangkitan Yis, rawatannya ialah antifungal dan ia sangat efektif.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda disyaki mengalami jangkitan kelamin beberapa jenis ujian darah mungkin disarankan untuk diagnosa yang tepat.
Amat penting untuk mengetahui punca dan merawat sebarang jangkitan kelamin kerana sesetengah jangkitan kelamin boleh tersebar dan boleh menjangkiti bayi yang anda sedang kandung.
Sekiranya tiada jangkitan kuman, ia kebanyakannya disebabkan oleh perubahan normal dalam tahap pH faraj anda yang berlaku semasa hamil dan anda hanya perlu mengamalkan tip tip dibawah;
- Pastikan faraj dan kawasan sekitarnya bersih dan kering
- Elok douches iaitu membilas faraj anda.
- Lap faraj anda dari depan ke belakang selepas membuang air besar.
- Elak mengunakan haruman pada faraj dan pencuci faraj.
- Pakai panti yang diperbuat dari kapas dan longgar.
- Elak pakai seluar yang ketat atau denim untuk masa yang lama.
- Jangan pakai Panti liner sebaliknya tukar seluar anda dengan kerap terutama jika ia basah.
Hari pertama last period saya 18.3.2018. sekarang da 2.5.2018. kenapa saya check kandungan saya sudah 6minggu 3hari. Bila saya kira balik kenapa tercampur sekali hari period saya ?
memang macam tu, minggu kehamilan termasuk 2 minggu hari puan tidak hamil
Hari pertama period saya yang terakhir 18.3.2018 . Hari ni 2.5.2018 dan kandungan saya sudah 6minggu 3hari. Bila saya kita balik kenapa tercampur sekali hari period saya yang terakhir ?
mungkin usia berdasarkan ujian ultrasound yang lebih tepat, https://alamhamilblog.com/2018/03/03/ketepatan-ultrasound-dalam-meramalkan-due-date-anda/
Sya baru melahirkan anak ke 2.. pada hari ke 75 faraj sebelah kiri saya rasa pedih hingga kulit dubur.. masa lepas pntang ada melakukan hubungan intim..Sya ada dptkn rawatan dr dn dr ckp ada merah n bengkak sikit di faraj..dn dr ada beri ubat candib B cream dan cu.dermafil wash..pedih berkurangan sidikit..adakh sya perlu melakukan ujian pap smear?..
salam, pap smear recommended