Jika anda ada Ketulan Pada Faraj, ia mungkin Sista Bartholin

sista-bartholin

Soalan

Saya mendapati sebiji ketulan bibir faraj saya. Ia kira-kira saiz buah anggur dan agak menyakitkan apabila ditekan. Saya juga mengalami keputihan yang tebal dan pekat keluar dari faraj saya. Saya tidak perasan bila bengkak ini bermula tetapi saya benar benar takut sekiranya ia sejenis kanser.

Jawapan


Anda berkemungkinan mengalami keadaan yang dipanggil Sista Bartholin yang terhasil apabila kelenjar Bartholin yang berada pada bibir faraj tersumbat. Kelenjar Bartholin bertindak dengan memberikan lubrikasi semulajadi semasa hubungan seks dengan merembes cecair pelincir.

Malangnya kelenjar ini mudah tersumbat dan ia akan membentuk ketulan sista. Pada saat ini, anda selalunya tidak merasa sakit dan cuma perasan ada ketulan keras pada bibir anda.

Sekiranya jangkitan kuman terjadi pada kelenjar ini, Sista Bartholin akan bernanah dan anda mungkin akan mengalami sakit yang ketara.

Kemerahan yang anda alami menunjukkan anda sudah ada jangkitan kuman dan sekiranya anda juga mengalami jangkitan yis dalam masa yang sama.

Elok berjumpa doktor untuk kepastian kerana bengkak pada bibir mempunyai punca yang banyak. Sekiranya anda berusia 40’an elok jumpa doktor anda segera untuk mempastikan ia bukan sesuatu yang lebih serius seperti kanser.

Rawatan untuk Sista Bartholin yang bernanah termasuk antibiotik. Sekiranya ia menyakitkan, doktor mungkin akan mencadangkan pembedahan kecil yang dipanggil Marsupiliazation untuk membuang nanah yang berkumpul dalam sista tersebut.

Sista Bartholin boleh berlaku berulang kali dan sekiranya ia terjadi, doktor mungkin akan menyarankan pembuangan kelenjar Bartholin sebagai langkah yang terakhir untuk mengelak dari ia berulang semula.

 

 

9 responses to “Jika anda ada Ketulan Pada Faraj, ia mungkin Sista Bartholin”

  1. adakah boleh bersama jika saya ada megalami sista bartholin?

    1. Boleh bersama tapi jika dah sakit itu jangka jangkitan kuman, elok jumpa doktor

      1. Sakit macam mana ye Dr.saya x de la kerap sakit.kadang2 rae denyut2

  2. Kalau buang Bartholin cyst adakah penyakit ini akan berulang lagi? Sebab bulan lepas sy dh pernah kena Bartholin cyst skrg kena lagi, tp di bahagian atas kemaluan pun ada macam jerawat juga, adakah penyakit lain atau bartholin cyst juga? Terima kasih .

    1. yang atas tu jerawat. bartholin cyst boleh berlaku berulang kali kecuali puna buat bartholin gland tu

  3. hai doc..sy tgh alami bartholin cyst bengkak. Ni kali ke3 terjadi since 2009. 2014 jd sebelah kanan dan sudah remove..now belah kiri pula yg jd lepas operation 2009. Persoalan sy if kelenjar sy diremove keduanya adakah sy tidak boleh lg produce air pelincir?

    1. salam- bartholin tak perlu kalau dah rosak dan puan boleh guna pelincir seperti hyaluronic acid gel sebagai ganti

  4. salam. Doktor , Sy ada benjolan di faraj sebelah kiri Dan rasa inas seperti bengkak Dan sakit. Ia menyukarkan Sy untuk DUdUK. Tp Sy tiada keputihan Dan tiada bau yg tidak menyenangkan. Apa yg perlu Sy buat? Adakah ini bartholin cyst?

    1. yea- kemungkinan besar bartholin cyst yg sudah dijangkiti kuman

Tinggalkan komen