Dilema Tiada Denyutan Jantung di Awal Hamil

fetus.jpg

Denyutan jantung bayi anda yang dikesan pada peringkat awal kehamilan adalah penting dan menjadi salah satu petunjuk bahawa kehamilan anda berjalan lancar.

Risiko keguguran adalah lebih rendah jika degup jantung dapat dikesan. Tetapi jika ultrasound gagal  mengesan denyutan jantung janin anda, adakah ia memberi petanda anda sudah gugur?

Tidak semestinya.

Ada beberapa sebab yang mungkin mengapa denyutan jantung masih tidak dapat dikesan, antaranya;

1. Haid Anda Tidak Tepat

Sekiranya haid anda tidak teratur atau ovulasi anda menjadi lewat, ada kemungkinan anda masih pada peringkat sangat awal kehamilan dan tarikh akhir haid anda tidak tepat. Kehamilan anda mungkin masih dalam usia awal 5 minggu di mana jantung janin masih lagi tidak terbentuk.

2. Usia Kandungan

Jika anda hamil kurang dari 6 minggu, denyutan masih tidak kelihatan kerana kandungan masih terlalu muda dan jantung janin masih belum terbentuk.

3. Kaedah Ultrasound

Sekiranya ultrasound yang anda buat adalah Abdominal US, maka mengesan kehadiran denyutan jantung menjadi sukar terutama bagi mereka yang  berbadan besar.

Doktor selalunya akan menyarankan ultrasound melalui vagina kerana ia memudahkan doktor mengesan kehadiran jantung janin seawal 6 minggu.

Bagaimana jika denyutan masih lagi tidak kelihatan selepas 1 minggu?

Sekiranya kandungan anda berusia 6 hingga 7 minggu, jantung akan kelihatan dengan jelas dengan menggunakan ultrasound melalui vagina.

Tiada degupan menunjukkan kemungkinan anda sudah gugur.

Tetapi sekiranya anda menggunakan kaedah Abdominal US, anda mungkin perlu menunggu 2 hingga 3 minggu lagi untuk kepastian muktamat.

Apa yang patut saya buat sekiranya jantung bayi masih tidak kelihatan?

Anda masih boleh menunggu. Buat ujian US susulan sekali lagi atau jika perlu anda boleh mendapatkan ‘Second Opinion’ dari doktor yang lain.

Anda juga boleh membuat ujian darah Beta hCG untuk melihat tahap penurunan. Sekiranya ia turun, keguguran sudah terjadi.

 

25 thoughts on “Dilema Tiada Denyutan Jantung di Awal Hamil”

  1. Assalammualaikum sy last period 2.11 skrng dh 25.2 smpai skrng haid sy tidak muncul..pernah cek msa bulan 12 negatif..lps smnggu sy cek dua line satu samar2..smpai skrng sy xcek..adakah period sy tidak teratur

  2. Assalamualaikum doktor, saya sudah keguguran blighted ovum seminggu lepas. Dnc. Minggu ke 10 kluar brownish pegi scan nmpk kantung estimate 7 minggu. Minggu ke 11 pegi check lagi sbb start rasa cramp dan bleeding sprt haid. Doktor scan kantung semakin mengecil tp doktor bagi masa dua minggu lagi dtg scan. Tapi saya x dpt dtg minggu ke 13 tu, saya dtg minggu ke 15. Confirm xde heartbeat, jadi saya decide tunggu keluar sendiri, 2 minggu kemudian x keluar juga. Jadi minggu ke 18 baru dnc. So saya nak tahu, saya ni dikira keguguran 7minggu/ 18 minggu(second trimister) ya doktor?

  3. Salam doc saya nak tanya kandungan saya sekarang dah masuk 7minggu tapi pergi scan tiada denyutan nadi baby tpi scan ukuran kantung dah 11mgu..hari ni saya kencing ada pendarahan tapi saya tak.ada rasa sakit pada ari2 atau sakit pada perut..soalan saya perluke saya pergi ke hospital untuk cuci?sebab doc kata kandungan tak jadi.mohon pencerahan

    1. Salam Dr. Saya pregnant 11wk but baby no hb, bleeding sikit tapi x sakit pun.
      Sy buat pregnancy test still double line.
      So my baby still alive or dah gugur?
      ~risau sgt ~
      seek your advise, thanks!

      1. puan dah gugur tetapi hormon pregnancy ambil masa nak hilang walaupon gugur. boleh postive sampai berminggu minggu

  4. Assalamualaikum doc. Saya preggy 11 weeks. Dah scan 3 kali tapi still xnampak danyutan jantung. Masa 8 weeks saya ada bleeding sikit tapi x lebih 2 pad.. hanya sikit sahaja .. doc cakap mungkin Sya keguguran.. tapi tunggu 2 minggu lagi appointment di hospital. Adakah saya betul keguguran? Jika 11 weeks masih xnampak status jantung baby?

    1. jantung bayi boleh dilihat seawal 5 minggu 5 hari. kalau dah 11 minggu rupa dah macam manusia, elok jumpa pakar sakit puan

    2. Assalam doc.. saya dh 8 weeks bila scan tiada denyutan bby still ada.. saya tiada bleeding Dan sakit perut.. adakah bby saya ni terlalu awal atau bby x jadi..

  5. Salam doktor,sy nk kepastian.first sy prgi buka buku pink 8w,dktor dh scan,kntung dan jantung baby dh ada,cuma xdpt ukur sbab dktor ckap kecil n repeat scan after 2week lg iaitu usia 10w..then repeat scan,dktor ckp xnampak pulak jantung baby.tetapi sy xde keluar darah or sakit perut.adakah kandungan sy masih selamat doktor?

    1. pasa usia 10 minggu, patutnya jantung janin siudah dapat dilihat dgn jelas. tangan dan kaki pon dah ujud, ada kemungkinan sudah gugur

      1. jangan salah faham, kalau andungan gugur pada peringkat yg sangat tidak ade pergerakan sebb janin belum terbentuk

  6. Salam doc.kandungan saya bru masuk 2 bulan lebih.bru2 ni Sya ade bleeding sikit je..MCM percikan..Sya ade buat scan doc ckp xde heart beat.masalh sekarg ade kh Sya pregnant atau gugur.

  7. Doctor.. Saya last day period on 31st Dec 22.. Then saya check pregnant on Feb.. Then saya buka buku pink n doctor scan cakap 5 week and mash tak nampak jantung.. Then doctor suruh tunggu 2 weeks lagi.. Tapi tiada bleeding or sakit..

  8. Doc Sy last piod 14/3/23
    Sy pregnant .jika ikutkan 6w pd scan…doc kata xde dgr hb bby

    Adakah Sy kguguran atau Masih lg pregnant..jika ikut ukuran bby pd 4w 15.mm
    Mnkala pd 6w 21.5mm

    Blh berikan pncerahan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: