Kanser Pangkal Rahim (Serviks) adalah di antara barah utama kaum wanita di Malaysia. Walaubagaimanapun ia sebenarnya boleh dicegah dan dirawat sekiranya dikesan di peringkat awal.
Ujian biasa yang kita jalankan ialah pap smear tetapi malangnya, ketepatannya cuma 80% dan tidak begitu memuaskan kerana ia kerap dipengaruhi oleh ketidaksempurnaan dari segi pengambilan sampel dan cara penyediaan slaid.
Ujian “ Liquid Based Cytology”
LBC merupakan kaedah terbaru dalam pengumpulan sel serviks dimana sampel yang diambil diletakkan terus ke dalam cecair preservatif dan dihantar ke makmal dimana penggunaan slaid sebenar akan bermula.
Ia berbeza dengan cara pap smear biasa dimana sel serviks disapu terus pada slaid sebaik sahaja ia diambil dari pangkal rahim.
Kenapa ia lebih baik?
- LBC mempermudahkan pengumpulan sel-sel servik dan memberikan bacaan yang lebih tepat untuk pemeriksaan dibawah mikroskop.
- Mengurangkan kadar ketidakpuasan dan rasa cemas pada pesakit disebabkan kurangnya insiden “repeat smear”.
- Mengurangkan pengumpulan benda asing seperti cairan faraj yang boleh mempengaruhi bacaan sel sel serviks
- Pengumpulan optimal sel serviks menyebabkan potensi untuk mengesan sel pra- kanser menjadi lebih tinggi
- Penyediaan dan pemeriksaan slaid ulangan boleh dilakukan dengan mengunakan satu sampel sahaja sekiranya bacaan slaid pertama meragukan.
Apa itu Ujian HPV DNA Genotype?
Ia adalah ujian yang boleh mengesan kehadiran jangkitan kuman HPV pada pangkal rahim dan serviks.
Kanser pangkal rahim disebabkan oleh jangkitan kuman virus HPV berisiko tinggi manakala HPV berisiko rendah pula dikaitkan dengan jangkitan “wart” organ genital. Kedua jenis HPV ini boleh dibezakan dengan mengunakan ujian HPV DNA.
Kepentingan ujian ini?
- Boleh membantu meninggikan kadar pengesanan sel pra-kanser serviks
- Mengesan kehadiran virus sebelum perubahan pra kanser berlaku
- Membolehkan pengawasan yang lebih rapi terhadap mereka yang mengalami ujian positif.
- Mengurangkan kadar ujian Pap ulangan terhadap keputusan kes “ASCUS”
- Dengan ujian kombinasi LBC dan HPV, ia lebih menjimatkan masa dan wang
- Mengurangkan kadar ujian kolposkopi dan biopsi yang tidak diperlukan
- Mengurangkan ujian saringan dari satu tahun kepada 2-3 tahun sekiranya HPV negatif