10 kebaikan kelahiran cesarean elektif yang mungkin anda tidak tahu.

bbKelahiran secara caesarean menjadi semakin popular kebelakangan ini, kalau 10 tahun dahulu ia cuma sekitar 15%, hari ini kadar sudah meningkat dua kali ganda dan mungkin setinggi 50% sekiranya kelahiran berlaku di hospital swasta.

Walaupun kelahiran cesarean lebih berisiko berbanding dengan kelahiran normal, kelahiran cesarean yang dibuat secara elektif ( Planned Caesarean) sebenarnya mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Diantaranya:

  1. Kurang rasa takut terhadap kesakitan bersalin
  2. Kelahiran berlaku dengan tidak tergesa gesa kerana ia sudah dirancang
  3. kurang risiko bayi lemas semasa proses bersalin
  4. Kurang rasa trauma akibat dari pemeriksaan faraj yang berulang semasa saat bersalin
  5. Tiada risiko luka teruk pada faraj seperti 3rd atau 4th degree tear
  6. Tiada risiko rahim jatuh ( Utero-vagina prolapse). Faraj tetap pejal dan ketat
  7. Kurang risiko masalah lemah kawalan kencing dan najis
  8. Kurang risiko berlaku kecederaan pada bayi akibat kelahiran forceps,vacuum atau shoulder dystocia.
  9. Kurang risiko fistula diantara pundi kencing ke faraj atau usus ke faraj.
  10. Kurang risiko hubungan seks yang bermasalah dari kesakitan vagina terutama dalam masa 3 bulan selepas bersalin.

Harus diingatkan, kebaikan ini cuma dikaitkan dengan pembedahan elektif. Manfaat diatas hilang sekiranya pembedahan dilakukan secara kecemasan.

Walaubagaimanapun, kelahiran vagina adalah “much much more safer” dan seharusnya digalakkan seandainya tiada indikasi untuk pembedahan caesarean.

3 thoughts on “10 kebaikan kelahiran cesarean elektif yang mungkin anda tidak tahu.”

  1. Assalamualaikum..isteri saya baru sahaja habis tempoh berpantang slps melahirkan anak lelaki ketiga kami melalui cara ceaser dan isteri dibenarkan pulang 2 hari slps itu. Saya ada dimaklumkan bahawa tukang urut atau bidan kampung ada memberitahu isteri untuk berpantang selama 100 hari. Ini kali pertama saya dengar akan perihal berpantang 100 hari iaitu berpantang dr bersama suami. Dalam hal ini saya memohon pencerahan dr mereka yg tahu akan hal ini.

  2. assalamualaikum… sy ibu kepada lima ank… sy pernah bersalin pembedahan ank pertama ke empat dan kelima…pada kelahiran ank sy yg kelima sy dinasihat kan doctor supaya mengikat peranakan sy kerna tkut sy hamil lg… kini ank sy yang bongsu sudah berusia 7 tahun… bole ke sy mempunyai ank lg dan bole ke sy membuka ikatan tersebut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: