Ultrasound Scan adalah alat yang kerap digunakan semasa ujian infertiliti dan kesuburan. Kebanyakkan ultrasounds dibuat melalui faraj (transvaginal).
Imbasan ultrasound boleh memberikan maklumat tentang ovari, lapisan endometrium dan rahim. Ia boleh memeriksa bentuk rahim dengan lebih terperinci dan membuat diagnosa terhadap masalah ovari dengan tepat.
Imej yang lebih baik diperolehi dengan meletakkan hujung transducer transvaginal pada bawah serviks, memberikan imbasan organ-organ pembiakan dengan lebih jelas.
Memperkenalkan Ultrasound Faraj 3D
Imej ultrasound kebanyakkannya dibuat dalam dua dimensi tetapi akibat kemajuan teknologi kita kini boleh menghasilkan imej tiga dimensi sistem peranakan wanita.
Ini membolehkan pengesanan yang lebih baik terhadap ketidaknormalan rahim dan Ovari yang tidak dapat dilihat pada imbasan ultrasound 2D biasa.
Masalah pada organ yang boleh dikesan melalui Vagina Ultrasounds
Ovari
Saiz dan bentuk ovari akan diperiksa dengan teliti. Jika terdapat sista kecil yang kelihatan seperti kalung mutiara menunjukkan sindrom ovari polisistik. Kehadiran sista yang lebih besar mungkin menunjukkan kehadiran endometriosis. Dalam kes yang jarang berlaku, cuma satu ovari sahaja ditemui.
Kehadiran Folikel Antral boleh memeriksa status kesuburan anda. Bilangan yang sedikit menunjukkan anda kurang subur dan selalunya terjadi kepada wanita yang lebih berusia.
Rahim
Saiz, bentuk dan kedudukan rahim akan diperiksa dengan teliti. Ultrasound 3D akan dapat mengesan dengan senang sebarang ketidaknormalan pada rahim seperti bicornuate atau Rahim septate iaitu masalah yang kerap dihadapi oleh wanita sukar hamil.
Submucosal fibroid polip atau Adenomyosis sukar dikesan dengan Ultrasounds 2D biasa tetapi diagnosa melalui Vagina 3D mudah dikenal pasti.
Ketebalan Endometrium
Ketebalan lapisan rahim iaitu endometrium berubah-rubah sepanjang kitaran haid.
Ia sepatutnya nipis sebelum ovulasi dan tebal selepas ovulasi. Ketebalan yang tidak normal dan tidak rata mungkin menunjukkan ada ketumbuhan pada endometrium yang boleh menghalang implantasi dari berlaku.
Masalah Salur Fallopian
Ultrasound selalunya tidak dapat memberikan diagnosa tepat terhadap kesihatan salur fallopian anda, tetapi jika ia bengkak atau dipenuhi dengan cecair (hydrosalpinx), ultrasound dapat mengesan masalah ini dengan mudah.
Ultrasound biasa juga tidak boleh menentukan sama ada tiub fallopian tersumbat atau tidak.
Walau bagaimanapun dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai SonoHysteroSalpingo doktor anda mungkin dapat mengesan sama ada tiub tersumbat atau tidak dengan hanya menggunakan ultrasounds.
Masalah Parut Pada Pelvis
Doktor boleh mencari tanda jika berlaku parut pada sekitar pelvis yang boleh menghalang kehamilan anda. Sebarang tanda-tanda parut seperti organ yang melekat di antara satu sama lain atau ovari yang terlalu berdekatan mungkin menunjukan tanda perlekatan serius.
Perlekatan boleh menghalang organ-organ pembiakan daripada bebas bergerak dan boleh terbentuk dari jangkitan pelvis sebelum atau endometriosis.
Aliran Darah Ke Organ-organ Pembiakan
Menggunakan Ultrasound Doppler, doktor boleh menilai kadar aliran darah sista ovari. Ini boleh membantu membezakan antara sista yang sihat, sista endometrioma atau tumor ovari.
Memantau Tempoh Kesuburan Anda
Ultrasound kerap digunakan untuk memantau kehadiran dan tumbesaran folikel anda. Ini selalunya dibuat kepada wanita yang dirawat dengan CLOMID atau Suntikan Ubat subur seperti GONAL F.
Ubat kesuburan anda boleh diselaraskan berdasarkan ujian Ultrasounds yang bergantung sepenuhnya kepada pertumbuhan folikel.
Apabila folikel mencapai saiz matang, suntikan hCG akan dibuat mencetus pengeluaran telur dari ovari.
Sy berumur 45 tahun.
Mempunyai 3 org anak pada perkahwinan pertama.
8 TAHUN LPAS bcerai,sy bkahwin lagi.
Pd tahun 2015.
Mncuba utk ttc lagi.tiap bulan,haid normal,tiap bulan opk positif.
Adaka perlu sy buat ujian kesiburan?
https://alamhamilblog.com/2014/05/17/risiko-hamil-selepas-35/