Dilema Ingin Hamil Tapi Hubungan Seks Menyakitkan

gugur03Hubungan Seks tidak sepatutnya menyakitkan tetapi kajian menunjukkan 30 hingga 50% wanita mengalami sakit semasa melalukan hubungan seks pada tahap kesakitan yang berbeza.

Sakit ketika melakukan hubungan seks boleh mengganggu peluang hamil dengan 2 cara berikut;

1. Sakit semasa hubungan seks mungkin menunjukkan anda mengalami masalah perubatan yang boleh memberikan kesan negatif terhadap kesuburan anda.

2. Sekiranya sakit menghalang anda dari membuat hubungan seks terutama semasa saat ovulasi, peluang anda untuk hamil menjadi tipis.

Baca lagi: Vaginismus atau sakit semasa seks

Masalah Pada Pelvis Yang Kerap Dikaitkan Dengan Sakit Semasa Hubungan Seks

1. Jangkitan kuman – Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj

2. Masalah sakit puan – Termasuk endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim jatuh, fibroid dan ovarian cyst.

3. Masalah kecacatan konjenital pada sistem peranakan – Sesetengah wanita dilahirkan dengan selaput dara tebal, faraj yang sempit (vaginal stenosis)

4. Radang dan iritasi selepas pembedahan – Radang dan iritasi selepas pembedahan

5. Parut pembedahan – Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi

Apa Yang Saya Perlu Buat?

Jumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang kesakitan anda. Pastikan dulu anda tidak ada masalah dalam sistem peranakan anda. Rawatan cuma dapat diberikan setelah punca dapat dikesan dengan tepat. Kongsi dengan doktor anda bila dan dalam keadaan mana ia menyakitkan.

Rawatan

Biasanya doktor akan membuat pemeriksaan untuk memastikan tidak ada masalah pada faraj, vagina, rahim dan ovari.

Pemeriksaan faraj dan Ujian Ultrasound dengan mudah dapat mengesan sebarang ketumbuhan dan ketidak-kenormalan pada sistem peranakan anda.

Sekiranya tidak ada masalah yang dijumpai, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil Vaginismus dimana faraj anda kejang pada permulaan kemasukan zakar.

Terdapat beberapa kaedah yang doktor boleh sarankan sekiranya anda berkeinginan untuk hamil termasuklah Permanian Berhadas.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s