Laparoskopi (Laparoscopy)

laparocopi2Laparoskopi adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, Laparoskopi memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat sebab mengapa wanita gagal hamil.

Laparoskopi selalunya digunakan untuk:

  • merawat salur fallopian yang bermasalah
  • membuang parut dalam pelvis
  • merawat endometriosis
  • membuang ovarian cyst

Siapa yang memerlukan laparoskopi?

Selalunya dibuat untuk mereka yang mengalami:

  • Masalah ketidaksuburan yang tidak diketahui puncanya
  • Masalah senggugut
  • Masalah sakit perut yang berpanjangan
  • Mereka yang mengalami ovarian cyst semasa ujian ultrasound

Bagaimana prosedur dibuat?

Pesakit diarahkan berpuasa sekurang-kurang 6 jam sebelum prosedur. Ia selalunya dibuat dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Bergantung kepada apa yang di dapati semasa prosedur, ia mungkin mengambil masa 30 min -2 jam. Pakar bedah akan membuat 2-3 hirisan pada perut, lebih kurang 1 cm panjang dan salah satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan kedalam abdomen untuk menghalang usus dari menganggu penglihatan. Kemudian, satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej yang dirakamkan di dalam perut akan disalurkan kepada TV untuk dilihat oleh pakar bedah. Sekiranya terdapat masalah pada sistem peranakan, pakar bedah mungkin akan membuat satu lagi hirisan untuk prosedur pembedanan pada masa itu juga.

Komplikasi

Laparoskopi, walaupun di kategorkan sebagai prosedur kecil, ia juga tidak terlepas dari komplikasinya yang tersendiri, walaubagaimanapun ia jarang berlaku.

Komplikasi termasuklah:

  • Luka pada pundi kencing, usus dan salur kencing
  • Luka pada salur darah
  • Perdarahan dalaman
  • Jangkitan kuman
  • Reaksi terhadap ubat bius
  • Hernia ( sangat jarang )

Selepas laparoskopi

Selepas Laparoskopi, anda mungkin akan merasa sedikit sengal untuk 1 minggu. Selalunya anda boleh kembali kerja selepas 2-3 hari sekiranya tiada pembedahan dibuat. Sekiranya terdapat masalah semasa Laparoskopi seperti ovarian cyst, endometrisis atau masalah pada salur peranakan pembedahan selalunya akan dibuat dalam masa yang sama semasa prosedur.

50 respons kepada “Laparoskopi (Laparoscopy)”

  1. Hi doctor, saya baru menjalani pembedahan laparoscopy dan hari ke 15 keluar darah macam period. Adakah itu normal? Terima kasih

    1. saya tak tahu jenis laparoscopy yang puan jalani- cuba jelaskan

      1. Assalammm…..saya juga ada pendarahan keluar selepas 10 hari buat laporoscopy cystectomy . Adakah itu normal? saya risau kerana darah tidak seperti darah haid. Tapi saya telah ambil lucrin utk tidak period selama 6 bulan selepas pembedaha, tq.
        -Shila-

      2. jangan risau, ia mugkin darah disebabkan hormon yang tak balance disebabkan injeksi lucrin. pusn sksn tidak ada period lepas darah tu habis

      3. Asslam DR. Pagi semalam sy ingat hanya lelehan sahaja. Tp dah 2hari kena pakai pad. Sebab seperti nya macam period…darah bercampur lendir dan serpihan darah beku. Tp dalam nye tak berasa sakit. Sebelum laparascopy period saya sakit tahap tak boleh bangun.
        -Shila_

      4. biarkan darah tu mengalir dahulu, kasi ia habis keluar, lepas ni period tak datang lagi kalau dah inject lucrin

  2. Assalammm…..saya juga ada pendarahan keluar selepas 10 hari buat laporoscopy cystectomy . Adakah itu normal? saya risau kerana darah tidak seperti darah haid. Tapi saya telah ambil lucrin utk tidak period selama 6 bulan selepas pembedaha, tq.

    1. sebab lucrin tu

    2. Hi.Dr satu bulan yang lalu saya baru sahaja menjalani laproskopik..dan menjalani pembedahan buang fallopion tube….persoalan sy di sini adalah..selepas pembedahan tersebut,berapa lamakah baru boleh bersama semula dengan suami.

      1. 4 minggu lebih kurang

  3. Terima Kasih Doktor, Hilang kerisauan saya ini. -sHILA-

    1. asslammm…Dr, sy dh habis cucuk lucrin selama 6bulan. sekarang sy masih xdatang period lg. Dan saya lenguh2 di bahagian tengkok smpai ke pinggang….adakah itu normal lepas x cucuk lucrin? dan sy xtau apa kptusan lepas operate hari tu…next appointment Feb tahun dpan… duduk pun tak selesa dengan kedaan badan ni…TQ. -SHILA_

  4. Salam doc, saya dh 8 bulan menjalani laparoskopi sbb hamil luar hamil.. Keputusan pembedahn saya mengatakan tiub dan ovari saya normal, serta period saya normal…Masih sedang berTTC, adakah saya perlu mendapatkan rawatan kesuburan di hospital,..?

    1. saya cadangkan ambil ujian HSG – pastikan tube sebelah lagi tidak tersumbat.

  5. Assalamualaikum doktor.sy bru lps menjalani laparoscopy ektopik sblh kiri.slps hr ke-4 ada darah keluar mcm darah bersama lendir.jd sy risau sbb hr kedua dan ketiga tidak berdarah.adakah darah ni normal?

    1. Normal puan, anggap ia darah nifas

      1. Terima kasih doktor

  6. Salam dr..sy hari ke 5 post laparoscopic rgiht cystectomy,right salphygectomy and left tuboplasty utk recurrent endometriosis and right hydrosalphynx..intraop ada byk adhesions dan ada procedure insert hegar dilator juga..lps op,sy amik 1st lucrin dose..tp sampai hari ke 5 pv bleeding masih byk dan makin bertambah dgn blood clot.. (mula2 staining sekarang 1/4 soaked)..adakah ini darah period atau post op bleeding sahaja?sbb keliru nak solat atau tidak..

    *sy tanya dgn dr katanya bleeding mungkin disebabkan hegar dilator,dan sy juga berkemungkinan akan ada period 1 cycle lps lucrin sbb ubat lucrin br nak stabil dalam bdn..

    1. Klau di ikutkn expected date of period lg 5 hari..lmp 31/12/17..regular period..

      1. darah berketul always tak normal.

    2. kalau darah berketul dan tidak normal ia sudah serius, elok jumpa doktor segera

  7. Avatar Amiser bte hassan
    Amiser bte hassan

    Assalammualaikum doktor… Sy baru saja menjalani pembedahan laparoskopi etopic prenancy dan seblah kiri yg dbuang… Sehari selepas pembedahan daya dibenarkan discharge. Masalahnya darah ada kluar sehari selepas pembedahan ada yg beku dan cair?
    Adakah itu normal atau perlu bjmpa dgn doktor d hospital?

    1. Keluar darah tu dari faraj ke atau dari tempat luka pembedahan?

  8. Avatar junainah abd rahman
    junainah abd rahman

    asslmkum… doctor
    sya bru je menjalani pembedahan laparoskopi skrg ni dah 5 hri … dan still ada darah sikit2
    sya nak tnya dgn dkctor slepas pembedahan berapa lamakah masa ble berkumpul dgn suami…

    1. 4-6 minggu

  9. Assalamualaikum Dr., sy akan undergo Laparoscopic dermoid cystectomy tak lama lagi, saya seorang physiotherapist. Usually berapa lama sy akan diberikan cuti dan berapa lama baru sy boleh kembali bekerja seperti biasa.

    1. Selalunya doktor akan memberikn cuti 4- 6 minggu. Puan akan recover dgn cept sebab teknik operation tu laparoskopi

  10. dr ju..sy dh buat laparascopy beberapa thun yg lepas ( BTL )..tebuk dlm pusat..adakan normal klo bahagian tu terasa sakit semula selepas.beberapa thun..parut semacam tersembul keluar..dan pusat sy terasa nyilu sgt..nk bangun dr baring sgt² sakit..nk mengiring ke kiri dan kanan sakit..terasa tegang sgt..adakah normal..

    1. Salam. Mungkin puan ade hernia, elok jumpa doktor

  11. Assalamualaikum Dr,sy bru selesai buat laparoscopic dye test..ini hari ke 6 selepas pembedahan..normal ke tetiba darah keluar selepas 4-5 hari pembedahan..sy rasa sakit perut seperti sengugut di bulan² biasa.. adakah ini normal kerana hormon dlm badan ternganggu @ akan normal nnt..

    1. normal tu dont worry

  12. Avatar Mas'aripah binti Saidin
    Mas’aripah binti Saidin

    Assalamualakum…Dr saya nak bertanya saya bru 1 minggu menjalani operation buang tiub dan ovari. Berapa lama ambil masa utk sembuh luka dalam…dan lagi satu berapa lama bru blh hubungan suami isteri. Saya nak luka dalam betul2 baik….

    1. 2 bulan gitu

  13. Assalamualaikum doktor.. sy nak dah 23hari lepas pembedahan laparoscopy ectopik pregnancy..dah buang sebelah kanan.. persoalan sy , berapa lama tempoh untuk sembuh dan skg sy masih rasa sakit d bahagian pusat.. adakah ini normal?

    1. agak normal tapi sepatutnya ia akan kurang sakit, kalau makin sakit jumpa doktor

      1. Assalamualaikum dr ju.. saya baru lepas laparoscopy kali ke 3, 2 minggu lepas.. Buang cyst di ovary, rahim dan fallopian tube.. apakah makanan yg saya boleh maintain sihat dan bilakah saya dan suami boleh bersama?

      2. saya cadangkan makan vitamin d3 dan omega 3 utk supplement cepat semboh dan makan macam biasa banyakkan sayur, boleh bersama selepas 6 minggu

  14. Avatar Wan Zalina bt Wan Yaacob
    Wan Zalina bt Wan Yaacob

    assalamualaikum doc, sy baru shj melakukan laparoskopi disebabkan ectopic pregnancy. Tiub telah dibuang sebelah kiri. Semasa di hospital tidak keluar darah, apabila Balik ke rmh keluar darah spt nifas tp TD bnyk. Pd hari seterusnya sy mengalami sakit perut kemudian sy rasa ingin buang air besar &air kecil. Tidak lama kemudian keluar ketulan selebar 3 jari lebih kurang. Selepas keluar ketulan tu, sy rasa lega dlm perut. Dan darah Masih keluar tp tdk bnyk. Dlm 2-3 titik shj. Adakah ia normal doktor Ju?

    1. normal puan sebb ia dari dinding rahim yng menebal semasa hamil walaupon ectopic jgn risau, anggap darah nifas

      1. Avatar Wan Zalina bt Wan Yaacob
        Wan Zalina bt Wan Yaacob

        terima kasih atas pencerahan. Semoga Allah merahmati kehidupan doc sekeluarga. Aamiin

  15. Saya baru lepas jalani laparaskopi (9/1/2025) 2minggu lepas.sekarang keluar darah (26/1/2025).tetapi tidak banyak.adakah itu period?bilakah boleh period dengan normal selepas laparaskopi?

    1. agak normal puan kalau keluar darah

  16. hai, doc saya buat laparoscopi ectopic tapi benang jahitan Kat luka belum hilang/tanggal lagi skrg sudah 43 hari apa kah itu normal tapi luka sudah kering

    1. sepatutnya dah tanggal- jumpa doktor biasa buang benag tu

  17. Salam Dr, selepas laparoscopic utk ectopic pregnancy adakah perlu berpantang seperti orang bersalin? Perlu bertungku ke?

    1. jgb bertungku sama sekali, makan makan seimbang itu sahaja😀

  18. Avatar Angeline Anak Rogis
    Angeline Anak Rogis

    Dr saya bru lepas 10 hari buat operation laparascopic hydosalpinx right n left fallopian tube.. Boleh ke buat rawatan rambut ke saloon slps 10 hari pmbedahan?

    1. boleh dan selamat

  19. Dr, saya dah buat laparoscopic cystectomy endometrioma pada 18/6/2025. Selepas procedure, doctor telah berikan saya suntikan hormon untuk hentikan period selama 3 bulan. Tetapi sehingga hari ini period saya masih belum kembali. Adakah ini normal? Haid saya teratur sebelum laparoscopy. Apa perlu saya buat memandangkan saya merancang untuk hamil dalam masa terdekat. umur saya sekarang dah 34 tahun.

    1. normal tu dik- tunggu period datang pastu adik cuba hamil

Tinggalkan Jawapan kepada Suhaila Batal balasan