Ketahui Pil kecemasan atau ‘after morning Pill’

postinor

Morning after Pill adalah adalah salah satu cara perancang kecemasan untuk menghalang wanita dari hamil selepas hubungan seks.

Ia sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama tetapi tidak ramai wanita sedar tentang kewujudan pil sebegini. Morning after Pill sesuai kepada wanita yang tidak mempraktis sebarang kaedah pencegah kehamilan semasa hubungan seks berlaku.

Begini caranya ia bertindak. Persenyawaan sebenarnya jarang berlaku serta merta selepas hubungan seks. Ia mengambil masa untuk sperma berenang kedalam rahim wanita sebaik ejakulasi.

Tempoh di antara ejakulasi dan persenyawaan mungkin berjam lamanya, jadi inilah asasnya Pill ‘morning after’. Ia menghalang persenyawaan dan implantasi hasil dari tindakan hormon progestin.

Ramuannya pil ini lebih kurang sama dengan pill perancang, cuma ia dalam dos yang agak tinggi. Terdapat 2 jenis, satu mengandungi progestin sahaja satu lagi mengandungi kombinasi progestin dan estrogen.

Caranya; progestin menyebabkan cecair fallopian menjadi likat dan penghalang sperma dari mendekati telur dan sekiranya persenyawaan berlakupun, progestin akan menyebabkan persekitaran rahim menjadi tidak sesuai untuk implantasi berlaku. Tindakan estrogen pula menghalang ovari dari mengeluarkan telur seterusnya ovulasi tidak berlaku.

Pil ini perlu dimakan paling lewat 72 jam selepas hubungan seks dengan dos kedua dimakan 12 jam kemudiannya. Kesan sampingan termasuklah rasa loya, muntah, sengal perut, keletihan, sakit kepala dan pening.

Ia berkesan mengurangkan risiko kehamilan sehingga 80%. Lebih cepat pil ini dimakan lebih tinggi keberkesanan.

Walaubagaimanapun ia tidak sesuai dijadikan alat pencegah kehamilan yang rutin disebabkan kadar kehamilan yang tinggi berbanding dengan alat pencegah kehamilan yang lain. Bertanya dengan doktor anda untuk maklumat yang lebih lanjut.

19 thoughts on “Ketahui Pil kecemasan atau ‘after morning Pill’”

      1. Salam doc Ju, boleh ke pil ke2 dimakan dlm tempoh melebihi 12jam kerana berpuasa. Contoh pil pertama dimakan 10pm, kemudian pil kedua dimakan pd 7pm waktu berbuka esok harinya (kerana 10am masih dlm tempoh berpuasa). Terima kasih

  1. salam doktor, saya kerap ambil pil ni sebulan sekali. adakah dia akan kacau rahimatau peranakan saya? atau adakah ia membuatkan saya sukar untuk hamil lagi?

  2. Dr.. Klau guna condom, lepas tu condom trtggl dlm, but blh kluarkan tp byk air mani yg kluar dr condom, esoknya mkn morning pills, blh pregnant ke. Maaf bertanya

  3. Salam dok.kalau mkn pil morning nie sehari selepas bersma dn satu lagi normal ke kalau haid jd lambat dtg.atau kemungkinan boleh mengandung jgak.tq

  4. Hai doktor.. boleh saya tanya.. saya last period 5/2 . Then sy ada ambik pill tersebut 2 kali after hbis haid bulan 2 tu.. then smpe skrg (9/3) sy blm dtg haid lagi? Adakah normal ?

  5. Sy merancang kehamilan mggunakan apps. Sy dah ambik ella pd 23hb ketika hari ovulasi (high chance getting pregnant). Perlu kah sy ambil ella sekali lg pada 30hb (low chance getting pregnant) ? Both date suami terlepas dlm.
    Adakah kandungan ubat ini boleh bertahan dalam bdn sy selepas 7 hari?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: