Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Subur Clomid

Apa itu Clomid

Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.

Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.

Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).

Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Bagaimana Clomid diambil

Dos yang paling minima adalah 50 mg sehari diambil selama lima hari berturut-turut iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid anda. Walau bagaimanapun doktor anda mungkin mempunyai protokol yang berbeza untuk anda kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain.

Jika 50 mg tidak efektif, doktor anda mungkin akan meningkatkan dos clomid pada kitaran haid seterusnya, sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya anda masih tidak responsif.

Kesan-kesan sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakan agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.

Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walau bagaimanapun ia cuma terjadi pada sesetengah wanita sahaja.

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid.

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada enam kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.

Kebal terhadap Clomid

Terdapat keadaan di mana pesakit masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai takat maksima. Ini menunjukkan badan pesakit tidak bertindak balas terhadap clomid sebagaimana yang sepatutnya. Keadaan sedemikian selalunya terjadi pada pesakit PCOS yang mempunyai tahap hormon DHEAS yang tinggi dan mereka yang kebal terhadap insulin.

Ia juga lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 27 dan pesakit yang mengalami hyperprolactinemia.

Rawatan bagi kebal terhadap Clomid

Bagi mereka yang mengalami PCOS, rawatan mengunakan ubat Metformin mungkin akan disarankan. Sebaik-baiknya ubat ini dimakan untuk 3 hingga 6 bulan sebelum cuba mengambil clomid semula. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa selain meningkatkan kadar ovulasi, pengambilan metformin dan Clomid dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran.

Jika BMI anda adalah lebih daripada 27, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengurangkan berat badan sebelum mencuba semula Clomid. Kekurangan 10% daripada berat badan semasa anda boleh meningkatkan keberkesanan Clomid.

Bagi mereka yang mempunyai hyperprolectinemia pula, rawatan dengan Bromocriptine atau Dostinex akan diberikan. Ia boleh diambil sama ada secara bersendirian atau gabungan dengan Clomid bagi membolehkan peningkatan kadar ovulasi.

Bagi pesakit PCOS yang mempunyai tahap DHEAs yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan pengunaan ubat dexamethasone untuk mengurangkan tahap rembesan hormon dan seterusnya menjana pertumbuhan folikel.

Ovarian drilling adalah satu pembedahan yang kerap disarankan kepada mereka yang kebal terhadap Clomid, tetapi rawatan ini selalunya dibuat sebagai jalan terakhir kerana ia  melibatkan risiko komplikasi pembedahan. Jika doktor anda mencadangkan Ovarian drilling (dimana ovari anda akan ditebuk untuk memecahkan cyst) anda dinasihatkan mempersoalkan pilihan itu kerana terdapat pilihan lain yang lebih mudah dan selamat.

Salah satu cara tambahan kepada mereka yang kebal terhadap clomid ialah dengan memberikan ubat pil perancang selama 1 hingga 2 bulan sebelum mencuba clomid semula. Walaupun preskripsi ini agak bertentangan kerana ia mencegah ovulasi dari berlaku, tetapi kajian perubatan telah menunjukkan hasil yang baik iaitu lebih dari 65% daripada wanita kebal Clomid mengalami ovulasi selepas rawatan ini. Ini mungkin disebabkan pil perancang boleh menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan seterusnya merangsang kematangan telur.

Rawatan Lain

Jika pilihan-pilihan di atas masih tidak berhasil mematang telur, doktor mungkin mencadangkan anda untuk mencuba ubat-ubatan rangsangan ovari yang lain seperti Letrozole (FEMARA). Kajian perubatan menunjukkan bahawa Letrozole boleh mendorong ovulasi pada sesetengah wanita PCOS yang tidak bertindak balas kepada Clomid.

Walau bagaimanapun Letrozole tidak dipasarkan sebagai ubat kesuburan kerana kesan sampingan masih belum jelas seperti kecacatan terhadap janin jika terambil semasa mengandung. Ia masih lagi dalam peringkat penyelidikan.

Terdapat juga kes yang jarang berlaku di mana semasa pemeriksaan ultrasounds dijalankan ovari menunjukkan tanda folikel matang tetapi ovulasi tidak juga terjadi. Keadaan berlaku  disebabkan rembesan hormon LH  yang tidak cukup tinggi untuk meransang pengeluaran telur. Dalam kes ini, doktor anda mungkin akan memberikan suntikan hCG (yang bertindak sama dengan LH) untuk memecahkan folikel dan menjurus kepada ovulasi.

Pilihan lain untuk merawat kebal terhadap Clomid termasuklah terapi gonadotropin dalam dos rendah dengan atau tanpa rawatan IUI. Ini termasuk ubat-ubatan seperti Gonal-F, Pergonal dan Perugon. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada Clomid, tetapi mereka sangat berkesan sebagai rawatan ovulasi apabila Clomid gagal berfungsi.

Advertisements

234 thoughts on “Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Subur Clomid

  1. Gee Jun 14, 2016 / 10:29 pm

    As’kum,Dr.blh x mkn Clomid pd hri ke-4, period..

    • drju Jun 15, 2016 / 5:37 pm

      boleh, jadi dari hari 4 sehingga 8

  2. Ayumi Ahmad Jun 17, 2016 / 11:02 am

    salam dr..beberapa bln lps sy sdh berjumpa pakar gynae…beliau ada berikan clomid kpd sy…mslahnya sy dh misplaced ubat berkenaan..bolehkah sy terus beli dr farmasi ini kerana klinik berkenaan agak jauh dr rumah sy

    terima kasi dr

    • drju September 2, 2016 / 5:27 pm

      dalam dos yang sama boleh

  3. Ayumi Ahmad Jun 17, 2016 / 11:26 am

    salam dr…sy nk minta kepastian…beberapa bulan lps sy sdh berjumpa dgn pakat gynae…dan diberikan clomid…ttp sy misplaced ubat berkenaan…boleh x sy terus beli dr farmasi??

    • drju Jun 20, 2016 / 11:40 am

      elok pergi balik kepada doktor puan dan dapatkan perscripsi tersebut sebb puan perlu kena tahu dose

  4. nik noraida binti raja yaakub Jun 19, 2016 / 12:13 pm

    assalamualaikum.. dr ju.. saya nik.. blh x saya ambil clomid tanpa arahan doktor.. saya dah hampir 5tahun kawin.. saya pernah makan 2 cycle clomid.. dah lama stop.. saya igat ingin beli sendiri kat farmasi..

    • drju September 2, 2016 / 5:27 pm

      elok jumpa doktor pakar dulu kenapa puan tidak dapat hamil.

  5. Jessica Jun 28, 2016 / 10:56 pm

    Salam doc..sy skrg mendapat rawatan doc specialist swasta bkenaan ttg penyakit PCOS ni..utk 1st cycle (Feb) doc bg sy dos 50mg clomid..bila settle pgambilan ubt tu, for the next month (Mac) sy x dtg period..5 April baru sy period n then sy jumpa doc..doc tmbhkn dos 100 mg utk clomid n doc minta sy wat test hsg..bila habis pgambilan ubat tsbt,period sy x dtg..dan hari ini baru sy period (28 Jun)..ada brpa persoalan yg ingin sy bertanya pada doc..
    1.Adakah kelewatan period sy ni berpunca dr pengambilan ubt clomid?
    2.Boleh tak sy minta pd doc yg merawat sy skrg ni utk tmbhkn dos 150mg?
    3.Sekiranya sy tak nak wat test hsg utk masa ni, adakah penambahan dos clomid tu boleh membuatkn sy prgnt?
    4.Sekiranya penambahan dos clomid pun x boleh membuatkn sy prgnt, apakah next rawatan yg ptut sy terima?

    • drju Jun 30, 2016 / 5:33 pm

      Puan berusia berapa sekarang?

      • Jessica Jun 30, 2016 / 7:26 pm

        Assalam doc..skrg sy berumur 30 thn..sy prnh keguguran pd thn lps..

      • dahliya binti sahrin Disember 4, 2016 / 1:54 am

        salam…..doc saya berumur 34 saya nk punya ank lagi doc dpt kah suami kedua nie dah umur 44….klau ada rezki sy nk.1 jer doc

      • drju Disember 5, 2016 / 5:15 pm

        sepatutnya tiada masalah kalau puan sudah hamil sebelumnya, kalau puan sudah berhubungan selama satu tahun dan masih belum hamil, eloklah jumpa doktor untuk pastikan tiada masalah pada suami isteri.

  6. drju Jun 30, 2016 / 7:53 pm

    sekiranya puan diberikan clomid, puan perlukan pantauan untuk memastikan dos yang diberikan sesuai buat puan. selalunya doktor akan membuat pemeriksaan US melalui faraj pada hari 12 untuk memastikan berapa banyak telur puan yang ada pada ovari

    • Jessica Julai 1, 2016 / 10:24 am

      Assalam doc..alhamdulillah hari ini merupakan hari ke 4 sy dtg haid..smlm sy call doc yg merawat sy skrg ni..dia bg taw buat semntara ni dia minta sy makan folic acid sbb dia tidak benarkan sy utk tmbh dos utk clomid tsbt..takut nanti akn effect pd sy..test hsg pun tidak boleh nak buat sbb last period nanti jatuh masa raya.. Jadi ini persoalan sy utk doc;
      1.Boleh ke sy prgnt dgn hanya mgambil folic acid?
      2.ketika sy makan folic acid, boleh ke sy makan epo (evening primrose oil) yg mengandungi GLA sekali?

  7. Myaleesya Julai 3, 2016 / 3:59 pm

    Salam doktor.sy mempunyai masalah pcos.sy cuba utk hamil diberi clomid 100mg .sebelum ni sy ada mengambil clomid 50mg dan hasil tvs ada 1 telur di ovari kanan sy yg matang. tetapi tidak berhasil mungkin sb lewat bersama iaitu pd hari ke 18.sy mkn clomid 100mg pd hari ke 3-7 period..sy xdpt berjumpa dgn doktor utk tvs kerana bulan puasa dan mlm kinik tutup..jd soalan sy, selalunya waktu ovulasi berlaku pada hari ke berapa selepas pengambilan clomid ye? Hari ini ialah hari ke 13.Tq doktor

    • drju September 2, 2016 / 5:26 pm

      ovulasi selalunya diantara 12-16 dari hari pertama period

  8. Mohammed Julai 10, 2016 / 10:45 pm

    Assalamualaikum Doc, isteri saya telah makan pil subur dr pakar selama 1 tahun tetapi tidak berhasil. Saya sgt terharu utk dapatkan anak ke 3 tetapi tiada hasil. Tolong doc advice.

    • drju Ogos 17, 2016 / 10:02 am

      sorry.. miss your question. Elok jumpa doktor untuk cari punca kenapa gagal hamil. saya tak amalkan makan ubat subur selama satu tahun itu sgt lama

  9. lisa Julai 18, 2016 / 11:25 am

    Assalamualaikum dr., sy 31 thn, anak 1, pregnant kali ke dua, pregnant pertama gugur. anak dh berumur 2 thn 2 bln. skrg sy tgh on clomid 100mg dh masuk 6 cycle. adakah sy perlu berhenti clomid? kalau berhenti berapa lama sy perlu berhenti dan bila sy perlu mula semula…terima kasih dr.

    • drju Julai 24, 2016 / 11:13 am

      Pastikan.puan berjumpa.pakar untuk pemerisaan menyeluruh.

  10. Jacinta Duang Julai 18, 2016 / 5:11 pm

    Hello Dr.. Sini saya ada soalan… Pada bulan april 2016 saya suda pernah ambil 5 biji clomid dari klinik…. Then saya dapat sekejap berita gembira pada bulan awal bulan jun saya pregnant 2-3 weeks… Tapi bukan rezeki saya… Miscarriage…. So now saya still belum period tapi suda check upt it’s negative…. Boleh ka saya ambil clomid lagi dalam masa ini…..?

    • drju Julai 24, 2016 / 11:12 am

      Jumpa doktor yang buat rawatan puan dan bincang tentang dos samada boleh dinaikan

  11. Reen Julai 24, 2016 / 3:03 pm

    Assalam dR, sy buntu skrg ni…saya ada pergi klinik,dr bg saya ubat subur,dia cakap mkn hari ke2 period….bulan ni saya lewat period 2hari….sepatutnya 16hb 7 period,tp sy datang 19hb…hari pertama period datang sikit,tak penuh pad pun….hari ke2 pun sama..hari ke3 dia dah stop period..sy still continue makan ubat clomid tu….2hari period stop,pagi tadi sy ada cuci faraj,dan ada drah yg bercmpur dgn lendir…..agak byk juga..sy cuma takut kalau sy prgnant,akan ada kesan x untuk janin…atau clomid tu melancarkan period saya balik…? Terima kasih DR

    • drju Julai 31, 2016 / 10:30 pm

      sepatutnya tak memberikan kesan jgn risau

  12. nuha Julai 25, 2016 / 11:42 am

    salam dr….ada x cara utk stabil hormon…kesan drpd depo injection…dh stop injection..7 bln xdtg period bl dh stop injection

    • drju Julai 31, 2016 / 10:29 pm

      ambil masa 1 tahun untuk period kembali ke saat asal

  13. nia Julai 28, 2016 / 9:05 am

    Assalam doc..sy dh hampir 8tahun xdtg period sejak mlahirkn ank sy yg prtama..br buln lepas haid sy dtg,tp buln ni xdtg balik…sy nk tnye pndpt doc skrg sy sdg mngambil ubt metformin,,boleh ke ke sy mkn ubt tu waktu xperiod?atau boleh x sy nk ambil ubt utk dtg period dan clomid smasa sy mkn ubt metformin ni..sbb sy ingin hamil..

    • drju Julai 31, 2016 / 10:28 pm

      siapa yang prescribe ubat metformin tu
      puan ada diabetes ke?

  14. zahra Ogos 3, 2016 / 2:12 pm

    bagai mna nk tahu dri kita sdang ovolusi kesuburan slps ambil clomid? ada tnda2 nya atau tidak..

    • drju Ogos 17, 2016 / 10:01 am

      sepatutnya anda diberikan pantauan dengan ujian ultrasound utk pastikan telur matang atau tidak. elok jumpa doktor puan

  15. Farah Ogos 16, 2016 / 8:11 pm

    Salam doc…saya sedang ikuti program kesuburan ..diberi ubat dan suntikan..slps period 8hari sekarang sudah period semula…kitaran tdk mencukupi..kenapa ia terjadi???sebelum ini normal.

    • drju Ogos 17, 2016 / 10:00 am

      mungkin hormon tak stabil. elok jumpa doktor utk pemeriksaan

  16. et Ogos 17, 2016 / 9:22 am

    SALAM DOC..saya makan clomid dari ke 2..then mlm tu hingga hari ke tiga di haid saya terhenti..so apakah simpton spt ini doc..

  17. Et Ogos 17, 2016 / 9:43 am

    Salam doc..sy akan clomid 100mg pada hari ke 2 haid..setelah saya makan haid sy thenti..apakah simptom spt ini doc..

    • drju Ogos 17, 2016 / 9:59 am

      sesuati yg kerap terjadi. tanya your doctor sebab setiap wanita berbeza

      • Et Ogos 17, 2016 / 10:02 am

        Xda efek ape2 ke doc?atau peluang untk hamil payah ke?risau btl..adakah telur akan matang ?

  18. dianna Ogos 19, 2016 / 8:23 am

    Salam doc,..sy sudah dibekalkan mengambil pil clomid 50mg selama 5 hari…doc sarankn mkn setiap pkul 9 mlm..tp sy trtelan pil clomid di wktu 9pg pula..ade effect ke trhdap bdn nnti?

    • drju September 2, 2016 / 5:26 pm

      no problem

  19. dianna Ogos 19, 2016 / 8:52 am

    Salam doc,.sy dibekalkn pil clomid 50mg tok 5 hari..wktu mkn pil 9mlm berturut-turut..tp sy trmkn clomid di wktu pg pula.ada apa2 effect pd sy ke kalau trlebih mkn pil clomid dlm wktu trtentu..?

    • drju Ogos 22, 2016 / 6:57 pm

      Jangan risau tidak ada efek ketara

  20. Faizah Ogos 20, 2016 / 6:21 pm

    Doktor, sy dh 2x mkn clomiphne…ttpi xbrjaya utk prgnt…. sblm ni mkn clomphene hr ke 2 hgga 6…2biji 1hari… kalau xberjaya lg mcmna proses setrusnya doktr?
    sblm tu sy prnh keggrn 2x….bby mati dlm kndgn 19minggu 2010 dan 20minggu 2015…

    • drju Ogos 22, 2016 / 6:57 pm

      puan makan clomid ini tanpa pantauan doktor

  21. Anja Ogos 28, 2016 / 12:08 pm

    Assalam doktor. umur saya 42 tahun. Tiada masalah kesihatan & ingin hamil lg. Saya beli clomid 50mg di farmasi dan makan pada hari ke-4 period. Saya juga makan asid folic & EPO

    • drju September 2, 2016 / 5:25 pm

      elok jumpa doktorr dulu samada puan sesuai untuk memakan clomid

  22. Riani Ogos 29, 2016 / 7:40 pm

    Doktor bolehkah sy mengambil clomid jika ada cyst?

    • drju September 2, 2016 / 5:24 pm

      jumpa doktor pakar dulu supaya dapat tahu cyst itu jenis apa

  23. Rosnah September 3, 2016 / 1:46 am

    Assalam drju.. Sya m’punyai ank seorg berusia 2 thn 5 bln. Utk hamil ank pertama sy ada ON Duphastone 10mg selama 3 cycle, slps itu sy hamil ank pertama. Skrg sy plan nk hamil ank ke-2, apabila sy follow up di O & G clinic, Dr m’beritahu sy ada mslh PCOS. Jd beliau beri sy Clomide 50mg. Sy period pd 4/7/16 & sy ON clomide first cycle. tp pd 19/7/16 sy period semula, jd ats arahan Dr t’sebut sy ON cycle ke-2. Mslhnye sebln slps itu sy mengalami badan kurang selesa, lesu, perut sakit, loya, muntah& sensitif pd bau2an. Sy check UPT 18/8/16- negatif & repeat 30/8/16 still negatif. Adakah itu kesan pengambilan clomide @ sy hamil? Skrg sy dikira x period 1 bln 2 minggu. Setahu sy period sy x regular…

    • drju September 4, 2016 / 8:43 am

      Masih ada kemungkinan puan hamil. Jumpa doktor untuk ujian darah beta HCG, ia boleh membuat diagnosa kehamilan walaupun pada peringkat sangat awal kehamilan

  24. Hurija September 4, 2016 / 4:48 am

    sya dah hampir 4 thn kwin tpi blum dpat hamil.
    waktu dlam 2 thn kwin, sya prnah jmpa pakar ob,dia kta sya kurang subur,dn tak teratur haid..dia bgi sya norcolut 5mg untk lawas haid dn clumiphene 50mg untuk subur hnya first cycle..
    slepas tu sya tk dpat jmpa blik lgi pkar.

    prtnyaan sya, boleh ke sya bli s farmasi itu kedua kdua ubat tnpa jmpa doctor lgi? dn sya akan ikut sbagaimna dia arakan tu ubat sma sya wktu itu?

    mkasih…

    • drju September 4, 2016 / 8:35 am

      Kalau masalah puan PCOS elok puan baca pasal PCOS and clomid.
      Setiap ubat ada kesan sampingan perlu dipantau kegunaan termasuk clomid. elok jumpa doktor pakar

  25. marz September 9, 2016 / 7:29 pm

    Slm doc sy tiada mslh period period teratur skrg sy ngah ikhtiar utk hamil yg ke2 .baby 1st dlu pun sy ambil ubt kesuburan.boleh ke sy cuba amik clomid utk kesuburan?

    • drju November 24, 2016 / 9:48 am

      elok jumpa doktor dulu puan sebab kena siasat kenapa puan gagal hamil.

  26. Alya September 10, 2016 / 9:00 am

    Asslam doc. Saya sedang period hari ke 2 bln nie, doc saran kan saya kalau period bln nie dia bagi dos tinggi ckit mkn 2 pil untuk 1 hari. Bln lepas saya pernah makan pil clomid doc bg utk 5 hari. Tp yg bln lepas sya mkn hari ke-6 period makan pil tu, sepatut nya makan hari ke-2 period or ke-6 period??..byk saya tnya org mkn hari ke 2 period jd saya mk tnya doc hari ke berapa seelok-elok nya mkn pil nie?..

    • drju November 24, 2016 / 9:47 am

      clomid diberikan pada hari puan period iaitu hari ke 2 atau ke 3 haid— 5 hari berturut turut

  27. ida September 13, 2016 / 11:26 am

    SY ADA MAKAN CLOMID DOKTER YG BAGI, TAPI DLM TEMPOH SY MAKAN UBAT TERSEBUT PERIOD SY JADI TIDAK TERATUR DAN SEMAKIN CEPAT TIDAK MENGIKUT KITARAN HAID SEBENAR, ADAKAH MMG BEGITU ??

    • drju November 24, 2016 / 9:46 am

      sepatutnya tidak. pastikan puan bertanya doktor puan mungkin puan perlu mengambil ujian darah untuk pastikan tidak ada hormonal imbalance

  28. ika September 15, 2016 / 2:08 pm

    salam doc..nak tanya sy sepatutnya makan clomid 5 hari brturut2…bermula dari CD2-CD6…
    CD 2 sy on clomid 150mg pukul 10 mlm tp pada cd3 sy terlepas makan…patut ke sy terus je mkn smp CD7?

    TQ doc.

    • drju November 24, 2016 / 9:23 am

      tak ape kalau termiss, makan yang seterusnya

  29. Waty September 24, 2016 / 1:55 am

    Boleh kah clomid beli di pamasi doc..

    • drju Oktober 10, 2016 / 5:34 pm

      atasd arahan dan preskripsi doktor boleh

  30. aminah sabtu September 29, 2016 / 5:42 am

    dokto..sy telah diberi suntikan ubat foliculin ..tp telur masih tidak matang ..bolehkah sy mengambil clomit pula

    • drju Oktober 10, 2016 / 5:28 pm

      jumpa doktor puan samada climd masih sesuai untuk puan

  31. Nisah Oktober 5, 2016 / 2:20 pm

    Salam Dr Ju, umur sy 30 tahun dan dah berkahwin selama 3 tahun tp belum pernah hamil. awal tahun ni (2016) sy start makan Folic Acid. Di sini sy nak minta pendapat dr ape rawatan yg perlu sy buat supaya boleh hamil. Adakah sy perlu jumpa pakar gynae?

    • drju Oktober 10, 2016 / 5:30 pm

      Elok untuk jumpa doktor pastikan puan tiada masalah yang boleh menganggu ke arah kehamilan.
      Ujina US adan ujian air mani perlu dilakukan.

  32. ida Oktober 7, 2016 / 12:46 pm

    assalamualaikum dokter

    • drju Oktober 10, 2016 / 5:31 pm

      waalaikum salam

      • Nisha R Oktober 10, 2016 / 5:39 pm

        Assalamualaikum Dr

        Sy dh berkahwin selama 3 tahun dan msh blm dikurniakan ank. Sy baru start mkn folic acid awl tahun ni. Sy nk tya, jika sy jumpa pakar adakah sy terus disyorkan untuk buat iui/ivf ni? Ataupun diberi clomid dahulu?

        Terima kasih.

      • drju Oktober 11, 2016 / 8:22 pm

        umur puan berapa?

      • Nisha R Oktober 11, 2016 / 8:57 pm

        30 tahun

  33. syasya Oktober 10, 2016 / 12:56 pm

    salam Dr..

    masuk tahun ni sy dah 6tahun berkahwin dan belum dikurniakan anak lagi. 2 tahun lepas sy pernah jumpa pakar perbidanan dan diberikan clomid 50mg. Selepas itu saya tidak lagi pernah ke sana kerana jarak dan kekangan tugas. Adakah sy boleh teruskan dengan makan clomid yg dibeli di farmasi?

    Untuk pengetahuan Dr, kakak saya juga mengalami masalah yg sama dan menjalani rawatan dengan Dr pakar dan mencuba clomid hingga dos 150mg utk 3pusingan dan disahkan hamil. Adakah faktor keturunan juga boleh menyebabkan masalah yang sama.

    Terima kasih

    • drju Oktober 10, 2016 / 5:26 pm

      elok jumpa doktor dan dapatkan dose yang sesuai. Puan mungkin mengalami PCOS.

  34. Thia Oktober 10, 2016 / 2:01 pm

    Dr blh ke saya ambil clomid ini dengan harapan untuk mendapatkan anak kembar.

    • drju November 24, 2016 / 9:23 am

      elok jangan kerana clomid ada kesan sampingan

  35. Anna Oktober 15, 2016 / 10:59 pm

    Assalamualaikum
    Doc sy ada beberape soalan,
    Bln lepas sy buat pemeriksaan,
    Kerana sy surah berkahwin hampir 8thn,
    Namun masih blm mendapat zuriat,
    Bln lepas doc check up,
    Perut sy tidak mempunyai masalah,
    Cuma kedudukkan rahim agak ke belakang,
    Doc sudah memberi penerangan dan telah ajar beberape teknik,
    Namun semlm sy dtg haid,
    Sy berjumpe doc dan doc beri sy clomid dan mensarankan sy mkn hari pertama haid hingga hari ke 5…
    Pada mendapat doc berape kekerapan utk sy bersama?
    Dan pada waktu bila?

    • drju Oktober 18, 2016 / 8:52 am

      haid puan teratur ke tidak?
      puan dah baca ke artikel yang saya tuliskan terbaru pasal haid

  36. Atiqah Mahmud Oktober 20, 2016 / 12:32 pm

    Salam doktor ju. Saya bulan depan (november) akn cukup setahun kawen dan belum hamil.
    Saya baru mula makan asid folid dalam 4 bulan.
    Bulan ogos baru ni ada buat ultrasound utk check sekiranya ada mslh apa2, tapi semua ok cumanya rahim saya bawah sikit dan terbalik..

    Adakah ni slh stu sebab sukar hamil?
    Lagi satu setiap kali slps bersama, saya rasa nk terkencing dan akn terus bangun untuk buang air kencing.. adakah ini simptom jugak ka rahim sya bermasalah?

    • drju Oktober 21, 2016 / 7:32 am

      haid puan teratur atau tidak. saya ada menulis artikel tentang masalah sukar hamil. elok baca.

  37. Nebes Oktober 20, 2016 / 7:40 pm

    Salam drju bleh ke Sy ambik ubat ni Tampa berjumpa doctor.. Sy da dua tahun berkawin Dan period sy normal

    • drju November 24, 2016 / 9:22 am

      kalau haid puan teratur elok jumpa doktor untuk pastikan puan tidak ada masaalah peranakan dan suami tidak ada masalah sperma kurang.

  38. Shakira Oktober 26, 2016 / 9:34 am

    Assalamualaikum doc
    Saya nak tanya sekarang saya tgh mkn pil marvelon 2 month sudah . So lepas ni boleh x saya trus ambil pil chlomid???

    • drju November 24, 2016 / 9:09 am

      clomid di ambil pada hari haid selepas pemgambilan marvelon tu

  39. Mathy November 4, 2016 / 1:44 pm

    Doctor,I dah kahwin 2 tahu n sampai relating belum ada Anak.pada awal Jan16,I ada ubat fertility test n doctor kata I kena kurangkan berat badan sebab berat (68.8) itu patut kurangkan.I bagi I makan Clomid dan premastin. first time until hari 6.lepas itu doctor suruh dtg clinic hari me 14.Dia scan n beritahu I telur keluar I rasa sakit sebelum hari 14 malam.lepas itu I tak pergi jumpa doctor.pada 2hb Nov I pergi jumpa doctor lain n beritahu seperti at as doctor baru.Dia suruh I ambil ubat subur selama 6 hari bersama ubat vitamin subur dan besarkan telur.adakah I boleh hamil lepas ambil ubat tersebut?plz give me good advise n suggestion for pregnant soon.thanks

    • drju November 24, 2016 / 9:09 am

      Ubat tersebut untuk menyuburkan telur puan tetapi cannot guarantee yang puan akan hamil. elok jumpa doktor pakar untuk pastikan tidak masalah pada rahim. pastikan suami pun diperiksa ujain air mani.

  40. Mie November 15, 2016 / 3:44 pm

    Salam Dr. Ju, Saya berusia 31tahun dan berkahwin pada Julai tahun lepas dan belum dikurniakan zuriat saya ada makan folic asid pada awal perkahwinan then stop sbb badan saya ke 80kg dr 60kg.So saya stop dlm awal tahun ni.Dan bulan lepas saya ada berjumpa dgn Dr dan diberi clomid tetapi saya ingatkkan makan selepas 3 hari bersih dari period dan bila saya baca blog Dr Ju baru saya tahu Clomid dimakan pada hari ke3 period. Saya baru habis period 2 hari lepas.Boleh tak saya teruskan makan clomid or tunggu my next cycle of period?Thanks.

    • drju November 24, 2016 / 9:07 am

      elok tunggu kitaran seterusnya kerana clomid tidak lagi berkesan kalau makan bukan pada waktu yang ditetapkan

  41. Nazroh abd rahman November 18, 2016 / 8:31 pm

    Slm Dr.sy datang bln awal 3hari iaitu dlm kitar 25h.mslhnya dlm 2h shj lps tu berhenti.patutkah sy teruskan pengambilan clomid.adakah ianya akan mberi kesan nti.

    • drju November 24, 2016 / 9:06 am

      teruskan pengambilan clomid tu

  42. Niena November 21, 2016 / 4:52 pm

    Salam doc.. Merujuk kpda kes saya, clomid tdk memberi kesan terhadap tubuh badan saya dan kemudiannya doc pakar telah menyarankan saya memakan metformin… selepas pengambilan metformin selama 3 minggu, saya disahka n hamil kemudian gugur selepas itu…. Adakah saya boleh mengambil metformin dan clomid secara serentak? Utk makluman doc, saya sudah berkahwin 3 tahun lebih dan masih tdk dikurniakan cahaya mata… mohon penjelasan dari doc..

    Terima kasih

    • drju November 24, 2016 / 8:59 am

      memang disarankan makan secara serentak kalau puan ada PCOS. tapi elok puan berbincang dengan pakar puan dahulu.

  43. Nur November 27, 2016 / 1:09 am

    Sy makn clomid hari kedua haid mai hari ketiga haid dh xda masih nk teruskan makn clomid ke?

    • drju Disember 5, 2016 / 5:17 pm

      boleh teruskan

  44. Tina November 29, 2016 / 5:49 pm

    boleh dr bsntu saya…buat blood test..resulot keluar 7.36 , umur saya baru 30..adakah iya bermaksud saya tak boleh try dapatkan baby secara normal..tolong babtu saya…saya terlalu tertekan dan sedih…

    • drju Disember 5, 2016 / 5:17 pm

      resulot tu ape?

  45. FSI Disember 2, 2016 / 1:44 pm

    As salam..ape mksud doc kalu amik clomid utk dptkn bby kembar ade ksn sampingan?

    • drju Disember 5, 2016 / 5:16 pm

      kesan sampingan clomid berbeza diantara wanita. peluang untuk kembar dengan makan clomid cuma 4%

  46. Rohani Rahim Disember 14, 2016 / 5:01 pm

    Hari D2 haid ambil clomid 50mg. Selepas pengambilan clomid darah haid hanya sedikit sahaja keluar tidak heavy seperti hari ke 2..Mengapa ya,?
    Untuk hri ke 3, haid hanya tompokkan kecil.. risau sangat..
    Perkahwinan dah 7bulan, masih mencuba, dan masih gagal

    • drju Disember 15, 2016 / 1:29 pm

      pastikan puan tidak hamil. buat ujian kehamilan

  47. Ibu mimi Disember 17, 2016 / 8:32 am

    Slm drju.sy pun mkn clomid ats saranan doktor sbb telur sy sgt sedikit jd doktor sarankn mkn clomid selama 2 bulan dr bln 9dn bln 10. lps tu sy x dtg period dah smp sekarang bln 12. sepatut bln 11 dtg tp tak dtg.adakah sbb mkn clomid sy x dtg period.cek upt negatif.

    • drju Januari 1, 2017 / 4:07 pm

      adakah puan mengalami PCOS??

      • ibu mimi Januari 3, 2017 / 11:48 am

        sebelum ni elok je datang period setelah mkn clomid period tak datang dan sy telah cek upt berkali2 dah mmg negatif. Pcos sy tak pasti la sbb ni firstime jadi macam ni. tak datang period. terima kasih doktor sudi jawab pertanyaan saya.

  48. kaybie Disember 17, 2016 / 8:56 am

    salam Doc…. saya mencuba kaedah TSI dan diberikan clomid 50 mg day 2 period- day 6. day 10 TVS ada 2 folical >18mm diikuti dengan sc pregnyl.tapi cycle ni gagal.sy period day 26 (4 dec)…day 2 scan lg dan doc plan utuk start cycle ke2 clomid dose yg sama 50mg..tapi pada day 10 TVS tiada folical yg besar. TVS day13 juga saiz folical masih <10mm…soalan saya doc..
    1. adakah sy sudah resistance kepada clomid??
    2. sy mempunyai period yang sangat teratur..dan saya monitor kesuburan saya setap bulan dengan kit kesuburan dan vaginal discaj.ovulation biasanya day 12-15. hari ni day14 masih belum berlaku ovulation dan tiada vaginal discaj seperti bulan2 sebelumnya. adakah normal selepas pengambilan clomid sy mengalami keadaan ini…adakah period sy akan lambat??

    • drju Januari 1, 2017 / 4:06 pm

      Nampaknya puan bertelur walau tanpa memakan clomid. saya cadangkan puan membuat pemeriksaan HSG untuk pastikan salur peranakan tidak tersumbat. pastikan juga suami tiada masalah sperma- jadi ujian airmani perlu dilakukan.

  49. mazs Januari 1, 2017 / 9:35 pm

    Salam doc.. sy sedang on clomid hari petama.. boleh x sy makan jamu @ buat bekam semasa sdg on clomid ni..

    • drju Januari 6, 2017 / 1:00 pm

      elok jangan sebab ia boleh mengurangkan keberkesanan clomid

  50. zie Januari 8, 2017 / 7:28 am

    Salam,doc sy merancang untuk hamil dan doc sarankan sy mengambil folic acid ,Bulan 8 tahun lepas sy sudah buka iucd tetapi sehingga kini sy Belum hamil period sy normal adakah disebabkn pemakaian iucd Selma 5 tahun mmberi kesan kpda kelwatan untuk sy hamil kembali ..Untuk pengetahuan doc umur sy 32 tahun adakah dsbbkn faktor umur sy atau faktor lain..

    • drju Januari 9, 2017 / 8:35 am

      kemungkinan ada aje. elok jumpa doc utk pemeriksaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s