Sista Ovari Functional ( Functional Ovarian Cyst)

Illustration of an ovarian (follicular) cyst
Sista Ovari

Apa itu Sista ovari functional?

Sista ovari functional adalah kantung yang terbentuk di permukaan ovari wanita semasa atau selepas ovulasi. Ia mengandungi telur matang yang biasanya mengecut sebaik sahaja ovulasi terjadi.

Jika ovulasi tidak terjadi dimana telur gagal di lepaskan, sista ovari akan terbentuk.

Ia juga boleh terbentuk sekiranya kantung tertutup selepas telur dilepaskan dan menjadi kembang dengan mengumpul cecair di dalamnya.  

Sista ovari berbeza daripada ketumbuhan ovari yang disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti kanser. Kebanyakan sista ini adalah tidak berbahaya. Mereka tidak menyebabkan masalah dan akan hilang tanpa rawatan. Walaubagaimanapun, jika sista menjadi besar, ia boleh terpintal, pecah atau berdarah dan menyebabkan kesakitan.

Jenis Sista ovari Funtional

1. Sista folikel– Ia berlaku apabila kantung pada ovari tidak melepaskan telur, ia membengkak dengan cecair.
2. Sista luteal- iaitu sista berlaku apabila kantung mengeluarkan telur dan kemudian liang dimana telur keluar tertutup semula dan mengumpul air di dalamnya.

Kebanyakan Sista ovari adalah kecil dan tidak menyebabkan sebarang gejala. Kalau ada pun gejala yang kerap terjadi termasuklah:

  • Senak pada perut terutama di tengah bulan
  • Haid menjadi lewat
  • Haid menjadi tidak teratur

Rawatan Sista Ovari Funtional

Doktor anda mungkin mengesan sista ovari semasa pemeriksaan pelvik rutin iaitu secara tidak sengaja. Sekiranya ujian US menunjukkan kandungan cuma mengandungi cecair, selalunya doktor akan memantau tumbesaran sista dengan membuat US ulangan 1-3 bulan kemudiannya. 80% dari sista ini akan hilang dengan sendiri tanpa sebarang rawatan.

Sekiranya anda kerap mendapat sista ovari, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengambil pil kawalan kelahiran, yang menghalang ovulasi. Ini boleh menghalang sista baru daripada terbentuk.

Sekiranya terjadi tanda tanda serius seperti ini:

  • Sakit perut yang teruk secara tiba-tiba, sakit teruk yang mugkin disertai rasa loya dan muntah-muntah
  • Sakit luar-biasa semasa atau selepas hubungan seks

Hubungi doktor anda dengan segera. Sista yang pecah atau terpintal boleh menyebabkan pendarahan di dalam abdomen yang memerlukan rawatan kecemasan termasuk pembedahan.

8 thoughts on “Sista Ovari Functional ( Functional Ovarian Cyst)”

  1. Sya Pn.Jubainah berasal dari Sabah,selepas sya keguguran ada benda yg keluar dri faraz seperti kapas yg bergantung..sehingga skg benda tu masih jga ada walaupun sudah hampir 6 thn.

  2. Assalamualaikum. Hi doc. Sy mengalami bleeding beberapa kali selepas operation. Kerap demam dan badan lesu. Adakah ini normal atau perlu follow up secepat mungkin? Kitaran haid sy normal 7hbln (June) … pendarahan ni sudah berlarutan seminggu tapi tak kerap. Cuma minggu ni 3hari sy bleeding. Darah tidak seperti darah haid. Terasa sakit di bahagian kiri rahim. Sometimes sy hanya tidur seharian kerana terasa letih dan kurang tenaga. If makan ubat pillkiler pun tetap terasa sakit.

  3. Assalamualaikum doktor

    Nama saya fatin syafinaz. Berumur 25 tahun. Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan mei 2016 yang lepas. Sebelum saya berkahwin saya memang ada masalah period yang tak teratur. Untuk tahun 2016 ini februari dan april saya tidak didatangi haid. Tapi bila datang haid genap 7 hari habis.

    Pada 2bulan pertama perkahwinan saya (jun,julai) period saya sangat sikit. Tak sampai 7hari. Pada bulan ke 3 period saya (ogos) haid saya berlanjutan hingga hari ini hari ke 11. Warna kecoklatan dan sederhana banyak jumlah darah itu. Ini amat membimbangkan saya. Apa yang saya tahu jika berlebihan hingga ke hari 16, kemungkinan ada masalah lain. Saya takut. Saya juga merahsiakan perkara ini dari pengetahuan suami. Saya juga risau jika saya tidak mampu hamil. Berat saya 63kg dengan ketinggian 165cm. Selepas berkahwin berat say banyak turun.

    Semasa melakukan hubungan kelamin bersama suami, selepas saya mencapai orgasme, abdomen perut saya sakit. Ini amat merisaukan saya. Takut-takut saya menghidapi cyst atau fibroid. Saya telah pun ke klinik, doktor telah scan perut saya. Doktor cakap rahim saya cantik dan tak ada apa-apa masalah.

    Saya masih tidak berpuas hati, saya terus meng “google” apa yang saya baca jika kurang rangsangan, vagina akan kering dan hubungan kelamin itu akan menyakitkan. Baru-baru ini, saya telah membeli produk yang disyorkan oleh Dr. zubaidi iaitu ekstrak kacip fatimah. Saya belum mencuba kerana period saya belum berhenti. Saya meminta jasa baik doktor untuk membantu masalah saya.

    1. elok jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan teliti terutama kalau puan ingin hamil. pastikan puan tidak ada cyst atau masalah hormon.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: