Apabila anda sudah berada pada semester terakhir, sudah tentu anda tertunggu tunggu akan kehadiran saat bersalin anda. Tanda yang tipikal termasuklah kontraksi, keluar lendir bercampur darah dari faraj atau pecah ketuban tetapi sesetengah wanita melapurkan cirit birit juga mungkin tanda bersalin, adakah fakta ini betul?
Jawapan : YA
Apa yang menyebabkan ia berlaku?
Pada saat proses bersalin bermula terhadap perubahan hormon yang ketara menyebabkan usus anda menjadi aktif. Peristalsis usus menolak najis dengan lebih cepat menyebabkan anda merasa kerap untuk membuang air besar.
Pakar juga percaya cirit-birit adalah cara badan anda untuk mengosongkan usus anda dan memberikan lebih banyak ruang untuk bayi anda untuk bergerak dengan mudah melalui saluran kelahiran.
Jika cirit birit terjadi, pastikan anda mendapat hidrasi yang secukupnya dengan meminum lebih air. Makan seperti biasa.
Apabila Perlu Pergi ke Hospital?
Bila kontraksi rahim anda bertambah kuat 1 dalam minit, eloklah ke hospital dengan segera.
Baca lagi :
Sy pn ziela sy nk bertnya pada doc.skrg kandungan saya dh 32weekdh 2hr saya mengalami cirit birit kerap sgt ke tandas perut pn sakit memulas adakah ini jugak tanda2 hendak
Bersalin.bby pn kerap mengeras
cirit birit pada lewat bersalin sahaja iaitu 38minggu keatas