Entonox Sebagai Ubat Penahan Sakit Semasa Bersalin

entonoxEntonox adalah gas tidak berwarna dan tidak berbau kombinasi daripada 50% oksigen dan 50% nitrus oksida. Ia kerap digunakan dan popular sebagai ubat penahan sakit semasa bersalin. Kebanyakan dari pusat bersalin mempunyai entonox sebagai alternatif terhadap injeksi pethidine atau epidural.

Bilakah saya boleh menggunakan Entonox?

Anda boleh menggunakan Entonox bila bila masa semasa sakit bersalin tetapi elak dari menggunakan ubat pada di saat awal bersalin kerana anda mungkin pening dan loya jika di ambil pada tempoh yang lama.

Apabila sakit semakin ketara Entonox boleh membantu melegakan kesakitan anda. Anda boleh menggunakan Entonox dengan kombinasi Ubat Pethidine untuk kesan optimal walaupun ia tidak dapat mengurangkan sakit anda seratus peratus.

Bagaimana saya menggunakan Entonox?

Anda akan diberikan satu alat yang seperti mask yang menutup mulut dan hidung anda. Udara Entonox akan keluar masuk melalui mask. Mask diperbuat daripada plastik telus cahaya yang mengandungi penapis anti bakteria. Apabila sakit bermula, ambil nafas yang panjang dengan mengunakan mask tersebut dan sedup udara selama mungkin. Entonox selalunya mengambil masa 15-20 saat untuk bertindak jadi ambil nafas sebaik sahaja anda berasa kontraksi akan bermula.

Apakah kelebihan Entonox?

  • Ia adalah fleksibel dan bertindak pantas mengurangkan sakit.
  • Ia mudah untuk digunakan.
  • Kesan ubat datang dengan cepat dan hilang sebaik sahaja anda berhenti menyedut.
  • Bayi anda tidak memerlukan pemantauan tambahan seperti ubat penahan epidural

Apakah kelemahan Entonox?

  • Ia hanya mengurangkan sedikit sakit, sakit tidak hilang 100%.
  • Ia boleh membuatkan anda rasa mengantuk, loya, dan pening
  • Ia boleh menyebabkan mulut anda kering jika mengunakanya dalam tempoh yang lama.
  • Anda perlu baring diatasi katil dan tidak dapat bergerak dengan bebas semasa penggunaannya.

 


 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s