Laparoskopi adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, Laparoskopi memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat sebab mengapa wanita gagal hamil.
Laparoskopi selalunya digunakan untuk:
- merawat salur fallopian yang bermasalah
- membuang parut dalam pelvis
- merawat endometriosis
- membuang ovarian cyst
Siapa yang memerlukan laparoskopi?
Selalunya dibuat untuk mereka yang mengalami:
- Masalah ketidaksuburan yang tidak diketahui puncanya
- Masalah senggugut
- Masalah sakit perut yang berpanjangan
- Mereka yang mengalami ovarian cyst semasa ujian ultrasound
Bagaimana prosedur dibuat?
Pesakit diarahkan berpuasa sekurang-kurang 6 jam sebelum prosedur. Ia selalunya dibuat dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Bergantung kepada apa yang di dapati semasa prosedur, ia mungkin mengambil masa 30 min -2 jam. Pakar bedah akan membuat 2-3 hirisan pada perut, lebih kurang 1 cm panjang dan salah satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan kedalam abdomen untuk menghalang usus dari menganggu penglihatan. Kemudian, satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej yang dirakamkan di dalam perut akan disalurkan kepada TV untuk dilihat oleh pakar bedah. Sekiranya terdapat masalah pada sistem peranakan, pakar bedah mungkin akan membuat satu lagi hirisan untuk prosedur pembedanan pada masa itu juga.
Komplikasi
Laparoskopi, walaupun di kategorkan sebagai prosedur kecil, ia juga tidak terlepas dari komplikasinya yang tersendiri, walaubagaimanapun ia jarang berlaku.
Komplikasi termasuklah:
- Luka pada pundi kencing, usus dan salur kencing
- Luka pada salur darah
- Perdarahan dalaman
- Jangkitan kuman
- Reaksi terhadap ubat bius
- Hernia ( sangat jarang )
Selepas laparoskopi
Selepas Laparoskopi, anda mungkin akan merasa sedikit sengal untuk 1 minggu. Selalunya anda boleh kembali kerja selepas 2-3 hari sekiranya tiada pembedahan dibuat. Sekiranya terdapat masalah semasa Laparoskopi seperti ovarian cyst, endometrisis atau masalah pada salur peranakan pembedahan selalunya akan dibuat dalam masa yang sama semasa prosedur.
Hi doctor, saya baru menjalani pembedahan laparoscopy dan hari ke 15 keluar darah macam period. Adakah itu normal? Terima kasih
saya tak tahu jenis laparoscopy yang puan jalani- cuba jelaskan
Assalammm…..saya juga ada pendarahan keluar selepas 10 hari buat laporoscopy cystectomy . Adakah itu normal? saya risau kerana darah tidak seperti darah haid. Tapi saya telah ambil lucrin utk tidak period selama 6 bulan selepas pembedaha, tq.
-Shila-
jangan risau, ia mugkin darah disebabkan hormon yang tak balance disebabkan injeksi lucrin. pusn sksn tidak ada period lepas darah tu habis
Asslam DR. Pagi semalam sy ingat hanya lelehan sahaja. Tp dah 2hari kena pakai pad. Sebab seperti nya macam period…darah bercampur lendir dan serpihan darah beku. Tp dalam nye tak berasa sakit. Sebelum laparascopy period saya sakit tahap tak boleh bangun.
-Shila_
biarkan darah tu mengalir dahulu, kasi ia habis keluar, lepas ni period tak datang lagi kalau dah inject lucrin
Assalammm…..saya juga ada pendarahan keluar selepas 10 hari buat laporoscopy cystectomy . Adakah itu normal? saya risau kerana darah tidak seperti darah haid. Tapi saya telah ambil lucrin utk tidak period selama 6 bulan selepas pembedaha, tq.
sebab lucrin tu
Hi.Dr satu bulan yang lalu saya baru sahaja menjalani laproskopik..dan menjalani pembedahan buang fallopion tube….persoalan sy di sini adalah..selepas pembedahan tersebut,berapa lamakah baru boleh bersama semula dengan suami.
4 minggu lebih kurang
Terima Kasih Doktor, Hilang kerisauan saya ini. -sHILA-
asslammm…Dr, sy dh habis cucuk lucrin selama 6bulan. sekarang sy masih xdatang period lg. Dan saya lenguh2 di bahagian tengkok smpai ke pinggang….adakah itu normal lepas x cucuk lucrin? dan sy xtau apa kptusan lepas operate hari tu…next appointment Feb tahun dpan… duduk pun tak selesa dengan kedaan badan ni…TQ. -SHILA_
Salam doc, saya dh 8 bulan menjalani laparoskopi sbb hamil luar hamil.. Keputusan pembedahn saya mengatakan tiub dan ovari saya normal, serta period saya normal…Masih sedang berTTC, adakah saya perlu mendapatkan rawatan kesuburan di hospital,..?
saya cadangkan ambil ujian HSG – pastikan tube sebelah lagi tidak tersumbat.
Assalamualaikum doktor.sy bru lps menjalani laparoscopy ektopik sblh kiri.slps hr ke-4 ada darah keluar mcm darah bersama lendir.jd sy risau sbb hr kedua dan ketiga tidak berdarah.adakah darah ni normal?
Normal puan, anggap ia darah nifas
Terima kasih doktor
Salam dr..sy hari ke 5 post laparoscopic rgiht cystectomy,right salphygectomy and left tuboplasty utk recurrent endometriosis and right hydrosalphynx..intraop ada byk adhesions dan ada procedure insert hegar dilator juga..lps op,sy amik 1st lucrin dose..tp sampai hari ke 5 pv bleeding masih byk dan makin bertambah dgn blood clot.. (mula2 staining sekarang 1/4 soaked)..adakah ini darah period atau post op bleeding sahaja?sbb keliru nak solat atau tidak..
*sy tanya dgn dr katanya bleeding mungkin disebabkan hegar dilator,dan sy juga berkemungkinan akan ada period 1 cycle lps lucrin sbb ubat lucrin br nak stabil dalam bdn..
Klau di ikutkn expected date of period lg 5 hari..lmp 31/12/17..regular period..
darah berketul always tak normal.
kalau darah berketul dan tidak normal ia sudah serius, elok jumpa doktor segera
Assalammualaikum doktor… Sy baru saja menjalani pembedahan laparoskopi etopic prenancy dan seblah kiri yg dbuang… Sehari selepas pembedahan daya dibenarkan discharge. Masalahnya darah ada kluar sehari selepas pembedahan ada yg beku dan cair?
Adakah itu normal atau perlu bjmpa dgn doktor d hospital?
Keluar darah tu dari faraj ke atau dari tempat luka pembedahan?
asslmkum… doctor
sya bru je menjalani pembedahan laparoskopi skrg ni dah 5 hri … dan still ada darah sikit2
sya nak tnya dgn dkctor slepas pembedahan berapa lamakah masa ble berkumpul dgn suami…
4-6 minggu
Assalamualaikum Dr., sy akan undergo Laparoscopic dermoid cystectomy tak lama lagi, saya seorang physiotherapist. Usually berapa lama sy akan diberikan cuti dan berapa lama baru sy boleh kembali bekerja seperti biasa.
Selalunya doktor akan memberikn cuti 4- 6 minggu. Puan akan recover dgn cept sebab teknik operation tu laparoskopi
dr ju..sy dh buat laparascopy beberapa thun yg lepas ( BTL )..tebuk dlm pusat..adakan normal klo bahagian tu terasa sakit semula selepas.beberapa thun..parut semacam tersembul keluar..dan pusat sy terasa nyilu sgt..nk bangun dr baring sgt² sakit..nk mengiring ke kiri dan kanan sakit..terasa tegang sgt..adakah normal..
Salam. Mungkin puan ade hernia, elok jumpa doktor