Neonatal Jaundice

jandis.jpg

Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah suatu yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini.

Jaundis pada bayi terjadi disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi menyebabkan kulit dan mata putih bayi keliihatan kuning.

Kuantiti bilirubin yang sedikit didalam darah senang diproses dan dikumuhkan melalui hati, tetapi sekiranya ia terlalu banyak, ia akan sukar diproses dengan efektif dan jaundis akan berlaku.

Punca-punca Jaundis yang lain termasuklah:

  • Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
  • Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi – iaitu faktor rhesus atau ABO.
  • Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)
  • Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
  • Komplikasi semasa lahir seperti terjadi darah beku pada kepala bayi akibat bersalin melalui kaedah vakum.
  • Bayi mengalami Hypothyroidism,
  • Jangkitan kuman,
  • Ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional
  • Bayi yang tidak menyusu secukupnya dan mengalami dehidrasi
  • “Breast milk jaundice”.”Breast milk jaundice” boleh terjadi disebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen “beta glukoronidase” yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin

Komplikasi Jaundis

Apabila tahap bilirubin terlalu tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-set otak. Sekiranya jaundis tidak di rawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).

Sekiranya anak anda telah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk mempastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.

Bayi yang mempunyai paras bilirubin yang terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan otak dan ujian pendengaran.

Apa yang saya perlu Buat sekiranya anak saya mengalami jaundis

Sekiranya bayi anda kelihatan kuning, bawalah bayi anda untuk pemeriksaan doktor. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah.

Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai samada rawatan susulan diperlukan.

Rawatan Fototerapi

Rawatan yang biasa di lakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukarkan bilirubin tak berkonjugat kepada lstruktur yang lebih senang dikumuhkan dan disingkirkan melalui najis.

Bayi akan didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan di tutup dengan penutup mata. Rawatan ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat.

Rawatan penukaran darah akan di lakukan apaabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tlnggi iaitu melebihi 340 micromol/L.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s