Denyutan jantung bayi anda yang dikesan pada peringkat awal kehamilan adalah penting dan menjadi salah satu petunjuk bahawa kehamilan anda berjalan lancar.
Risiko keguguran adalah lebih rendah jika degup jantung dapat dikesan. Tetapi jika ultrasound gagal mengesan denyutan jantung janin anda, adakah ia memberi petanda anda sudah gugur?
Tidak semestinya.
Ada beberapa sebab yang mungkin mengapa denyutan jantung masih tidak dapat dikesan, antaranya;
1. Haid Anda Tidak Tepat
Sekiranya haid anda tidak teratur atau ovulasi anda menjadi lewat, ada kemungkinan anda masih pada peringkat sangat awal kehamilan dan tarikh akhir haid anda tidak tepat. Kehamilan anda mungkin masih dalam usia awal 5 minggu di mana jantung janin masih lagi tidak terbentuk.
2. Usia Kandungan
Jika anda hamil kurang dari 6 minggu, denyutan masih tidak kelihatan kerana kandungan masih terlalu muda dan jantung janin masih belum terbentuk.
3. Kaedah Ultrasound
Sekiranya ultrasound yang anda buat adalah Abdominal US, maka mengesan kehadiran denyutan jantung menjadi sukar terutama bagi mereka yang berbadan besar.
Doktor selalunya akan menyarankan ultrasound melalui vagina kerana ia memudahkan doktor mengesan kehadiran jantung janin seawal 6 minggu.
Bagaimana jika denyutan masih lagi tidak kelihatan selepas 1 minggu?
Sekiranya kandungan anda berusia 6 hingga 7 minggu, jantung akan kelihatan dengan jelas dengan menggunakan ultrasound melalui vagina.
Tiada degupan menunjukkan kemungkinan anda sudah gugur.
Tetapi sekiranya anda menggunakan kaedah Abdominal US, anda mungkin perlu menunggu 2 hingga 3 minggu lagi untuk kepastian muktamat.
Apa yang patut saya buat sekiranya jantung bayi masih tidak kelihatan?
Anda masih boleh menunggu. Buat ujian US susulan sekali lagi atau jika perlu anda boleh mendapatkan ‘Second Opinion’ dari doktor yang lain.
Anda juga boleh membuat ujian darah Beta hCG untuk melihat tahap penurunan. Sekiranya ia turun, keguguran sudah terjadi.
Assalammualaikum sy last period 2.11 skrng dh 25.2 smpai skrng haid sy tidak muncul..pernah cek msa bulan 12 negatif..lps smnggu sy cek dua line satu samar2..smpai skrng sy xcek..adakah period sy tidak teratur
mungkin puan hamil. jumpa doktor utk ujian HCG