Kelahiran anak anda adalah satu pengalaman yang unik. Tidak ada dua kelahiran yang betul betul sama dan tidak ada cara untuk meramalkan bagaimana kelahiran anda akan berakhir.
Tempoh Bersalin biasanya berlaku dalam tiga peringkat:
- Peringkat pertama: Pada saat anda mengalami kontraksi sehinggalah serviks anda terbuka sehingga 10 cm.
- Peringkat kedua: Serviks telah terbuka 10 cm sehingga bayi dilahirkan.
- Peringkat ketiga: Pengeluaran Plasenta.
Peringkat pertama mempunyai 2 fasa
Fasa Awal : Pada Fasa ini anda cuma mengalami kontraksi yang ringan. Pastikan anda selesa dan sekiranya anda berada di rumah cuma lakukan kerja rumah anda yang rutin seperti memasak atau mengemas. Jangan berbaring kerana anda perlukan kesan graviti untuk mengalakkan bayi turun ke pelvis anda dengan lebih senang.
Baca lagi : Posisi Semasa Bersalin
Makan dan minum untuk memastikan anda lebih bertenaga. Pantau kontraksi anda dengan mengira jarak dan tempoh setiap kontraksi. Ia biasanya ringan dan tidak teratur tetapi akan kuat dan kerap dengan perlahan.
Fasa awal selalunya berakhir selepas 8-12 jam dan apabila kontraksi anda berlangsung kira-kira 30-45 saat selang 5 minit sekali anda mungkin sudah beralih ke fasa Aktif
Fasa Aktif
Bila kontraksi anda menjadi lebih kuat, lebih lama dan selangnya menjadi lebih dekat sudah tiba masa untuk anda untuk ke hospital.
Fasa Aktif selalunya berakhir 5-10 jam dan mungkin lebih cepat sekiranya anda pernah melahirkan sebelumnya.
Serviks anda akan membuka dari 4cm ke 10cm
Kontraksi semasa fasa ini berlaku selama 45-60 saat dengan 3-5 minit selang.
Apabila serviks anda membuka 8.0 cm, kontraksi akan menjadi lebih ‘intense’ dan anda mungkin terasa sangat sakit. Pada masa ini mungkin anda rasa ingin meneran. Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan meneran sekiranya serviks masih belum terbuka sepenunhya
Baca Lagi : 10 Tanda bersalin
👍👍👍