Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser Serviks

kanser-serviks

Kanser serviks berlaku apabila sel-sel yang tidak normal pada serviks tumbuh di luar kawalan. Serviks adalah organ yang terletak pada bahagian bawah rahim. Kanser serviks selalunya boleh berjaya dirawat apabila ia dikesan awal melalui ujian Pap.

Sebab Kanser terjadi

Kebanyakan kanser serviks disebabkan oleh virus yang dipanggil human papilloma virus, atau HPV. Anda boleh dijangkiti  HPV dengan membuat hubungan seks dengan pembawa kepada HPV. Terdapat banyak jenis virus HPV. Tidak semua jenis HPV menyebabkan kanser pangkal rahim. Sesetengah daripada mereka menyebabkan ketuat kemaluan.

Jangkitan HPV boleh hilang dengan sendiri tetapi sekiranya wanita dijangkiti dalam masa yang lama ia boleh membawa kepada kanser serviks. Itulah sebabnya ia adalah penting bagi wanita untuk menjalani ujian Pap secara rutin. Ujian Pap boleh mengesan perubahan pada sel-sel serviks sebelum berubah menjadi barah. Jika rawatan dibuat pada peringkat awal, kanser pangkal rahim boleh dicegah.

Tanda dan Gejala

Kanser pangkal rahim jarang memberikan gejala pada peringkat awal, tetapi sekiranya kanser sudah merebak wanita mungkin mengalami:

  • Pendarahan faraj tengah bulan
  • Pendarahan selepas hubungan seks,
  • Pendarahan selepas menopos.
  • Sakit semasa hubungan seks.
  • Keputihan yang berbau dan bercampur darah

Sekiranya anda mengalami salah satu atau kombinasi dari gejala di atas jumpa doktor dengan segera. Pemeriksaan pelvis dan ujian Pap akan dilakukan. Sekiranya Ujian Pap menunjukkan perubahan sel yang tidak normal, doktor mungkin mengambil biopsi iaitu sampel tisu pada serviks untuk mengesan sel-sel pra-kanser atau kanser pada serviks anda.

Rawatan

Rawatan Kanser pangkal rahim bergantung kepada peringkat kanser serviks dan berapa banyak ia telah merebak termasuk:

  • Pembedahan histerektomi dan pembuangan nodus limfa pelvis dengan atau tanpa membuang kedua-dua ovari dan tiub fallopio.
  • Kemoterapi
  • Terapi Radiasi

Anda mungkin perlu menjalani lebih dari satu rawatan. Pembedahan Histerektomi adalah pembedahan membuang rahim dan anda tidak akan berpeluang lagi untuk hamil selepas itu tetapi sekiranya anda pada peringkat sangat awal, Histerektomi mungkin tidak perlu dilakukan.

Kepentingan Ujian Pap

Ujian Pap adalah cara terbaik untuk mengesan perubahan sel serviks yang boleh membawa kepada kanser serviks. Adalah penting untuk anda membuat susulan dengan doktor anda sekiranya ujian Pap tidak normal supaya rawatan boleh dibuat pada peringkat awal. Ini boleh membantu mencegah kanser pangkal rahim.

Vaksin HPV

Jika anda berumur 26 ke bawah, anda boleh mendapatkan injeksi vaksin HPV (human papilloma virus), yang boleh melindungi anda dari beberapa jenis jangkitan HPV yang menyebabkan kebanyakan kes kanser serviks.

Virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim yang merebak melalui hubungan seks. Cara terbaik untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kelamin adalah dengan tidak melakukan hubungan seks dengan pembawa virus HPV. Jika anda ingin berhubungan, amalkan seks yang selamat seperti menggunakan kondom dan hadkan bilangan pasangan seks anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s