Polip Endometrium dan Kesukaran Untuk Hamil
Sekiranya anda sukar hamil dan pemeriksaan menunjukkan anda tiada masalah ovulasi dan bacaan sperma suami pula dalam kadar normal, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menjalani pemeriksaan pelvis secara mendalam kerana anda mungkin mengalami polip.
Polip Endometrium adalah ketumbuhan rahim yang kerap berlaku di kalangan wanita khususnya pada usia reproduktif iaitu 20-30’an. Polip terjadi apabila lapisan dalam rahim (endometrium) tumbuh dengan cepat dan menjadi bengkak. Polip Endometrium selalunya tidak merbahaya tetapi apabila ia dikeluarkan, ia akan dihantar ke makmal untuk kajian untuk mempastikan ia adalah 100% benign ( bukan kanser).
Polip boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak normal atau tidak teratur, tetapi polip boleh hadir dalam rahim tanpa sebarang gejala bermaksud, wanita tidak menyedari yang mereka mengalami polip sehinggalah ia di temui secara tidak sengaja seperti semasa ujian ultrasound. Ia juga kerap dikesan semasa ujian HSG.
Adakah Polip endometrium boleh menjejaskan Kesuburan?
Polip endometrium boleh dikaitkan dengan kesukaran untuk hamil. Terdapat satu kajian menunjukkan pembuangan polip meningkatkan peluang untuk hamil. Kajian ini mendapati bahawa apabila polip telah dibuang, kadar kehamilan adalah 63%. Walau bagaimanapun, jika polip itu tidak dikeluarkan, kadar kehamilan adalah hanya 28%. Kajian lain menunjukkan polip yang tumbuh berdekatan dengan lubang fallopian lebih kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil berbanding pada lokasi lain.
Kemungkinan besar polip menghalang sperma dari bersenyawa dengan telur dengan menutup liang fallopian dan jika berlaku persenyawaan kehadiran polip dalam rahim menghalang implantasi dari berlaku. Jika berlaku implantasi pun, ia boleh menyebabkan keguguran oleh kerana ia melekat pada dinding polip bukan rahim. Sekiranya anda mengalami keguguran berulang, eloklah jalani ujian untuk memastikan anda tidak mengalami polip.
Bagaimana diagnosa polip dibuat?
Kebanyakkan polip dengan mudah dapat dilihat mengunakan ujian ultrasound faraj yang berteknoloji 3D. Ia lebih senang di kesan pada pertengahan kitaran haid iaitu sekitar masa ovulasi.
Polip selalunya dibuang mengunakan prosedur HYSTEROSCOPY iaitu Pembedahan minor yang boleh dibuat secara pesakit luar atau Day-Care. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 30 minit dan anda boleh balik pada hari yang sama.
Salam dr, sy baru selesai buat hysterocopy d dnc dan dibekalkan dgn provera 5mg sebanyak 4 botol. Sy da habis kn botol pertama sy dan skrg dlm tempoh 7 hari free tp sy xdtg period lg. Ble habis masa sy patut terus sambung makan provera atau buat checkup? Tq dr 🙂
Terus makan provera tu
Klo mcm tu posibility utk hamil ada x dr?
ada jgn risau
Salam hai dr.. sa ada d sah kan ada polip tp d pintu rahim ja.. tp xda tindakan susulan… hanya tunggu kluar selaput lg utk hantar p makmal… sebab sblm ne ada kluar selaput 2kali… saaaangat sakit smpai kebas kaki n lemas n sakit perut yg amat sngt… mcm mna ne?
Jumpa doktor puan dan tanyakan soalan ini, saya tidak dapat jawap sebb sy tidak memeriksa puan. Kalau sakit jumpa doktor segera
Assalamualaikum doktor…sy ade msalah kerap period…dan sukar hamil….sy pergi hospital tp hnye dibekalkan ubt hntikan pndarahan…..ape saranan doktor ?
jumpa doktor dan buat pemeriksaan US boleh menolong terutama melalui faraj
Salam. Dr, sekiranya haid tidak teratur, sakit pinggang berterusan ketika haid, dan perut kembung . 2 bulan lepas sudah scan. Apa yg prlu sy buat? Perut berasa sangat tidak selesa.
Jumpa dr untuk pemerisaan pastikan ia bukan ia bukan sesuai yg serius
elok jumpa doktor takut ada cyst
Assalamualaikum Dr. Saya sedang hamil 7 weeks. Saya dapati terdapat seperti ketulan daging/darah beku yg terjuntai keluar dari saluran faraj. Terdapat juga pendarahan cair yg berwarna muda dan lendir / cecair yg berbau busuk. Namun sy tidak merasa sakit. Adakah ia polip? Dan adakah ia akan membahayakan kandungan saya Dr. Apa saranan Dr. Terima kasih.
mungkin puan ada polip, elok jumpa doktor
Salam dr, sy penah buat surgery buang polyp bln 4 tahun ni. Lps surgery period cantik 2 bln masuk bln ketiga xde period smpai skrg. Dah buat scan tp rahim kosong. Apa perlu sy buat skrg dr? Perlu ke sy ke g hospital?
puan ada PCOS ke?
Sy xpasti dr. Sbb buat blood test lps surgery dr ckp ok je hormon. Tp dr, sy nk tnye masa buat hysteroscopy buang polyp tu bole detect x ade pcos ke x? Tq ya dr.
PCOS boleh menyebabkan polyp dan juga hormon tak stabil menjurus kepada period tak teratur. Kalau tidak ada PCOS period puan akan kembali normal jadi jgn risau.
salam , sya nak tnya . sya kerap dtg haid, smpaikan dalam sebulan 4 kali dtg haid.. apa kha masalahnya.. dah jumpa doctor ckp xda masalah apa2.. apa patut sya buat..
kalau 4 kali sebulan tanda tidak normal. Jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan terperinci
Salam doctor.
I am one of your patient who was done the Hysteroscopy in October. It was 5th October. My period came 4 days after the procedures. Based on my period calendar, i am now 2 days late. Is it normal that the period will be slightly late? I’ve done upt test and it showed negative which is i’m not pregnant 😢
salam dr..saya ada polip endometerium..sblm ni, sy dh refer ke pakar tp pakar gtau x operate pn xpe sdgkn 2 kali dh polip tu terkuar smpi ke vagina.9/ 10, sy skali lg refer ke pakar sbb sy plan nk berkahwin . dr gtau if sy x buang, sy akan mengalami pdarahan skiranya bersama suami dan risiko sukar utk hamil. dr wat ujian ultrasound tp polip x nmpk ngan jelas.skng, dr ckp just tggu dia call blik.soalan saya, adakah sy akan mengalami risiko sukar hamil sekiranya polip x dbuang?
puan, elok gunakan ayat yang saya boleh faham.
Salam dokter..sy dah pg chek klinik..trus klinik refer hospitall dan cnfom ada cyst..tp msh kecil..tp dlm rahim ada benda adakah ia polip atau lain dktr..sebelum tu bnyk darh kelua berketuk2..sekrg dh ok skit2 saja..
Assalamualaikum dr..saya sering mengalami pendarahan pd hari ke14@15 selepas haid..kiranya pendarahan tu berlaku dlm waktu subur..pendarahan tu berlaku biasanya dlm 2hingga 3 hari dan sewaktu darah keluar, saya akn rasa sakit seperti senggugut..saya juga ada buat ultrasound melalui faraj..bila check, tiada apa2 masalah pd rahim..cuma keadaan rahim saya retroverted..
tetapi masalah ini masih berlaku sampai sekarang..apa ya yang perlu saya buat?perlu ke buat pemeriksaan setiap kali perkara ni berlaku?..
dr yang buat pemeriksaan mengatakan masalah hormon..adakah normal setiap bulan berlaku pendarahan sebegini? sampai sekarang saya masih belum hamil setelah hampir 2 tahun brkahwin..
Trima kasih doktor
Salam, mungkin puan mengalami perdarahan ovulasi tetapi saya tidak pasti kerana saya tidak pernah memeriksa puan, setiap pendarahan perlukan penyiasatan untuk pastikan ia tidak ada kaitan dgn masalah serius, aya cadangkan hysteroscopy https://alamhamilblog.com/2016/03/24/hysteroscopy/