Kajian perubatan menunjukkan bahawa menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser endometrium terutama kepada wanita yang menyusukan melebihi 6 bulan.
Reuters melaporkan: mereka yang pernah menyusukan badan mempunyai 11 peratus kurang risiko untuk mendapat kanser endometrium
Lapuran kajian yang dibentangkan dalam Jurnal Obstetrik dan Ginekologi dimana penyelidik menggunakan data yang dikumpul dalam Kanser Epidemiologi endometrium Consortium yang merangkumi subjek dari Amerika Syarikat, Kanada, China, Eropah dan Austrialia,
Penyelidikan melibatkan 26,000 wanita yang mempunyai anak sama ada mereka menyusukan atau tidak dan berapa lama mereka menyusu. Penyelidik mendapati kira-kira 9000 dari wanita ini telah disahkan menghidap kanser endometrium dan kaitannya dengan penyusuan badan dibandingkan.
Manfaat ini wujud walaupun mengambil kira faktor-faktor risiko yang lain termasuk umur, bangsa, pendidikan, penggunaan pil perancang, status menopaus, tahun sejak kehamilan terakhir dan indeks jisim badan.
Ini mungkin dikaitkan dengan rembesan hormon estrogen yang berkurangan semasa penyusuan badan.
Rujukan: http://www.reuters.com/article/us-health-breastfeeding-endometrial-canc-idUSKBN18S64K