Bagaimana Untuk Memaksimakan Kesuburan Anda

maksimakan.jpg

Pertama sekali anda harus memahami bagaimana badan kita berfungsi, bila saat yang paling subur untuk hubungan seks dan bila perlu mendapatkan rawatan.

Kehamilan sebenarnya bergantung kepada beberapa kejadian penting. Setiap bulan, kelenjar pituitari yang terletak pada otak akan mengeluarkan sejenis hormon yang akan merangsang ovari untuk mengeluarkan telur. Proses ini dipanggil ovulasi. Ini berlaku selalunya pada hari ke 14-16 haid anda.

Sebaik sahaja telur dilepaskan dari ovari, ia akan memulakan perjalanan di dalam salur fallopian, pada saat inilah anda dalam keadaan subur sekali. Telur cuma mempunyai 24 jam sahaja untuk bersatu dengan sperma.

Kerana sperma boleh hidup didalam salur peranakkan wanita dengan lebih lama iaitu 2-3 hari selepas ejakulasi, adalah disarankan anda membuat hubungan seks setiap hari sebelum saat kesuburan.

Sebaik sahaja telur sudah disenyawakan, ia akan memulakan perjalanan kedalam rahim dan kehamilan akan terjadi. Sekiranya anda tidak hamil, haid akan terjadi 14 hari dari tarikh anda ovulasi.

Memahami Bila Anda Paling Subur

Catitkan setiap kitaran haid anda.

Catitkan tarikh hari hari dimana anda mengalami haid setiap kali kitaran haid. Sekiranya haid anda sangat teratur, anda memang bernasib baik. Ovulasi selalunya terjadi 14 hari sebelum kitaran haid seterusnya.

Sebagai contoh: Bagi kitaran 28 hari, ovulasi akan terjadi pada hari ke 14 hari (28-14) dan bagi kitaran haid 32 hari pula, ovulasi akan berlaku ke 18 (32-14). 

Walaubagaimanapun, Ia tidak begitu tepat bagi mereka yang mengalami haid yang tidak teratur.

Melihat perubahan ada lendir serviks.

Disaat-saat terakhir sebelum berlaku ovulasi, anda akan mendapati yang lendir faraj menjadi lebih cerah, tidak berwarna dan lebih licin. Ia kelihatan seperti putih telur. Masa inilah anda mengalami tempoh subur yang optimal. Selepas ovulasi, lendir akan menjadi likat dan pekat

Mengesan suhu badan asas.

Ini adalah suhu badan semasa anda dalam keadaan rehat. Ovulasi selalunya terjadi sekiranya terjadi kenaikkan suhu badan yang konsisten terutama ditengah bulan.

Teka hari ovulasi dengan Kit Ovulasi

Kit ovulasi boleh memberi jangkaan yang agak tepat bila anda akan berovulasi. Ia terdapat dimana mana farmasi tetapi harganya agak mahal. Untuk keputusan yang tepat sila ikuti arahan yang diberikan pada label.

Perkara Yang Perlu Diambilkira Semasa Mencuba Untuk Hamil

Membuat hubungan seks dengan kerap. Sekiranya hubungan seks anda konsisten 2-3 kali seminggu, anda sememangnya sukar terlepas masa kesuburan anda. Bagi pasangan yang mencuba untuk hamil tiada istilah yang dikatakan terlalu banyak seks.

Seks setiap hari semasa dekat dengan tarikh ovulasi. Mitos yang mengatakan konsentrasi sperma jatuh setiap kali seks adalah tidak benar sama sekali. Ia tidak berlaku sekiranya anda seorang yang sihat.

Amalkan cara hidup sihat: kekalkan berat badan yang sihat, senaman secara tetap, makan makanan yang sihat dan kurangkan stress.

Makan vitamin terutamanya asid folik. Ia boleh mengurangkan risiko spina bifina sebanyak 70%.

Elakkan perkara berikut

Merokok

Merokok menukar tekstur mukus serviks menyebabkan sperma sukar menghampiri telur. Risiko keguguran juga bertambah sekiranya anda merokok.

Minum alkohol

Mengambil ubatan tanpa arahan doktor termasuk ubatan traditional kerana ia boleh memberi risiko kecacatan kepada bayi dan risiko keguguran terhadap kandungan anda.

15 thoughts on “Bagaimana Untuk Memaksimakan Kesuburan Anda”

  1. Assalamualaikum doktor.. saya lewat period dlm seminggu.. saya try buat upt .. naik 2 line atas terang bawah pudar saya xpasti sya pregnant ke tak.. 2 hari mcm tu darah turun mula2 sikit je.. lepas tu mkin banyak. Start darah tu saya rasa mcm sengugut dan sembelit.. msuk ni dah 6 hari trun darah.. dri hari pertama smpai hari keenam tu perut mmg sakit sgt2 mcm sengugut.. sebelum ni haid pernah alami senggut tapi sehari mcm tu ja..
    Harap doktor bleh explain ap yg ptut… trima ksih..

  2. As-salam Doctor.
    Saya ada pertanyaan yang saya pun buntu, tak tau nak tanya pada siapa.
    Saya tak pasti kalau saya ada masalah kesuburan…tapi rahim tak kuat tu mungkin..
    Sebab saya pernah hami 3 kali & keguguran semuanya.
    Macam2 usaha sudah saya buat (tapi saya sorang je bukan dengan suami).
    Untuk pengetahuan doctor, saya dan suami sebaya (34 tahun).
    Umur saya dah banyak tapi belum ada zuriat.

    Saya sudah berkahwin hampir 8 tahun, Alhamdulillah.
    Cuma masalah saya, langsung tidak aktif “bersama suami” sudah 3 tahun mungkin lebih.
    Suami saya macam tak ada perasaan, dah ajak berubat dia tak mau..
    Dia selalu cakap “nanti laa, sabar laa, tunggu laa”… Alhamdulillah saya masih bersabar.
    Sampai tahap yang sekarang ni saya rasa seks bukan 1 keperluan dalam hidup saya & suami.
    komunikasi kami Alhamdulillah sangat okay, cuma yang tu saja suami saya mcm hilang nafsu.
    Allahu, tak tau nak cakap mcm mana.. Naluri nak anak tu memang ada.

    Tapi kalau suami saya mcm tu, ada kaedah lain ke untuk dapatkan zuriat sendiri?
    Contohnya IUI atau IVF, boleh ke dgn keadaan suami saya tu Doctor?
    Entah la dia mati pucuk atau apa. yang pasti suami saya tak ada respon langsung dgn sex.

    Sekian dari saya,
    Mawar

    1. Kalau suami tidak berkerjasama memang susah untuk berubat lebih lebih lagi kalau ketiadaan nafsu kerana makan ubat pun tidak dapat membantu kalau tidak bersama secara regular. saya cadangkan puan berbincang dengan suami puan untuk IVF kerana usia yang lebih lanjut akan mengurangkan kesuburan puan. IVF selepas berusia 35 tahun memberikan hasil kegagalan yang lebih tinggi berbanding dgn usia muda. Bincang dgn suami agar tidak terlewat untuk rawatan.

      1. Terima Kasih Doctor atas jawapan.
        Berkenaan kaedah IVF,
        boleh saya tau anggaran kos untuk IVF?

        terima kasih Doctor.

        -Mawar

  3. Assalam doktor, kali terakhir saya datang bulan pada 2 may 2017..mengikut penggiraan saya sepatutnya 30 may 2017 adalah hari period yang baru untuk kemasukan june 2017..tetapi sampai sekarang saya tidak didatangani period..saya ada melakukan ujian upt test tp -ve..adakah saya tidak hamil ye doktor ?

    Terima kasih

    1. kalu ujian negative hampir 98% anda tidak hamil. ada 2% anda mungkin hamil jadi buat lagi ujian 1 minggu lagi kalau masih negatif anda tidak hamil 100%

  4. Assalamulaikum doktor

    Klu mcm saya pulak.. Saya setiap bulan

    Period keluar…tapi 3 bulan ni sy rase

    Perut sy ni berdenyut2 lah… Sy pernah

    Pergi klinik utk scan tapi x ada apa2

    Kosong..bile sy pergi urut

    Makcik yg mengurut sy ckp sy

    Mngandung mcm mne ye? sy Confius

    1. urut tak dapat mengesan puan hamil atau tidak tapi benjolan pada perut mungkin menunjukkan ada ketumbuhan dari rahim atau ovari. fibroid boleh menyebabkan rahim bengkak dan rasa seperti mengandung. jumpa pakar bukan doktor biasa.

      1. Denyutan yg saya rase pon tidak blh menjaminkan apa2 ye…

        Ok doktor rase sy patut pergi ke hospital utk membuat rawatan lanjut lah ni…ada x klinik yg blh perekse.. Dan harga berpatutan?

        Terima kasih

  5. Assalammualaikum Dr.,

    Saya mengalami keguguran di usia kandungan 11minggu pada 6 Mei yang lepas.
    Kemudian, period semula pada 1 Jun, 30 Jun, 28 Julai, 23 Ogos dan 22 Sept lepas. Bermakna dah 5x cycle period dan saya bersama suami merancang untuk hamil lagi kerana masing2 sudah berumur 31tahun dan anak sulung sudah 4tahun.

    Adakah sesuai untuk saya hamil semula? Perlu tunggu sampai 6x period ke? Saya teringin nak anak lagi dan dalam masa sama saya teringat2 dengan keguguran yang lepas.

    Terima kasih Dr.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: