Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Subur Clomid

Apa itu Clomid

Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.

Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.

Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).

Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Bagaimana Clomid diambil

Dos yang paling minima adalah 50 mg sehari diambil selama lima hari berturut-turut iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid anda. Walau bagaimanapun doktor anda mungkin mempunyai protokol yang berbeza untuk anda kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain.

Jika 50 mg tidak efektif, doktor anda mungkin akan meningkatkan dos clomid pada kitaran haid seterusnya, sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya anda masih tidak responsif.

Kesan-kesan sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakan agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.

Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walau bagaimanapun ia cuma terjadi pada sesetengah wanita sahaja.

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid.

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada enam kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.

Kebal terhadap Clomid

Terdapat keadaan di mana pesakit masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai takat maksima. Ini menunjukkan badan pesakit tidak bertindak balas terhadap clomid sebagaimana yang sepatutnya. Keadaan sedemikian selalunya terjadi pada pesakit PCOS yang mempunyai tahap hormon DHEAS yang tinggi dan mereka yang kebal terhadap insulin.

Ia juga lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 27 dan pesakit yang mengalami hyperprolactinemia.

Rawatan bagi kebal terhadap Clomid

Bagi mereka yang mengalami PCOS, rawatan mengunakan ubat Metformin mungkin akan disarankan. Sebaik-baiknya ubat ini dimakan untuk 3 hingga 6 bulan sebelum cuba mengambil clomid semula. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa selain meningkatkan kadar ovulasi, pengambilan metformin dan Clomid dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran.

Jika BMI anda adalah lebih daripada 27, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengurangkan berat badan sebelum mencuba semula Clomid. Kekurangan 10% daripada berat badan semasa anda boleh meningkatkan keberkesanan Clomid.

Bagi mereka yang mempunyai hyperprolectinemia pula, rawatan dengan Bromocriptine atau Dostinex akan diberikan. Ia boleh diambil sama ada secara bersendirian atau gabungan dengan Clomid bagi membolehkan peningkatan kadar ovulasi.

Bagi pesakit PCOS yang mempunyai tahap DHEAs yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan pengunaan ubat dexamethasone untuk mengurangkan tahap rembesan hormon dan seterusnya menjana pertumbuhan folikel.

Ovarian drilling adalah satu pembedahan yang kerap disarankan kepada mereka yang kebal terhadap Clomid, tetapi rawatan ini selalunya dibuat sebagai jalan terakhir kerana ia  melibatkan risiko komplikasi pembedahan. Jika doktor anda mencadangkan Ovarian drilling (dimana ovari anda akan ditebuk untuk memecahkan cyst) anda dinasihatkan mempersoalkan pilihan itu kerana terdapat pilihan lain yang lebih mudah dan selamat.

Salah satu cara tambahan kepada mereka yang kebal terhadap clomid ialah dengan memberikan ubat pil perancang selama 1 hingga 2 bulan sebelum mencuba clomid semula. Walaupun preskripsi ini agak bertentangan kerana ia mencegah ovulasi dari berlaku, tetapi kajian perubatan telah menunjukkan hasil yang baik iaitu lebih dari 65% daripada wanita kebal Clomid mengalami ovulasi selepas rawatan ini. Ini mungkin disebabkan pil perancang boleh menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan seterusnya merangsang kematangan telur.

Rawatan Lain

Jika pilihan-pilihan di atas masih tidak berhasil mematang telur, doktor mungkin mencadangkan anda untuk mencuba ubat-ubatan rangsangan ovari yang lain seperti Letrozole (FEMARA). Kajian perubatan menunjukkan bahawa Letrozole boleh mendorong ovulasi pada sesetengah wanita PCOS yang tidak bertindak balas kepada Clomid.

Walau bagaimanapun Letrozole tidak dipasarkan sebagai ubat kesuburan kerana kesan sampingan masih belum jelas seperti kecacatan terhadap janin jika terambil semasa mengandung. Ia masih lagi dalam peringkat penyelidikan.

Terdapat juga kes yang jarang berlaku di mana semasa pemeriksaan ultrasounds dijalankan ovari menunjukkan tanda folikel matang tetapi ovulasi tidak juga terjadi. Keadaan berlaku  disebabkan rembesan hormon LH  yang tidak cukup tinggi untuk meransang pengeluaran telur. Dalam kes ini, doktor anda mungkin akan memberikan suntikan hCG (yang bertindak sama dengan LH) untuk memecahkan folikel dan menjurus kepada ovulasi.

Pilihan lain untuk merawat kebal terhadap Clomid termasuklah terapi gonadotropin dalam dos rendah dengan atau tanpa rawatan IUI. Ini termasuk ubat-ubatan seperti Gonal-F, Pergonal dan Perugon. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada Clomid, tetapi mereka sangat berkesan sebagai rawatan ovulasi apabila Clomid gagal berfungsi.

198 thoughts on “Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Subur Clomid

  1. Nur hazwani Januari 10, 2017 / 3:21 pm

    Assalamualaikum. Dr ju. Saya mengalami masalah sukar hamil, dimana setelah saya buat ujian darah pda hari ke 21 period sy. Doctor dapati saya sukar hamil disebab kan telur yang kurang.. dimana telur atau progesterone saya 0.2 sahaja.. adakah saya boleh mengambil folic acid brand appeton jika saya tidak mahu mengambil clomid jika doctor beri pda sy.. terima kasih doctor ju,

    • drju Januari 16, 2017 / 7:58 pm

      Puan mengalami PCOS jadi puan tidak bertelur bukan telur puan kurang. Elok puan jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.

    • maya Julai 21, 2017 / 3:15 am

      ASSALAM DOKTER, saya saya dah kawin 2 tahun tapi susah nk hamil, mcm2 cara dh try,,, apa sy kne makn ubat atau apa cadangan??? tq

      • drju Julai 22, 2017 / 8:41 am

        kena buat penyiasatan, pastikan suami juga mempunyai sperm yang normal.jumpa doktor pakar

  2. nur Januari 16, 2017 / 10:58 am

    assalamualaikum dr.
    boleh saya tahu, bila kah rawatan kesuburan untuk kehamilan boleh dilakukan utk pesakit PCOS? perlu ke saya tnggu utk setahun or 2 tahun?
    dan sekiranya ingin zuriat, apa yg perlu saya lakukan?

    • drju Januari 16, 2017 / 7:56 pm

      elok jangan tunggu lama sebab tiada rawatan penyembuhan untuk PCOs ni.

      • nur Februari 1, 2017 / 6:56 pm

        boleh ke saya makan norculut utk trn drh haid kemudian makan clomid utk matangkan telur?

  3. Fateha Januari 16, 2017 / 2:53 pm

    Assalam doktor..sy dh 4 tahun kahwin tp belum pernah sekali pon mengandung..sy ade buat chek up keauburan d hospital kerajaan,doktor maklumkan y telur sy tidak bertelur waktu period dan gen jantan lebih skit dlm bdn sy…sy adr mkn clomid tp xpnh jd jge..sy adr buat ultra sound semua ok xde ape2 mslh..jd ape perlu sy lakukan doktor?tlg balas..sy amat memerlukan bantuan doktor…

    • drju Januari 16, 2017 / 7:55 pm

      puan ada PCOS tu elok jumpa doktor pakar sakit puan sekiranya puan ingin hamil.

  4. haida Januari 17, 2017 / 3:15 pm

    Assalam doktor, sy sudah berkahwin selama 1 tahun 5 bulan. Sy mengalami period yang teratur pada kiraan sy beberapa bulan sebelum ni. Kitaran 34hari. Tiap2 bulan sy gunakan OPK utk cek kesuburan, Tiap2 bulan sy dpt double line pada hari ke 17/18 (POSITIF).

    Tapi sy masih belum ada rezeki untuk hamil.

    Minggu lepas, ada buat scan di klinik, doctor hanya beritahu ovari sy sedikit bengkak iaitu size agak besar berbanding yg normal. Doc suggest untuk scan kali kedua next appointment. Namun sy masih keliru, doc tidak memberitahu samada sy ada pcos, cyst atau fibroid. dan tiada satu ubat pun diberikan untuk sy.

    Cuma hanya mncadangkan sy berjumpa dengan pakar gynae. sekitar bulan 4 nnti.

    Sekiranya sy ambil sendiri clomid tanpa berjumpa doctor terlebih dahulu boleh ke?

    • drju Januari 18, 2017 / 1:49 pm

      elok jumpa doktor dudu. Pastikan sperma suami normal. kalau normal buat ujian HSG
      jangan makan sebrang ubat kerana puan tidak masalah anovulasi

      • haida November 9, 2017 / 11:00 am

        Dr, Saya telah berjumpa dengan pakar sakit puan swasta..dia bertahu sy ada PCOS. tp memandangkan sy xde masalah dengan kitaran Haid, sy perlu lakukan ujian HSG. Memandangkan sy belum berkemampuan, boleh ke sekiranya sy tangguhkan dulu sehingga sy rasa mencukupi. Sperma suami tiada masalah, semuanya ok dan normal. Adakah selepas sy buat ujian HSG berkemungkinan sy boleh hamil?

      • drju November 9, 2017 / 11:38 am

        kalau kitaran haid puan normal teratur, puan tiada PCOS. Elok buat HSG utk pastikan puan tiada masalah salur peranakn tersumbat

      • nanina Disember 7, 2017 / 9:59 am

        Salam doc. Sy dah berkahwin 3tahun, belum pernah mengandung. Kitaran period alhamdulillah regular, bmi underweight dan bila buat TVS doc dapati sy pcos. Sudah 4 cycle on clomid, hanya 1 telur yg besar namun masih belum berjaya hamil. HSG juga alhamdulillah tiada blockage. Bolehkah sy teruskan membuat IUI?

      • drju Disember 7, 2017 / 10:08 am

        kalau haid puan regular, puan bukan PCOS.
        elok dapatkan 2nd opinion dulu samada betul betul puan mengalami PCOS. Patikan sperma suami normal

      • saisamal Disember 7, 2017 / 10:11 am

        Walaupun nampak rantaian folikel x matang, masih tidak dikira pcos ke doc? STA suami tahun 2016 okay, akan repeat bulan ni insyaAllah

      • drju Disember 7, 2017 / 12:09 pm

        kalau haid puan regular kira bukan PCOS walaupun ada rantaian

      • saisamal Disember 7, 2017 / 2:31 pm

        ohh i see. kalau period regular, kenapa ya doc setiap bulan takde telur yg matang?

  5. fiza Januari 17, 2017 / 5:06 pm

    Salam doktor. sy berumur 36 thn dan baru 3 bln berkahwin. ini adalah perkahwinan pertama sy manakala yg kedua bg suami (3 org anak).
    soalan sy:
    1. sy seorang yang obes tetapi mempunyai period yg teratur (kitaran 23-27 hari). adakah period yg teratur menentukan yg kita subur?
    2. suami berusia 49 thn, jarang merokok. adakah faktor usia blh menurunkan kadar kesuburan lelaki (sperm count, ereksi) walaupun sudah mempunyai anak pada perkahwinan pertama?
    3. apakah makanan tambahan bg meningkatkan peratus kehamilan bg seseorang yg sudah berumur?

    • drju Januari 18, 2017 / 1:47 pm

      elok jumpa doktor dulu, buat ujian ultrasounds dan darah
      saranan ubat atau selalunya bergantung kepada ujina ini. Jumpa doktor pakar

  6. illa idrus Januari 19, 2017 / 12:53 pm

    Assalam…dr…saya ada soalan.. saya dah 4 tahun selpas kelahiran pertama dan saya cuba untuk hamil yg kedua..tp sampai sekarang tak lekat.. saya pernah mengambil pil perancang yg disarankan oleh doctor selama empat bulan pertama..lepas tu saya stop.. sekrg saya hanya ambil asid folic dan jamu Harum Malam ikhtiar saya untuk hamil…saya berbadan gempal dan berat saya 89kg.. adakan disebabkan berat saya jd saya tidak subur..asid folic ni saya dah ambil hampir setahun..

    • drju Januari 31, 2017 / 11:01 pm

      kalau haid puan teratur sepatutnya tiada masalah kalau puan berberat badan berlebihan.
      jumpa doktor, pastikan ia bukan masalah sperma atau ada sista, polip, fibroid dan sebagainya.

      • illaidrus Februari 1, 2017 / 2:19 pm

        saya dah buat 2 kali ultrasound untuk check sama ada dlm rahim ada fibroid dll..tp semua ok dan rahim dalm keadaan elok kedudukannya.. haid saya juga teratur.. insyaAllah saya akan berjumpa dengan doctor dalam masa terdekat ini.. terima kasih doctor ats nasihat yg diberikan.. 🙂

      • drju Februari 1, 2017 / 8:07 pm

        haid puan regular ke?

      • illa idrus Februari 2, 2017 / 9:05 am

        ha ah doctor..tetap ja setiap bulan..kalo lewat or cepat pon seari dua ja dari tarikh…

  7. Asikin Februari 2, 2017 / 1:17 pm

    Salam dr Ju.. saya seorg ibu yg telah mendapat anak pertama.. anak pertama saya sudah berumur 1 tahun 6 bulan… saya sedang berusaha untuk hamil anak kedua… tetapi setelah setahun sy mencuba, masih tiada rezeki… period saya teratur… adakah saya perlu berjumpa doktor utk pemeriksaan?

    • drju Februari 2, 2017 / 3:57 pm

      elok jumpa doktor pakar… ramai pesakit saya yang sukar mendapat anak ke 2 mengalami masalah seperti polip dan fibroid

      • ASIKIN Februari 2, 2017 / 4:03 pm

        walaupun period teratur ya doktor?

      • drju Februari 5, 2017 / 4:31 pm

        ye

      • ASIKIN Februari 6, 2017 / 8:25 am

        Kalau saya nak cuba dulu makan ubat subur clomid tu boleh?

      • drju Februari 6, 2017 / 1:58 pm

        saya nasihat puan berjumpa doktor pakar dan cari punca dahulu kenapa puan gagal hamil. makan clomid tanpa pantauan boleh memberikan bahaya.

  8. ULFA AYRA Februari 9, 2017 / 4:36 pm

    Salam doktor,adakah cycle period 40 hari normal bagi seorang perempuan. Saya pernah hamil tetapi keguguran kerana janin tak membesar dan pernah mengambil ubat clomid selama 4 kitaran period tetapi gagal cycle saya tetap 40 hari, cuma kadang kala paling awal 35 hari dan saya pernah membuat TVS dan kedua-dua ovari saya dalam saiz yang normal.
    Bagaimanana lagi cara rawatan atau ubat yang boleh saya ambil sebelum saya membuat ujian HSG & SPERM TEST.

    • drju Februari 10, 2017 / 4:17 pm

      Puan masih berkemungkinan ada PCOS walaupun ovari bersaiz normal. elok buat ujian darah LH and FSH pada hari ke haid

      • ULFA AYRA Februari 10, 2017 / 5:10 pm

        Terima kasih Doktor, cuma kurang jelas ujian darah LH dan FSH perlu buat pada hari ke berapa haid ?

  9. Norazura Februari 10, 2017 / 4:37 pm

    assalamualaikum doctor. Saya sudah berjumpa dgn doctor pakar di lppkn pada tahun 2015. doctor pakar ada sarankan saya buat hsg dan didapati saya xde masalah. kami suami isteri disahkan tiada masalah. Period saya teratur setiap bulan. Cuma doctor beritahu yg telur saya kurang matang. xmembesar pada size yg sepatutnya. doctor suggest saya buat iui. Saya xamik iui. cuba ikhtiar secara tradisional. Then, bulan lepas saya ada jumpe doctor klinik panel, suggest amik clomid. Saya dh amik clomid sebiji sehari selama 5 hari bermula period hari ke 2. dlm masa sama, saya ada buat test opk kesuburan. saya jumpa double line pada hari ke 14 & 15. sekarang saya period. so,doktor suggest amik clomid yg sama ditambahkan dos jd 2 biji sekali makan selama 5 hari bermula period ke 2. Untuk pengetahuan doctor saya ttc anak ke dua dh 6 tahun..

    Apa pandangan doctor dengan cara pengambilan clomid ini? adakah ia bersesuaian dgn situasi saya or ada pendapat/cadangan doctor.

    Terima kasih doctor.

    • drju Februari 19, 2017 / 6:37 pm

      TTC abak kedua tu saya tak faham maksudnya

      • Norazura Februari 20, 2017 / 9:22 am

        saya dalam usaha untuk dapatkan zuriat ke dua. Saya sudah ada cahayamata berumur 6 tahun.

  10. Aina Februari 11, 2017 / 11:39 am

    Dr Ju boleh kah selepas mkn clomid saya beli suntikan hCG di hospital swasta dan inject di gov hospital?

    • drju Februari 19, 2017 / 6:36 pm

      Clomid perlukan pantauan…kalau folikel matang berukuran 17 mm keatas. Kena buat US dahulu sebelum injeksi puan

  11. akma rafie Februari 14, 2017 / 3:17 pm

    Assalam doktar…saya telah berkahwin selama 2 tahun tapi masih blm dikurniakan zuriat. Dari anak dara period sy teratur tp bila kahwin terus xteratur… dari bulan 11 sehingga skrg sy masih blm period…sy da cek upt tp negetif….apa perlu sy buat ye?

    • drju Februari 19, 2017 / 6:35 pm

      Yang terbaiknya elok jumpa doktor selepas satu tahun tidak berjaya hamil. Jumpa doktor untuk ujian fertilti

  12. siti Februari 16, 2017 / 2:24 pm

    boleh ke saya makan norculut utk period kemudian makan clomid utk matangkan telur?
    bahaya tak kalau saya amalkan asid folik dan habbasauda?

  13. Maz Februari 22, 2017 / 10:41 am

    Assalamualaikum Dr Ju.. skrg sy berumur 37 thn dan sudah berkahwin selama hampir 6 thn. Saya mengalami period yg tidak teratur sejak sblm kahwin lagi. Saya ada berjumpa dgn doc berkenaan masalah period saya ini, doc sarankan saya makan dupashton. Bila saya makan dupashton, period saya jadi regular jgk tetapi bila berhenti, period saya kembali tidak regular. Doc selalu scan & saya tidak mengalami apa2 masalah lain. Doc suggest saya utk amik clomid & selapas 2 cycle, alhamdulillah saya mengandung. Tp, gugur pada minggu ke 6-8 kerana janin tidak membesar @ tidak sihat. Bolehkah saya continue mengambil clomid ini? Terima kasih.

    • drju Februari 27, 2017 / 9:42 pm

      boleh tapi dengan pantauan doktor sbb clomid ada kesan sampingan sendiri.

      • Iza Mac 21, 2017 / 11:23 am

        salam doc, boleh saya tahu kesan sampingan Colmid untuk kali ke dua pengambilan?

      • drju Mac 21, 2017 / 4:38 pm

        kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya tetapi kesan yang paling serius adalah ovari me jadi bengkak dengan teruk

  14. ika Mac 3, 2017 / 2:12 pm

    assalamualaikum dr,ju..apakah makanan yang perlu dielakkan ketika mengambil clomid?

    • drju Mac 3, 2017 / 10:56 pm

      tiada pantang semasa makan climid

  15. Miza Mac 24, 2017 / 5:16 pm

    Dr,saya banyak keputihan, period sering tidkl teratur… Sy mkn jamu, beberapa bulan period OK.. Tpi,skrg period kembali tdk teratur.. Sy pnah kguguran akibat dnding rahim nipis msa kndungan 4bulan. Sya boleh ambil clomid?

    • drju Mac 25, 2017 / 7:13 pm

      Jumpa doktor pakar dulu, tidak semua pesakit sesuai memakan clomid. lebih lebih lagi puan ada masalah dinding rahim nipis sebb clomid boleh menyebabkan ia lebih nipis

  16. Anis Mei 11, 2017 / 11:08 pm

    Dr..sy ad jump doc klinik..dua thun khwn msh blm ad zuriat..doc klinik ad bg clomid dgn asid folik..doc bg tempoh 3 buln untuk cuba dpt ank..ap pndpt doc adkah sy hrus mkn clomid atau x..sbb sy dgr kesan x elok mkn clomid..hrp sgt dr leh bntu

    • drju Mei 14, 2017 / 8:47 am

      Dah jumpa sebab kenapa gagal hamil? Makan clomid untuk mereka yang tidak bertelur sahaja

  17. Nurul Jun 11, 2017 / 3:24 pm

    Assalam dr,, sy dah 5 tahun kahwin,, x pernah mengandung,, pernah jumpa doc pakar sakit puan,, sy ad endometriosis 3.5cm,, selain operate ad rawatan lain x doc,, boleh sy makan clomid x?

    • drju Jun 11, 2017 / 8:46 pm

      Pastikan puan tidak ada salur peranakan tersumbat. Buat ujian HSG.

      • ULFA AYRA Jun 12, 2017 / 8:44 am

        puan jika buat hsg ada berapa % boleh hamiland jangkamasa boleh hamil?

      • drju Jun 12, 2017 / 10:21 am

        HSG untuk pastikan puan tidak mengalami salur peranakan tersumbat. kalau tersumbat clomid tidak sesuai utk puan

  18. nafisah Jun 28, 2017 / 2:05 pm

    Assalamualaikum Dr..
    Saya baru berkahwin pada 9 September 2016, lebih kurang 9 bulan.

    Untuk makluman doktor, period saya teratur… Setiap bulan pasti datang. Dari zaman anak dara lagi ok, Cuma lagi 4 bulan nak berkahwin, saya period tanpa henti selama 1 bulan setengah. Selepas itu, period saya teratur semula sehingga sekarang.

    Soalan saya, apa pandangan doktor, mengapakah saya masih tidak hamil lagi?

      • nafisah Jun 29, 2017 / 6:12 pm

        Saya ingin bertanya, berat badan saya ialah 80kg, ketinggian adalah 150cm. adakah ini mempengaruhi saya untuk hamil?

      • drju Jun 29, 2017 / 8:34 pm

        kalau haid teratur peluang hamil tinggi. tapi elok turunkan berat badan untuk menambahkan lagi peluang untuk hamil

  19. Jaya Julai 20, 2017 / 3:17 pm

    helo dc. sy tlh ambik clomid last month (10june17).. now period pon dah overdue tp bile check 5 kali, hpt msh kluar neqative. appoinment i next month jer. boleh ke i hamil kali ini. tq

    • drju Julai 22, 2017 / 8:39 am

      ada cek hari ke 12 telur ada ke tak?

  20. farra Julai 21, 2017 / 4:53 pm

    salam..saya ada ambil clomid baru-baru ni, soalan saya bolehkan saya makan jamu pada cycle yg sama?

    • drju Julai 22, 2017 / 8:44 am

      elok jangan makan ubat lain sperti jamu semasa makan clomid.

      • mama qaseh November 19, 2017 / 3:58 pm

        Doktor.. blh ke kita mkn clomid pd hari ke 4 period? Period plak biasanye kitaran dlm 4@5 hari je. Kira x terlambat ke sy makan pd hari ke 4 period? Dn masa bila sesyai.mkn? Pg atau mlm?

      • drju November 28, 2017 / 12:27 pm

        kena tanya doktor puan yang memberikan preskripsi ubat clomid. clomid tidak boleh dimakan sewenang -wenangnya

  21. Widiya Ogos 28, 2017 / 8:26 pm

    Salam dr, saya disarankan oleh dr untuk mengambil clomid 50mg pd cycle bulan 7 dan 100mg pada bulan 8. Namun, sekarang sy berada di Africa dan segala ubatan saya telah tertinggal di Malaysia. Bolehkah sy makan clomid 100mg tersebut pada cycle bulan 9?

    • drju Ogos 28, 2017 / 11:08 pm

      boleh.

      • Widiya Ogos 28, 2017 / 11:43 pm

        Adakah terdapat kesan sampingan kerana saya mengambil clomid cycle pertama dan kedua nanti brand yang berbeza? Memandangkan untuk cycle bulan 7 sy membelinya di farmasi memandang sy telah tertinggal clomid di malaysia.

  22. nurul shahira September 6, 2017 / 4:12 pm

    salam doc,
    Sya baru berjumpa doc pada 26/08 dan doc menyarankan saya utk mengambil chlomid apabila haid saya keluar . dan saya telah dtg haid pada 29/08 smpai 02/9 dan telah pun mengambil chlomid pada hari ke 2 haid.soalan sya, setelah mengambil chlomid dan dlm keadaan bersih dr haid. kenapa bila saya melakukan hbg dgn suami saya, saya berasa agak kering dan sakit sedikit? adakah itu normal?

    • drju September 6, 2017 / 10:27 pm

      agak normal tu, jgn risau. datang hari ke12

      • nurul shahira September 7, 2017 / 2:12 pm

        datang hari ke 12? maksud doc? berjumpa doctor ke?dan sya dapat rasa hari ni kepala saya berdenyut dan agak pening.

    • drju September 6, 2017 / 10:28 pm

      agak normal jgn risau

  23. Aneesa September 12, 2017 / 2:21 pm

    dr.sya nak tanya saya hri tu ada ambk pil chlomid. tp skrg knapa sya rasa nyilu d bahagian bawah pusat sya ye. dah 2 hri mcm ni.adakah itu effect dr chlomid??

    • drju September 12, 2017 / 6:14 pm

      jumpa doktor balik, puan mungkin ada cyst

      • Aneesa September 13, 2017 / 10:57 am

        Doc. selepas semalam. sakit tu hilang dengan serta merta pada hari ni. adakah saya perlu berjumpa doc lagi? dan saya nk tanya klu nak cek seseorang tu ada cyst ke x, mcm ne? adakah melalui scan ??

      • drju September 13, 2017 / 12:39 pm

        cyst dapat dikesan dengan senang menggunakan ultrasound. jumpa pakar yang berpengalaman

  24. Syaniey September 13, 2017 / 2:47 pm

    Hi sy yan, sy mempunyai 2 ank, ingin pregnant kali ke 3 tp susah lekat, period sy teratur, ape yg perlu sy buat yea Doktor

    • drju September 13, 2017 / 4:10 pm

      Jumpa doktor pakar yang berpengalaman untuk pemeriksaan – pastikan tiada fibroid atau cyst dalam rahim

  25. ani Oktober 16, 2017 / 2:58 pm

    Salam doktor, adakah ada kesan sampingan jika saya pernah membuang cyst..adakah cyst akan membesar selepas mengambil clomid?

    • drju Oktober 17, 2017 / 7:34 am

      kalau sudah tiada cyst, makan clomid selamat

  26. Laila November 8, 2017 / 1:35 am

    Dr, Saya nak tanya. Period saya tak teratur setiap bulan. Kadang lewat beberapa hari, kadang lewat puluh hari. Ada sampai 3bulan saya tak period. Tidak mengalami senggugut yang teruk. Saya baru kahwin, hampir 30thn dan ingin anak secepat mungkin. Sekarang saya amalkan folic asid setiap hari. Boleh ke saya ambil clomid sebagai tambahan tanpa rujukan doc? Tinggi tak % untuk dapatkan kembar jika ambil clomid?

      • Puan Siti November 23, 2017 / 6:09 pm

        Assalamualaikum Dr. Adakah normal tempoh darah haid yg keluar cuma 3 hari sahaja,setiap bulan begitu. Hari 1&3 sedikit, hari 2 banyak. Saya mempunyai kitaran haid tetap 28 hari. Saya sudah berkahwin 8 tahun belum dikurniakan zuriat. Sekarang dalam rawatan kesuburan. PCOS. IUI 2kali gagal. TQ Dr.

      • drju November 28, 2017 / 12:33 pm

        mungkin puan bukan PCOS?. Agak jarang PCOS dengan haid regular. jumpa doktor utk pilihan rawatan IVF

  27. Tiqa Disember 7, 2017 / 3:41 pm

    Assalam dr..sy dah hampir 3 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat. Sy sudah jumpa pakar dan beliau cakap semua normal & beri sy cuba tab clomid utk 2 cycle..skrg 2 cycle dah berakhir tetapi masih belum lagi positif.. boleh dr beri pendapat?

    • drju Disember 13, 2017 / 2:02 pm

      Pastikan suami puan normal. Saya cadangkna ujian hsg utk pastikan salur persnakan tidak rosak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s