Hubungan Seks adalah selamat semasa hamil bagi kebanyakkan wanita, tetapi pada segelintir aktiviti hubungan seks boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Berikut adalah sebab hubungan seks menjadi terlarang semasa hamil;
1. Pendarahan Faraj
Pendarahan Faraj adalah di antara sebab utama kenapa hubungan seks boleh memberikan kemudaratan semasa hamil. Pendarahan kerap digambarkan sebagai berwarna coklat sehingga merah terang.
Ia boleh berlaku atas pelbagai sebab termasuk pendarahan subchorionic (pendarahan sekitar plasenta), kehamilan tergugat, cervical extropian atau berlaku jangkitan pada serviks. Kadang-kadang sebab pendarahan tidak diketahui langsung.
Hubungan seks selalunya dilarang sehinggalah punca pendarahan diketahui dengan tepat dan pesakit tidak lagi mengalami pendarahan sekurang-kurang selama 1 bulan.
2. Mempunyai Sejarah Kelahiran Pramatang
Doktor selalunya menyarankan tiada sebarang aktiviti seksual sehingga kandungan anda benar-benar selamat untuk dilahirkan.
3. Pangkal Rahim Tidak Kuat ( Cervical Incompetence)
Diagnosa selalunya dibuat apabila kandungan seorang wanita selalu berakhir dengan keguguran pada trimester kedua. Sekiranya anda sudah menjalani ‘Cerclage’, di mana serviks anda dijahit sebagai rawatan Cervical Incompetence, anda tidak dibenar sama sekali melakukan hubungan seks.
4. Placenta Previa
Placenta yang berada pada kedudukan bawah boleh menyebabkan pendarahan faraj luar biasa dan hubungan seks boleh merangsang kontraksi yang boleh menyebabkan pendarahan luar biasa. Bahkan ia boleh mengancam nyawa. Selalunya hubungan seks dilarang sehinggalah wanita bersalin.