Saya hamil dan terjatuh. Adakah saya perlu bimbang?

bayi dlm airJatuh semasa hamil boleh membuat anda panik. Tetapi jangan bimbang, badan anda sebenarnya sudah direka-cipta secara semulajadi untuk melindungi bayi anda semasa kehamilan.

Dinding rahim adalah tebal dengan otot abdomen kuat yang membantu menjaga bayi anda dengan selamat. Cecair amnion ( air ketuban)  juga berfungsi sebagai kusyen dan penyerap hentakan. Dalam minggu-minggu awal kehamilan, rahim yang terletak jauh di ruang tulang pelvis yang memberikan lebih perlindungan dari sebarang kecederaan.

Jika anda jatuh semasa hamil disebabkan tergelincir di bilik air sebagai contoh, jangan risau kerana kemungkinan bayi anda selamat adalah tinggi.

Sekiranya anda masih bimbang, jumpa doktor anda untuk memastikan degup jantung bayi anda dalam keadaan memuaskan.

Jika anda jatuh di akhir kehamilan, anda sedikit berisiko untuk bersalin pra matang jadi jumpa doktor anda sekiranya anda mendapati perut mengeras dengan kerap selepas terjatuh kerana ia mungkin satu tanda awal untuk melahirkan.

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda jatuh disertai dengan

  • Kesakitan ketara pada perut
  • Pendarahan faraj
  • Pecah ketuban
  • Kontraksi rahim
  • Kurang pergerakan janin
  • Susah Bernafas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s