Kanser Rahim

kancer-rahim

Kanser rahim adalah kanser yang menyerang sistem pembiakan wanita. Ia juga dipanggil kanser rahim dan kanser endometrium. Kanser rahim merangkumi kira-kira 3% daripada semua jenis kanser yang dialami oleh kaum wanita

Pendarahan faraj yang tidak normal adalah gejala yang paling kerap terjadi di kalangan pengidap kanser rahim, terutama selepas menopos. Setiap pendarahan selepas menopos mesti menjalani pemeriksaan segera untuk memastikan wanita tidak mengalami kanser rahim.

Bagi mereka yang belum menopos, sebarang pendarahan luar biasa faraj termasuk di tengah kitaran adalah mencurigakan dan perlukan perhatian segera.

Jumpa doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami sebarang pendarahan faraj yang luar biasa. Walaupun ia tidak mungkin disebabkan oleh kanser rahim, punca pendarahan perlu diketahui untuk memastikan ia bukan masalah serius

Jenis-jenis kanser rahim

Kebanyakan kanser rahim bermula pada sel-sel yang membentuk lapisan rahim iaitu endometrium, ia dipanggil kanser endometrium.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, kanser rahim boleh bermula pada otot sekitar rahim. Kanser jenis ini dipanggil rahim sarcoma dan dirawat dengan cara yang berbeza daripada kanser endometrium.

Kanser rahim tidak sama daripada kanser lain sistem pembiakan wanita seperti kanser ovari dan kanser serviks.

Gejala kanser rahim

  • Pendarahan di tengah bulan
  • Pendarahan selepas berhubungan
  • Pendarahan selepas menopos


Sekiranya kanser sudah merebak ke tempat yang lain wanita selalunya akan mengalami sakit belakang, sakit kaki, hilang selera makan dan keletihan yang ketara

Apa yang boleh meningkatkan risiko wanita mendapat kanser rahim?

Faktor risiko yang kerap dikaitkan dengan kanser rahim adalah ketidakseimbangan hormon hormon estrogen dan progesteron. Ia kerap dikaitkan dengan mereka yang mempunyai masalah:

1. Kegemukan. Sel-sel lemak membuat estrogen tambahan, tetapi badan tidak membuat progesteron tambahan menyebabkan ia tidak seimbang

2. Estrogen Berlebihan.Mengambil hormon estrogen tanpa mengambil progesteron (progestin)

3. Pengambilan Tamoxifen. Tamoxifen diambil sebagai rawatan untuk kanser payudara tetapi ia boleh meningkatkan risiko wanita untuk kanser endometrium.

4. Sindrom ovari polisistik. Penyakit ini boleh menyebabkan anda menghasilkan terlalu banyak hormon estrogen manakala hormon progesteron pula tidak mencukupi.

5 . Awal Menache  dan Lewat Menopos – Wanita mempunyai tahap estrogen semula jadi yang lebih tinggi iaitu wanita mengalami haid pertama sebelum umur 12 tahun dan mereka yang lambat mengalami menopos sehingga selepas mereka berusia 52.

Faktor lain yang meningkatkan risiko anda termasuklah:

  • Faktor Usia – Kanser endometrium adalah kerap terjadi di kalangan wanita lebih tua daripada 50.
  • Mewarisi mutasi Gen, seperti yang untuk sindrom Lynch.
  • Mempunyai hiperplasia endometrium.
  • Mempunyai diabetes Jenis 2.
  • Tidak Pernah Hamil.
  • Mempunyai Sejarah terapi radiasi pada pelvis.

Ujian untuk kanser

1. Ujian Ultrasound pelvis melalui faraj. Ia dilakukan untuk mengukur ketebalan lapisan rahim

2. Hysteroscopy. Ini membolehkan doktor untuk melihat bahagian dalam rahim dengan menggunakan kamera dan mendapatkan sampel tisu endometrium.

3. Ujian D & C. Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan sampel tisu dari dalam rahim. Ia boleh dilakukan pada masa yang sama seperti hysteroscopy

4. Ujian lain termasuklah imbasan CT atau MRI. Ia selalunya dibuat untuk melihat sama ada kanser telah merebak ke bahagian abdomen dan pelvis. Ini membantu dengan perancangan untuk rawatan

Bagaimanakah kanser rahim dirawat?

Jika kanser ditemui, pembedahan perlu dilakukan. Pembedahan juga akan memberikan maklumat berapa banyak kanser telah merebak dan cara rawatan selanjutnya.

Pembedahan

Rawatan yang paling biasa bagi kanser rahim adalah pembedahan pembuangan rahim iaitu histerektomi. Histerektomi boleh menyembuhkan kanser rahim pada peringkat awal, tetapi wanita tidak lagi berupaya untuk hamil selepas pembedahan. Pembedahan untuk kanser rahim juga mungkin termasuk pembuangan ovari dan tiub fallopio.

Radioterapi atau Kemoterapi

Rawatan ini juga kadang-kadang digabungkan dengan histerektomi selalunya diberikan selepas pembedahan terutama pada kanser yang sudah merebak.

Rawatan Hormon

Rawatan terapi hormon boleh digunakan jika anda belum menopos dan masih ingin mempunyai anak tetapi cuma pada mereka yang masih di peringkat awal.

Cara Pencegahan

Setakat ini tiada cara pencegahan yang wanita boleh amalkan tetapi setiap pendarahan faraj tidak normal perlu menjalani penyiasatan agar rawatan yang tepat dapat diberikan sebelum kanser merebak. Sekiranya kanser ditemui pada peringkat yang masih awal, ia boleh menyelamatkan nyawa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s