Sakit Semasa Seks

sakit-sexSakit semasa hubungan seks memang jarang dibincangkan. Mungkin kerana segan atau ia dianggap ‘taboo” bagi sesetengah orang. Bagi wanita terutamanya, anda mungkin tertanya tanya sendiri kenapa ia ia terjadi sedangkan seks sepatutnya sesuatu yang memberikan kenikmatan bukan menyakitkan. Hakikat sebenarnya ialah, tidak semua seks memberi nikmat setiap kali berhubungan. Dikatakan hampir semua wanita akan merasai sakit semasa berhubungan sekurang kurang sekali seumur hidupnya.

Gejala

Sakit kerap terjadi sebelum semasa dan selepas seks tetapi lokasi, masa dan intensiti mungkin berbeza-beza. Ada yang merasa ketika saat penetrasi dan ada juga semasa aktiviti “trusting” .Ia mungkin terjadi pada setiap penetrasi atau sekali sekala dan kesakitan mungkin terasa pada bahagian luar faraj atau atau lebih jauh kedalam pelvis. Ia juga mungkin lebih kepada rasa pedih, panas atau senak. Sakit juga mungkin berkait dengan posisi seks, seperti kedudukan suami diatas atau atau lebih kepada posisi ‘doogie’. Teruskan membaca

Seks Semasa Hamil

seksSekiranya anda seorang yang normal dan tidak mempunyai sebarang masalah semasa hamil, seks adalah selamat pada semua peringkat kehamilan. Kehamilan yang normal termasuk mereka yang tidak berisiko untuk keguguran dan kelahiran pra-matang.

Wanita hamil selalunya takut yang seks boleh menimbulkan kesan buruk kepada bayi dan berfikir yang ia boleh menyakitkan bayi. Jangan risau, bayi sebenarnya dilindungi oleh lapisan tisu air ketuban didalam rahim yang menghalang jangkitan kuman, gegaran atau geseran yang mungkin berlaku semasa hamil. Teruskan membaca