Implanon NXT sebagai Kaedah Perancang Keluarga

imagesApa itu Implanon NXT?

Implanon adalah sejenis implan pencegah kehamilan berhormon yang dimasukkan pada bawah kulit pada lengan anda. Ia berbentuk seperti rod nipis berukuran 40 mm panjang dan setebal 2 mm lebih kurang panjang stik mancis. Ia diperbuat dari plastik yang fleksibel yang mengandungi hormon progestin, berkesan untuk memberikan perlindungan maksima terhadap kehamilan selama 3 tahun.

Prosedur memasukkan implanon cuma memerlukan anestetik setempat dan hanya mengambil masa beberapa minit. Implanon juga boleh dikeluarkan bila-bila masa sebelum 3 tahun. Teruskan membaca