Anda akan bersalin tak lama lagi? Pening tentang barang atau keperluan apa yang perlu dibawa? Jangan risau… Jika anda merancang bersalin di hospital swasta, kebanyakan keperluan sudah disediakan oleh pihak hospital. Jadi jangan panik! Sekiranya anda dalam tergesa gesa, anda cuma perlu membawa badan anda sahaja. Barangan wajib cuma perlu disediakan apabila anda sudah bersedia untuk membawa bayi pulang.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan, anda mungkin perlu bertanya pada pihak hospital tentang barangan wajib yang perlu anda bawa kerana setiap hospital kerajaan mempunyai protokol adalah berbeza.
Secara asasnya, barang yang perlu dibawa termasuk:
- Baju yang longgar dan selesa dipakai yang tidak menyekat anda daripada bergerak bebas atau membuat anda terlalu panas
- Dua atau tiga coli yang selesa dan yang dapat menyokong dengan baik, termasuk coli menyusu jika anda mahu menyusu badan – ingat, payudara anda akan menjadi lebih besar daripada biasa
- Tuala wanita ( sanitary pad) bersaiz besar untuk serapan maksima
- Bag kosmetik anda dengan berus gigi, sikat rambut, sabun dan kelengkapan peribadi lain
- Tuala mandi
- Selipar getah
- Seluar dalam – 4-6 pasang. Anda boleh mengunakan panti pakai buang jika mahu.
- Keperluan bayi untuk balik : pakaian (termasuk topi) serta sarung tangan dan sarung kaki bayi.
- Blanket/Selimut bayi untuk membalut bayi semasa pulang
Juga jangan lupa:
- Kad pengenalan
- Telefon bimbit
- Komputer
- Kad Antenatal
- Perkara untuk membantu anda bertenang -seperti buku-buku, majalah atau musik
Elak dari memakai barang kemas dan sebarang barangan berharga. Jangan membawa duit yang terlalu banyak.
Saya harap panduan ini boleh menolong.
PERMANENT DOCTOR NEEDED – URGENT !!!
We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik – Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833