Ketidakesuburan ( Infertilti) Yang Tidak Dapat Dijelaskan (Unexplained Infertility)

infertiliti-sukar-dijelaskanSelalunya bagi pasangan yang mengalami masalah kesuburan, satu siri ujian akan dijalankan untuk mengetahui sebab mengapa anda sukar hamil.

Walaubagaimanpun, terdapat pasangan walaupun sudah menjalani pelbagai ujian, masih tidak mendapat jawapan yang tepat mengapa mereka gagal hamil. Situasi begini memang menimbulkan frustasi dan rasa tidak puas hati dikalangan pasangan terbabit. Keadaan ini berlaku 10% dari pasangan yang gagal hamil keseluruhannya.

Anda dikatakan mengalami unexplained infertility (UI) sekiranya anda bertelur setiap bulan salur peranakkan sihat dan tidak tersumbat dan juga:

  • Anda tiada endometriosis
  • Anda tidak mempunyai masalah parut pada pelvis
  • Suami mempunyai bilangan sperma yang tinggi dan bermutu

Penyebab yang mungkin

Anda mungkin mengalami penyebab ini sekiranya anda masih tidak dapat hamil:

Ketidaknormalan pada saluran peranakkan (Fallopian Tubes)
Salur fallopian adalah satu struktur pada rahim yang bertindak membawa telur dari ovari ke rahim. Ia mempunyai bentuk seperti jari pada hujung menolong membawa telur dari ovari Ia juga mempunyai struktur seperti bulu halus pada salurannya yang menolong membawa telur atau embro kearah rahim.

Telur yang tidak normal

Walaupun ovari mempunyai beribu- ribu telur, tidak semua dari telur ini sesuai untuk disenyawakan. Telur perlu berada dalam bentuk yang normal, sihat untuk berjaya disenyawakan. Sekiranya anda mempunyai kualiti telur yang tidak baik, sukar untuk anda hamil.

Sindrom ‘Unruptured Luteinized Follicles’

Semasa saat ovulasi, telur anda mungkin terperangkap didalam folikel yang melindunginya dan menghalang dari disenyawakan. Kadang-kadan folikel akan terus jadi cospus luteum sebelum sempat ia pecah menyebabkan telur tidak dapat dikeluarkan dan ovulasi tidak berlaku.

Fasa Luteal tidak normal

Selalunya apabila ovulasi berlaku, fasa luteal bermula. Dalam fasa ini, corpus luteum akan mengeluarkan hormon progesterone yang akan memberikan stimulasi kepada rahim, sebagai persiapan untuk kehamilan. Kadang-kadang terdapat masalah dengan hormon ini yang mungkin naik terlalu cepat atau terlalu perlahan atau mungkin ia tidak dikeluarkan dengan secukupnya. Oleh sebab itu, rahim tidak bersedia sepenuhnya untuk hamil.

Merawat masalah UI

Sekiranya anda mengalami UI, tak sepatutnya anda merasa hilang harapan. Masih ada peluang untuk anda hamil secara semulajadi walaupun tanpa sebarang ubat subur. Peluang anda untuk hamil dalam masa 3 tahun lebih kurang 30 % .

  1. Ubat subur seperti clomiphene citrate boleh menolong ovari supaya mengeluarkan telur lebih dari satu, seterusnya meninggikan peluang untuk persenyawaan.
  2. IUI atau intrauterine insemination ialah satu jenis teknologi reproduksi yang meninggikan peluang sperma bertemu dengan telur. Sperma suami diletakkan kedalam alat catheter selepas persediaaan yang rapi dan dilepaskan kedalam rahim dengan harapan ia akan bersenyawa dengan salah satu telur anda.
  3. IVF atau bayi tabung uji pula boleh menolong sekiranya terdapat masalah dengan salur fallopian atau ovari. Telur dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan didalam tabung uji dengan sperma suami. Sebaik telur tersebut menjadi embrio, ia akan diletakan didalam rahim.
Advertisements

4 thoughts on “Ketidakesuburan ( Infertilti) Yang Tidak Dapat Dijelaskan (Unexplained Infertility)

  1. Aina Najwa Disember 14, 2015 / 1:44 pm

    Salam sejahtera Dr. Saya aina dari Cameron pahang. Saya pernah menjalani proses makan Ubat subur seperti clomiphene citrate 2 kali cycle dari doctor berlainan dan dosage yg berlainan.
    Dalam pemeriksaan kedua2 doctor dapati period cycle Saya tidak menentu. Dan pada kali kedua Saya makan clomiphene citrate itu dapati telur ovum Saya dihasilkan sebanyak 2 biji bersaiz 18cm@mm di ovari kiri dan saiz 21cm@mm di ovari kanan. Doctor dah inject Saya supaya telur matang pd hari ke12 Saya makan next Ubat selepas clomiphene tu dan nasihatkan Saya dan suami bersama pada esoknya. Tapi tiada rezeki.

    Bolehkah Saya dapatkan nasihat dan consultation penuh dari doctor untuk Saya hamil.

    • aina najwa Disember 16, 2015 / 11:53 am

      dah email Dr Ju. tq

      • drju Disember 17, 2015 / 1:23 pm

        saya masih belum terima sebarang email

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s