Ujian Histerosalpingografi ( HSG )
Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong […]
Info Kehamilan dan Sakit Puan
Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong […]
Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, cecair khas (contrast material atau dye) akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya ke dalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis. Ia juga boleh digunakan untuk membuatkan penyiasatan mengapa wanita mengalami keguguran berulang.
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong mengeluarkan (flush) debu-debuan dan membuka liang salur peranakan. Ini membolehkan sesetengah dari mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.
Prosedur ini dibuat secara pesakit luar dan selalunya disarankan sebelum ovulasi terjadi iaitu sebelum hari ke 14 dari hari pertama haid untuk memastikan anda tidak hamil.
Anda mungkin akan diminta untuk menukarkan pakaian anda kepada gaun semasa peperiksaan. Anda juga mungkin akan diminta untuk mengeluarkan barang kemas, peralatan pergigian tanggal, cermin mata dan apa-apa objek logam atau pakaian yang mungkin mengganggu imej x-ray.
Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas sebagaimana untuk ujian pap.
Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian.Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Keseluruhan prosedur mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:
Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Keputusan yang tidak normal menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal.
Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.
assalammualaikum.. sy nk tumpang tnye.sy tlh melakukan hsg pd 10/4/2018..smua bjlan lancar walaupn perut sy cramp 2hari..alhamdulillah ari ke3da xsakit tp ade darah keluar..merah n agak cair.. tidak telalu bnyk mcm period..adakah itu normal?? atau sy kan pergi klnik smula??
elok ke klinik puan semula untuk pastikan tiada jangkitan kuman
assalammualaikum..trima kasih doc..sy da pergi klinik..kata doc sy period..alhamdulillah tiada jangkitan..
alhamdullilah
assalammualaikum dr.ju. hsg xray boleh detect kehadiran cyst & fibroid ke?
Hsg digunakan untuk membuat diagnosa salur peranakan terumbat. diagnosa Cyst dan fibroid boleh dibuat melalui Ultrasound scan
Assalamualaikum dktor sy akn bt HSG 3/1/2023 sy nak tny sakit xselepas HSG dilakukan ada ubat tahan sakit ke?selepas tiub plastik keluarkn ada kesan sakit ke dktor
ye, memang sakit sikit tapi kalau berpanjangan sampai berhari hari- mungkin jangkitan kuman. elok jumpa doktor