Apa itu Pethidine?
Pethidine adalah ubat tahan sakit yang kerap digunakan semasa saat melahirkan. Ia merupakan satu ubat penenang yang bertindak seperti morfin kerana ia adalah sintetik morfin. Ia sering digabungkan dengan ubat tahan muntah untuk mengurangkan risiko loya dan muntah iaitu salah satu kesan sampingan pethidine.
Bila saya perlukan injeksi Pethidine?
Selalunya diberikan apabila sakit ketara pada bukaan serviks 3-7cm. Pada bukaan pada bukaan 8 cm ke atas, injeksi tidak digalakkan kerana ia boleh mengganggu proses meneran kerana ibu mungkin akan berasa mengantuk kerana injeksi baru diberikan.
Apa Kelebihan Pethidine?:
- Ia boleh diberikan oleh bidan dan tidak memerlukan injeksi oleh doktor.
- Ia mengambil masa yang singkat untuk memberi kesan kira kira 20 min.
- Ia boleh membantu anda untuk berehat dan bertenang.
- Ia tidak akan melambatkan proses kelahiran anda.
- Ini boleh membantu anda untuk menangguhkan atau mengelak dari prosedur epidural
Apakah Kelemahan atau kesan Sampingan Pethidine?
- Ia menyediakan hanya kelegaan yang terhad terhadap sakit bersalin. Kesan maksima selalunya berakhir selepas 2 jam.
- Ia tidak menghilangkan sakit seratus peratus, sakit cuma berkurangan sebanyak 20-30% sahaja.
- Ia boleh membuat anda berasa mengantuk atau mamai.
- Ia mungkin membuat anda rasa loya, pening atau muntah
- Ia melintasi plasenta dan boleh membuatkan bayi mengantuk dan mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan terutamanya jika injeksi diberikan dalam tempoh 2 jam sebelum bersalin
- Penyusuan mungkin menjadi sukar kerana ia boleh mengganggu refleks penyusuan bayi.
Apa yang saya perlu buat sekiranya saya berminat untuk injeksi Pethidine ?
Anda boleh meminta injeksi pethidine pada sepanjang tempoh bersalin terutamanya selepas bukaan serviks 3 cm ke atas kerana pada masa ini sakit memang ketara. Selalunya bidan akan memeriksa faraj anda dahulu untuk memastikan anda tidak berada dalam tempoh “advanced labour” iaitu bukaan 8 cm ke atas. Injeksi boleh di ulang setiap 3-6 jam.