Apa itu Clomid
Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.
Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.
Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).
Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.
Bagaimana Clomid diambil
Dos yang paling minima adalah 50 mg sehari diambil selama lima hari berturut-turut iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid anda. Walau bagaimanapun doktor anda mungkin mempunyai protokol yang berbeza untuk anda kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain.
Jika 50 mg tidak efektif, doktor anda mungkin akan meningkatkan dos clomid pada kitaran haid seterusnya, sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya anda masih tidak responsif.
Kesan-kesan sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakan agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.
Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walau bagaimanapun ia cuma terjadi pada sesetengah wanita sahaja.
Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid.
Penggunaan Clomid untuk lebih daripada enam kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.
Kebal terhadap Clomid
Terdapat keadaan di mana pesakit masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai takat maksima. Ini menunjukkan badan pesakit tidak bertindak balas terhadap clomid sebagaimana yang sepatutnya. Keadaan sedemikian selalunya terjadi pada pesakit PCOS yang mempunyai tahap hormon DHEAS yang tinggi dan mereka yang kebal terhadap insulin.
Ia juga lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 27 dan pesakit yang mengalami hyperprolactinemia.
Rawatan bagi kebal terhadap Clomid
Bagi mereka yang mengalami PCOS, rawatan mengunakan ubat Metformin mungkin akan disarankan. Sebaik-baiknya ubat ini dimakan untuk 3 hingga 6 bulan sebelum cuba mengambil clomid semula. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa selain meningkatkan kadar ovulasi, pengambilan metformin dan Clomid dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran.
Jika BMI anda adalah lebih daripada 27, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengurangkan berat badan sebelum mencuba semula Clomid. Kekurangan 10% daripada berat badan semasa anda boleh meningkatkan keberkesanan Clomid.
Bagi mereka yang mempunyai hyperprolectinemia pula, rawatan dengan Bromocriptine atau Dostinex akan diberikan. Ia boleh diambil sama ada secara bersendirian atau gabungan dengan Clomid bagi membolehkan peningkatan kadar ovulasi.
Bagi pesakit PCOS yang mempunyai tahap DHEAs yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan pengunaan ubat dexamethasone untuk mengurangkan tahap rembesan hormon dan seterusnya menjana pertumbuhan folikel.
Ovarian drilling adalah satu pembedahan yang kerap disarankan kepada mereka yang kebal terhadap Clomid, tetapi rawatan ini selalunya dibuat sebagai jalan terakhir kerana ia melibatkan risiko komplikasi pembedahan. Jika doktor anda mencadangkan Ovarian drilling (dimana ovari anda akan ditebuk untuk memecahkan cyst) anda dinasihatkan mempersoalkan pilihan itu kerana terdapat pilihan lain yang lebih mudah dan selamat.
Salah satu cara tambahan kepada mereka yang kebal terhadap clomid ialah dengan memberikan ubat pil perancang selama 1 hingga 2 bulan sebelum mencuba clomid semula. Walaupun preskripsi ini agak bertentangan kerana ia mencegah ovulasi dari berlaku, tetapi kajian perubatan telah menunjukkan hasil yang baik iaitu lebih dari 65% daripada wanita kebal Clomid mengalami ovulasi selepas rawatan ini. Ini mungkin disebabkan pil perancang boleh menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan seterusnya merangsang kematangan telur.
Rawatan Lain
Jika pilihan-pilihan di atas masih tidak berhasil mematang telur, doktor mungkin mencadangkan anda untuk mencuba ubat-ubatan rangsangan ovari yang lain seperti Letrozole (FEMARA). Kajian perubatan menunjukkan bahawa Letrozole boleh mendorong ovulasi pada sesetengah wanita PCOS yang tidak bertindak balas kepada Clomid.
Walau bagaimanapun Letrozole tidak dipasarkan sebagai ubat kesuburan kerana kesan sampingan masih belum jelas seperti kecacatan terhadap janin jika terambil semasa mengandung. Ia masih lagi dalam peringkat penyelidikan.
Terdapat juga kes yang jarang berlaku di mana semasa pemeriksaan ultrasounds dijalankan ovari menunjukkan tanda folikel matang tetapi ovulasi tidak juga terjadi. Keadaan berlaku disebabkan rembesan hormon LH yang tidak cukup tinggi untuk meransang pengeluaran telur. Dalam kes ini, doktor anda mungkin akan memberikan suntikan hCG (yang bertindak sama dengan LH) untuk memecahkan folikel dan menjurus kepada ovulasi.
Pilihan lain untuk merawat kebal terhadap Clomid termasuklah terapi gonadotropin dalam dos rendah dengan atau tanpa rawatan IUI. Ini termasuk ubat-ubatan seperti Gonal-F, Pergonal dan Perugon. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada Clomid, tetapi mereka sangat berkesan sebagai rawatan ovulasi apabila Clomid gagal berfungsi.
Assalamualaikum. Dr ju. Saya mengalami masalah sukar hamil, dimana setelah saya buat ujian darah pda hari ke 21 period sy. Doctor dapati saya sukar hamil disebab kan telur yang kurang.. dimana telur atau progesterone saya 0.2 sahaja.. adakah saya boleh mengambil folic acid brand appeton jika saya tidak mahu mengambil clomid jika doctor beri pda sy.. terima kasih doctor ju,
Puan mengalami PCOS jadi puan tidak bertelur bukan telur puan kurang. Elok puan jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.
ASSALAM DOKTER, saya saya dah kawin 2 tahun tapi susah nk hamil, mcm2 cara dh try,,, apa sy kne makn ubat atau apa cadangan??? tq
kena buat penyiasatan, pastikan suami juga mempunyai sperm yang normal.jumpa doktor pakar
assalamualaikum dr.
boleh saya tahu, bila kah rawatan kesuburan untuk kehamilan boleh dilakukan utk pesakit PCOS? perlu ke saya tnggu utk setahun or 2 tahun?
dan sekiranya ingin zuriat, apa yg perlu saya lakukan?
elok jangan tunggu lama sebab tiada rawatan penyembuhan untuk PCOs ni.
boleh ke saya makan norculut utk trn drh haid kemudian makan clomid utk matangkan telur?
Assalam Dr. Ju , saya teringin baby kembar untuk 2nd pregnancy , boleh ke try mkan clomid untuk 5 hari tu ? 1st preg takde masalah tapi saya takde gen kembar . cuma nak usaha moga ada rezeki kembar .
dapat bayi kembar cuma 5% aje. tapi clomid ade kesan sampingan dan risiko hamil baby kembar tinggi,
Assalam doktor..sy dh 4 tahun kahwin tp belum pernah sekali pon mengandung..sy ade buat chek up keauburan d hospital kerajaan,doktor maklumkan y telur sy tidak bertelur waktu period dan gen jantan lebih skit dlm bdn sy…sy adr mkn clomid tp xpnh jd jge..sy adr buat ultra sound semua ok xde ape2 mslh..jd ape perlu sy lakukan doktor?tlg balas..sy amat memerlukan bantuan doktor…
puan ada PCOS tu elok jumpa doktor pakar sakit puan sekiranya puan ingin hamil.
Assalam doktor, sy sudah berkahwin selama 1 tahun 5 bulan. Sy mengalami period yang teratur pada kiraan sy beberapa bulan sebelum ni. Kitaran 34hari. Tiap2 bulan sy gunakan OPK utk cek kesuburan, Tiap2 bulan sy dpt double line pada hari ke 17/18 (POSITIF).
Tapi sy masih belum ada rezeki untuk hamil.
Minggu lepas, ada buat scan di klinik, doctor hanya beritahu ovari sy sedikit bengkak iaitu size agak besar berbanding yg normal. Doc suggest untuk scan kali kedua next appointment. Namun sy masih keliru, doc tidak memberitahu samada sy ada pcos, cyst atau fibroid. dan tiada satu ubat pun diberikan untuk sy.
Cuma hanya mncadangkan sy berjumpa dengan pakar gynae. sekitar bulan 4 nnti.
Sekiranya sy ambil sendiri clomid tanpa berjumpa doctor terlebih dahulu boleh ke?
elok jumpa doktor dudu. Pastikan sperma suami normal. kalau normal buat ujian HSG
jangan makan sebrang ubat kerana puan tidak masalah anovulasi
Dr, Saya telah berjumpa dengan pakar sakit puan swasta..dia bertahu sy ada PCOS. tp memandangkan sy xde masalah dengan kitaran Haid, sy perlu lakukan ujian HSG. Memandangkan sy belum berkemampuan, boleh ke sekiranya sy tangguhkan dulu sehingga sy rasa mencukupi. Sperma suami tiada masalah, semuanya ok dan normal. Adakah selepas sy buat ujian HSG berkemungkinan sy boleh hamil?
kalau kitaran haid puan normal teratur, puan tiada PCOS. Elok buat HSG utk pastikan puan tiada masalah salur peranakn tersumbat
Salam doc. Sy dah berkahwin 3tahun, belum pernah mengandung. Kitaran period alhamdulillah regular, bmi underweight dan bila buat TVS doc dapati sy pcos. Sudah 4 cycle on clomid, hanya 1 telur yg besar namun masih belum berjaya hamil. HSG juga alhamdulillah tiada blockage. Bolehkah sy teruskan membuat IUI?
kalau haid puan regular, puan bukan PCOS.
elok dapatkan 2nd opinion dulu samada betul betul puan mengalami PCOS. Patikan sperma suami normal
Walaupun nampak rantaian folikel x matang, masih tidak dikira pcos ke doc? STA suami tahun 2016 okay, akan repeat bulan ni insyaAllah
kalau haid puan regular kira bukan PCOS walaupun ada rantaian
ohh i see. kalau period regular, kenapa ya doc setiap bulan takde telur yg matang?
Salam doktor.. saya makan irregular period.. aritu da makan pil perancang diane nak regularkan balek utk 2 cycle…lepas makan, mmg cycle cantik 28hari.. So lepas makan 2 cycle, doktor ade bagi clomid 50mg utk dimakan… Saya mmg da ttc anak kedua ni utk 4 tahun… So saya da makan clomid da… Actually ikutkan 27hari bulan 7 aritu first period, tp xturun.. da 6 hari lewat period…
Persoalannya doktor:
1. Da check upt mase 3 hari lewat period aritu, tapi 1 line.. (negative)
2. Boleh consume clomid menyebabkan kita lewat period?
Possible ke untuk saya hamil?
Thank you doktor atas penjelasan
yes, clomid boleh menyebabkan kita lewat haid. dan of course la possible untuk puan hamil. 🙂
Salam doktor. sy berumur 36 thn dan baru 3 bln berkahwin. ini adalah perkahwinan pertama sy manakala yg kedua bg suami (3 org anak).
soalan sy:
1. sy seorang yang obes tetapi mempunyai period yg teratur (kitaran 23-27 hari). adakah period yg teratur menentukan yg kita subur?
2. suami berusia 49 thn, jarang merokok. adakah faktor usia blh menurunkan kadar kesuburan lelaki (sperm count, ereksi) walaupun sudah mempunyai anak pada perkahwinan pertama?
3. apakah makanan tambahan bg meningkatkan peratus kehamilan bg seseorang yg sudah berumur?
elok jumpa doktor dulu, buat ujian ultrasounds dan darah
saranan ubat atau selalunya bergantung kepada ujina ini. Jumpa doktor pakar
Assalam…dr…saya ada soalan.. saya dah 4 tahun selpas kelahiran pertama dan saya cuba untuk hamil yg kedua..tp sampai sekarang tak lekat.. saya pernah mengambil pil perancang yg disarankan oleh doctor selama empat bulan pertama..lepas tu saya stop.. sekrg saya hanya ambil asid folic dan jamu Harum Malam ikhtiar saya untuk hamil…saya berbadan gempal dan berat saya 89kg.. adakan disebabkan berat saya jd saya tidak subur..asid folic ni saya dah ambil hampir setahun..
kalau haid puan teratur sepatutnya tiada masalah kalau puan berberat badan berlebihan.
jumpa doktor, pastikan ia bukan masalah sperma atau ada sista, polip, fibroid dan sebagainya.
saya dah buat 2 kali ultrasound untuk check sama ada dlm rahim ada fibroid dll..tp semua ok dan rahim dalm keadaan elok kedudukannya.. haid saya juga teratur.. insyaAllah saya akan berjumpa dengan doctor dalam masa terdekat ini.. terima kasih doctor ats nasihat yg diberikan.. 🙂
haid puan regular ke?
ha ah doctor..tetap ja setiap bulan..kalo lewat or cepat pon seari dua ja dari tarikh…
Salam dr Ju.. saya seorg ibu yg telah mendapat anak pertama.. anak pertama saya sudah berumur 1 tahun 6 bulan… saya sedang berusaha untuk hamil anak kedua… tetapi setelah setahun sy mencuba, masih tiada rezeki… period saya teratur… adakah saya perlu berjumpa doktor utk pemeriksaan?
elok jumpa doktor pakar… ramai pesakit saya yang sukar mendapat anak ke 2 mengalami masalah seperti polip dan fibroid
walaupun period teratur ya doktor?
ye
Kalau saya nak cuba dulu makan ubat subur clomid tu boleh?
saya nasihat puan berjumpa doktor pakar dan cari punca dahulu kenapa puan gagal hamil. makan clomid tanpa pantauan boleh memberikan bahaya.
Salam doktor,adakah cycle period 40 hari normal bagi seorang perempuan. Saya pernah hamil tetapi keguguran kerana janin tak membesar dan pernah mengambil ubat clomid selama 4 kitaran period tetapi gagal cycle saya tetap 40 hari, cuma kadang kala paling awal 35 hari dan saya pernah membuat TVS dan kedua-dua ovari saya dalam saiz yang normal.
Bagaimanana lagi cara rawatan atau ubat yang boleh saya ambil sebelum saya membuat ujian HSG & SPERM TEST.
Puan masih berkemungkinan ada PCOS walaupun ovari bersaiz normal. elok buat ujian darah LH and FSH pada hari ke haid
Terima kasih Doktor, cuma kurang jelas ujian darah LH dan FSH perlu buat pada hari ke berapa haid ?
assalamualaikum doctor. Saya sudah berjumpa dgn doctor pakar di lppkn pada tahun 2015. doctor pakar ada sarankan saya buat hsg dan didapati saya xde masalah. kami suami isteri disahkan tiada masalah. Period saya teratur setiap bulan. Cuma doctor beritahu yg telur saya kurang matang. xmembesar pada size yg sepatutnya. doctor suggest saya buat iui. Saya xamik iui. cuba ikhtiar secara tradisional. Then, bulan lepas saya ada jumpe doctor klinik panel, suggest amik clomid. Saya dh amik clomid sebiji sehari selama 5 hari bermula period hari ke 2. dlm masa sama, saya ada buat test opk kesuburan. saya jumpa double line pada hari ke 14 & 15. sekarang saya period. so,doktor suggest amik clomid yg sama ditambahkan dos jd 2 biji sekali makan selama 5 hari bermula period ke 2. Untuk pengetahuan doctor saya ttc anak ke dua dh 6 tahun..
Apa pandangan doctor dengan cara pengambilan clomid ini? adakah ia bersesuaian dgn situasi saya or ada pendapat/cadangan doctor.
Terima kasih doctor.
TTC abak kedua tu saya tak faham maksudnya
saya dalam usaha untuk dapatkan zuriat ke dua. Saya sudah ada cahayamata berumur 6 tahun.
Dr Ju boleh kah selepas mkn clomid saya beli suntikan hCG di hospital swasta dan inject di gov hospital?
Clomid perlukan pantauan…kalau folikel matang berukuran 17 mm keatas. Kena buat US dahulu sebelum injeksi puan
Assalam doktar…saya telah berkahwin selama 2 tahun tapi masih blm dikurniakan zuriat. Dari anak dara period sy teratur tp bila kahwin terus xteratur… dari bulan 11 sehingga skrg sy masih blm period…sy da cek upt tp negetif….apa perlu sy buat ye?
Yang terbaiknya elok jumpa doktor selepas satu tahun tidak berjaya hamil. Jumpa doktor untuk ujian fertilti
boleh ke saya makan norculut utk period kemudian makan clomid utk matangkan telur?
bahaya tak kalau saya amalkan asid folik dan habbasauda?
Assalamualaikum Dr Ju.. skrg sy berumur 37 thn dan sudah berkahwin selama hampir 6 thn. Saya mengalami period yg tidak teratur sejak sblm kahwin lagi. Saya ada berjumpa dgn doc berkenaan masalah period saya ini, doc sarankan saya makan dupashton. Bila saya makan dupashton, period saya jadi regular jgk tetapi bila berhenti, period saya kembali tidak regular. Doc selalu scan & saya tidak mengalami apa2 masalah lain. Doc suggest saya utk amik clomid & selapas 2 cycle, alhamdulillah saya mengandung. Tp, gugur pada minggu ke 6-8 kerana janin tidak membesar @ tidak sihat. Bolehkah saya continue mengambil clomid ini? Terima kasih.
boleh tapi dengan pantauan doktor sbb clomid ada kesan sampingan sendiri.
salam doc, boleh saya tahu kesan sampingan Colmid untuk kali ke dua pengambilan?
kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya tetapi kesan yang paling serius adalah ovari me jadi bengkak dengan teruk
assalamualaikum dr,ju..apakah makanan yang perlu dielakkan ketika mengambil clomid?
tiada pantang semasa makan climid
Dr,saya banyak keputihan, period sering tidkl teratur… Sy mkn jamu, beberapa bulan period OK.. Tpi,skrg period kembali tdk teratur.. Sy pnah kguguran akibat dnding rahim nipis msa kndungan 4bulan. Sya boleh ambil clomid?
Jumpa doktor pakar dulu, tidak semua pesakit sesuai memakan clomid. lebih lebih lagi puan ada masalah dinding rahim nipis sebb clomid boleh menyebabkan ia lebih nipis
Dr..sy ad jump doc klinik..dua thun khwn msh blm ad zuriat..doc klinik ad bg clomid dgn asid folik..doc bg tempoh 3 buln untuk cuba dpt ank..ap pndpt doc adkah sy hrus mkn clomid atau x..sbb sy dgr kesan x elok mkn clomid..hrp sgt dr leh bntu
Dah jumpa sebab kenapa gagal hamil? Makan clomid untuk mereka yang tidak bertelur sahaja
Assalam dr,, sy dah 5 tahun kahwin,, x pernah mengandung,, pernah jumpa doc pakar sakit puan,, sy ad endometriosis 3.5cm,, selain operate ad rawatan lain x doc,, boleh sy makan clomid x?
Pastikan puan tidak ada salur peranakan tersumbat. Buat ujian HSG.
puan jika buat hsg ada berapa % boleh hamiland jangkamasa boleh hamil?
HSG untuk pastikan puan tidak mengalami salur peranakan tersumbat. kalau tersumbat clomid tidak sesuai utk puan
Assalamualaikum Dr..
Saya baru berkahwin pada 9 September 2016, lebih kurang 9 bulan.
Untuk makluman doktor, period saya teratur… Setiap bulan pasti datang. Dari zaman anak dara lagi ok, Cuma lagi 4 bulan nak berkahwin, saya period tanpa henti selama 1 bulan setengah. Selepas itu, period saya teratur semula sehingga sekarang.
Soalan saya, apa pandangan doktor, mengapakah saya masih tidak hamil lagi?
kalau haid teratur bermakna puan bertelur (ovulasi) setiap bulan. jumpa doktor untuk pemeriksaan ultrasound dulu. pastikan tiada sista dan fibroid dalam rahim.
Baca artikel ini : https://alamhamilblog.com/2016/10/15/haid-saya-teratur-tetapi-mengapa-saya-masih-belum-hamil/
Saya ingin bertanya, berat badan saya ialah 80kg, ketinggian adalah 150cm. adakah ini mempengaruhi saya untuk hamil?
kalau haid teratur peluang hamil tinggi. tapi elok turunkan berat badan untuk menambahkan lagi peluang untuk hamil
helo dc. sy tlh ambik clomid last month (10june17).. now period pon dah overdue tp bile check 5 kali, hpt msh kluar neqative. appoinment i next month jer. boleh ke i hamil kali ini. tq
ada cek hari ke 12 telur ada ke tak?
salam..saya ada ambil clomid baru-baru ni, soalan saya bolehkan saya makan jamu pada cycle yg sama?
elok jangan makan ubat lain sperti jamu semasa makan clomid.
Doktor.. blh ke kita mkn clomid pd hari ke 4 period? Period plak biasanye kitaran dlm 4@5 hari je. Kira x terlambat ke sy makan pd hari ke 4 period? Dn masa bila sesyai.mkn? Pg atau mlm?
kena tanya doktor puan yang memberikan preskripsi ubat clomid. clomid tidak boleh dimakan sewenang -wenangnya
Salam dr, saya disarankan oleh dr untuk mengambil clomid 50mg pd cycle bulan 7 dan 100mg pada bulan 8. Namun, sekarang sy berada di Africa dan segala ubatan saya telah tertinggal di Malaysia. Bolehkah sy makan clomid 100mg tersebut pada cycle bulan 9?
boleh.
Adakah terdapat kesan sampingan kerana saya mengambil clomid cycle pertama dan kedua nanti brand yang berbeza? Memandangkan untuk cycle bulan 7 sy membelinya di farmasi memandang sy telah tertinggal clomid di malaysia.
https://alamhamilblog.com/2017/08/24/kesan-sampingan-clomid/
salam doc,
Sya baru berjumpa doc pada 26/08 dan doc menyarankan saya utk mengambil chlomid apabila haid saya keluar . dan saya telah dtg haid pada 29/08 smpai 02/9 dan telah pun mengambil chlomid pada hari ke 2 haid.soalan sya, setelah mengambil chlomid dan dlm keadaan bersih dr haid. kenapa bila saya melakukan hbg dgn suami saya, saya berasa agak kering dan sakit sedikit? adakah itu normal?
agak normal tu, jgn risau. datang hari ke12
datang hari ke 12? maksud doc? berjumpa doctor ke?dan sya dapat rasa hari ni kepala saya berdenyut dan agak pening.
agak normal jgn risau
dr.sya nak tanya saya hri tu ada ambk pil chlomid. tp skrg knapa sya rasa nyilu d bahagian bawah pusat sya ye. dah 2 hri mcm ni.adakah itu effect dr chlomid??
jumpa doktor balik, puan mungkin ada cyst
Doc. selepas semalam. sakit tu hilang dengan serta merta pada hari ni. adakah saya perlu berjumpa doc lagi? dan saya nk tanya klu nak cek seseorang tu ada cyst ke x, mcm ne? adakah melalui scan ??
cyst dapat dikesan dengan senang menggunakan ultrasound. jumpa pakar yang berpengalaman
Hi sy yan, sy mempunyai 2 ank, ingin pregnant kali ke 3 tp susah lekat, period sy teratur, ape yg perlu sy buat yea Doktor
Jumpa doktor pakar yang berpengalaman untuk pemeriksaan – pastikan tiada fibroid atau cyst dalam rahim
Salam doktor, adakah ada kesan sampingan jika saya pernah membuang cyst..adakah cyst akan membesar selepas mengambil clomid?
kalau sudah tiada cyst, makan clomid selamat
Dr, Saya nak tanya. Period saya tak teratur setiap bulan. Kadang lewat beberapa hari, kadang lewat puluh hari. Ada sampai 3bulan saya tak period. Tidak mengalami senggugut yang teruk. Saya baru kahwin, hampir 30thn dan ingin anak secepat mungkin. Sekarang saya amalkan folic asid setiap hari. Boleh ke saya ambil clomid sebagai tambahan tanpa rujukan doc? Tinggi tak % untuk dapatkan kembar jika ambil clomid?
https://alamhamilblog.com/2017/07/14/adakah-clomid-sesuai-untuk-anda/
Assalamualaikum Dr. Adakah normal tempoh darah haid yg keluar cuma 3 hari sahaja,setiap bulan begitu. Hari 1&3 sedikit, hari 2 banyak. Saya mempunyai kitaran haid tetap 28 hari. Saya sudah berkahwin 8 tahun belum dikurniakan zuriat. Sekarang dalam rawatan kesuburan. PCOS. IUI 2kali gagal. TQ Dr.
mungkin puan bukan PCOS?. Agak jarang PCOS dengan haid regular. jumpa doktor utk pilihan rawatan IVF
Assalam dr..sy dah hampir 3 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat. Sy sudah jumpa pakar dan beliau cakap semua normal & beri sy cuba tab clomid utk 2 cycle..skrg 2 cycle dah berakhir tetapi masih belum lagi positif.. boleh dr beri pendapat?
Pastikan suami puan normal. Saya cadangkna ujian hsg utk pastikan salur persnakan tidak rosak
salam,
dok,bole tak sy tahu tanda PCOS …
lepas kawin period sy habis dlm masa 3 hari je sedangkan sblum kawin dlm 5 hari..
kalau haid teratur walaupun sedikit bukan pcos
https://alamhamilblog.com/2014/05/18/fakta-pcos/
Assalammualaikum Dr Ju
Saya ingin hamil lagi dengan perkahwinan kedua, Telah mencuba sejak lima tahun lepas namun tidak berjaya. Usia saya sekarang 45 tahun. Saya faham di usia ini peratus untuk hamil agak sukar tapi saya masih ingin mencuba. Saya ada 4 anak sebelum ini. Haid saya menjadi tidak teratur sejak saya berusia 39 tahun. Waktu umur saya 40 tahun saya ada berjumpa doktor pakar untuk memeriksa keadaan kesihatan sistem reproduktif saya. Ketika scan, telur saya banyak dan membesar dengan baik jadi gynae beritahu saya boleh mengandung lagi secara normal. Namun sehingga sekarang masih tidak berhasil. Pernah buat IUI sekali namun tidak berjaya. Sperm suami mempunyai jumlah yg cukup namun sedikit lemah. IUI kali kedua, telur saya tidak membesar langsung jadi Gynae cadangkan saya berhenti berusaha kerana bagi nya ia tidak adil untuk saya kerana terpaksa mengeluarkan belanja yg besar tetapi peratus untuk hamil adalah sukar.
Apa kah pendapat doktor dalam hal ini? Ada kah doktor bersetuju saya perlu melupakan hasrat untuk hamil lagi? Gynae ada juga mencadangkan kaedah IVF tetapi kosnya agak besar, saya tidak mampu
saya cadang buat ujian hysteroscopy untuk pastikan tidak ada masalah dalam rahim. hysteroscopy juga boleh membersih rahim dan menflush kotoran/debu pada salur peranakan puan.
Puan adakah ujian HSG boleh membantu kehamilan?
segelintir dapat hamil dengan HSG
Slmt pagi doktor ju..sa ada membeli clomid 50mg…utk pengetahuan doktor, saya sdh beranak 1 yg berumur 7 tahun dan berusaha untuk mengandung kali kedua..pada bln ogos 2017 sa mengalami kandungan luar rahim…adakah selamat saya mengambil clomid untuk tujuan kesuburan
tidak semua wanita sesuai memakan clomid. elok jumpa doktor dulu.
https://alamhamilblog.com/2017/07/14/adakah-clomid-sesuai-untuk-anda/
Salam doc.. Sy alami period yg teratur, suami pn normal, sy dah buat ultrasound rahim dan doc kata rahim ok,cantik. Jadi, bln lps doc suggest sy ambl clomid pada hari k2-k6 period. Bln ni, sy ingat da lekat sbb period sy lewat 9 hari dan sy alami sggugut yg amat teruk spt nak gugur rahim sy. doc ada suggest sy ambl clomid lg sekali. Perlukah sy ambil lg?
salam, kalau period teratur maksudnya puan bertelur. jadi clomid tidak sesuai untuk puan. elok jumpa doktor takut ada ovarian cycst
Untuk mengesan ovarian cyst, apa kaedah yg sllu doktor gunakan? Perlu guna tvs ke? Atau sekadar ultrasound.. sbb sy da buat ultrasound tp doc ckp sy xde masalah.
ultrasound melalui vagina lebih tepat terutama 3D
Salam sejahtera doc saya memiliki seorang anak berumur 8 tahun dan sedang mencuba untuk zuriat kedua. Result HSG, hormon test semua ok. begitu juga dengan suami. Period saya juga teratur setiap bulan. berdasarkan bacaan komen2 di atas/sebelumnya, doktor berpendapat saya bukan PCOS.
Saya telah menemui pakar Kesuburan yang mencadangkan saya makan antibiotik selama 2 cycle iaitu bln lepas (feb) dan bulan ini (mac). Dan setelah itu beliau menyuruh saya mengambil klomid. Bolehkah saya teruskan dengan klomid kerana saya tidak mempunyai PCOS?
Makan antibiotik ke pil perancang puan?
Doktor saya bagi antibiotik Doxycap Doxycycline 100mg dan Metronidazole 400mg untuk ditelan selama 14 hari untuk 2 cycles. setelah itu barulah beliau sarankan ambil Clomid pada period/haid bulan hadapan. Ini adalah untuk membunuh bakteria/kuman atau apa2 virus atau situasi dalam rahim dan sekitar yang membuatkan saya sukar hamil katanya. Saya agak pelik juga tapi saya ambil sebab disarankan.
Ini bukan pil perancang
elok puan buat hysteroscopy atau HSG dulu. kalau dua dua tu clear jangan risau
Assalamualaikum doc
Sy baru cuba ambil clomid dalam 2 kali.malam pertama sy mkn clomid, esoknya period keluar byk dlm bentuk pejal,tak cair.selalunya tak macamtu.esoknya period terus stop.dalam masa sy ambil clomid tu badan sy rasa macam nak demam..sakit kepala sangat & rasa loya.sy terus stop ambil clomid tu sebab tak boleh tahan.selama ni period sy teratur & selalunya keluar 4-7 hari.tapi lepas ambil clomid 2 hari je lepastu terus stop.boleh doc tolong bagi pendapat kenapa jadi mcmtu?
kesan sampingan clomid tu elok bincang dengan doktor puan yang bagi clomid tu tentang alternatif lain
Ok t.kasih doctor
Salam dokt..sy dh ada 2 ank..umur sy 39thn..umur suami 49 sblm ni period x tratur kuar sikit2..tp dlm thun ni dh stabil blik..6 tahun sy stop pil prncng sbb nk ank tp masih x bjaya..adkah dsbbkn faktor usia?.sy dh jmpa dokt pakar.bln satu scan ok..tp bila scn pd bln 4 ada cyst sbsar 3cm..tp dokt tetap bg pil subur utk next month..adakh blh mkn pil subur jika ada cyst?
elok jumpa doktor pakar kalau ada cyst kita tak bagi clomid an cyst banyak jenis
Doc sye dah bkhwi 3 thun dan dlm masa 3 thun tu jgk sye mgalami 3 kgugrn..sthun brlalu sye x hmil2 lagi…mcm mna doc
elok jumpa doktor utk penyiasatan, saya cadangkan hysteroscopy tengok ada masalah dalam rahi atau tidak
https://alamhamilblog.com/2014/04/25/keguguran-berulang-atau-recurrent-miscarriages/
salam dr..boleh ke pil clomid dimakan bersama supplement lain?
salam, elok dimakan pada masa yg berbeza
salam doc saya nak tanya . makanan apa yang boleh dimakan kerana doc saya minta untuk makan clomid selepas beberapa bulan consume mercilon. Untuk makluman Dr. saya adalah pesakit endometriosis dan adenomiosis.
salam, tiada halangan makanan dengan clomid, boleh makan apa saja
Assalamualaikum doctor,
Saya telah berkahwin selama 2 tahun 5 bulan dan sedang ber-ttc
Pada awal 2017 saya telah berjumpa dengan doctor sakit puan untuk merujuk masalah sy dan saya telah diberikan clomid selama 2 cycle. Namun sy gagal hamil.
Pada Jun 2017 sy telah berjumpa doctor gynecology yang lain dan sekali lagi saya telah diberikan clomid untuk 3 cycle iaitu 100mg untuk 1 cycle kemudian 150mg untuk 2 cycle lagi. Alhamdulillah sy telah hamil pada cycle kedua, namun pada minggu ke-7 kehamilan sy telah mengalami keguguran.
Saya masih berjumpa dengan doctor yang sama untuk ttc semula. Sekali lagi sy diberi clomid untuk 3 cycle tapi kali ini sy gagal lagi untuk hamil. Untuk makluman, sy telah membuat hsg dan suami pun telah melakukan ujian sperma dan keputusan adalah normal.
Sekarang sy mengikuti suami bekerja di Africa dan sy masih cuba untuk ber-ttc di sini. Saya telah maklumkan kepada doctor di sini yang sy telah on clomid sebelum ini. Namun beliau meminta sy untuk makan semula clomid 100mg bersama vitamin. Adakah sy boleh makan clomid lagi memandangkan sudah banyak kali sy on clomid? Kerana saya ada baca clomid tidak boleh dimakan lebih 6 cycle. Apakah yang dimaksudkan dengan 6 cycle? Adakah ia berturut-turut ataupun tidak?
Mohon bantuan doctor
salam, adakah puna mengalami masalah PCOS?
Doc rujukan sy yg ke-2 pernah memaklumkan sepintas lalu dengan ayat “ puan ada pcos sikit”… sy pun tak berapa faham. Tapi period sy datang setiap bulan cuma kebelakangan ni cycle tak regular tapi masih dalam lingkungan 27-30 hari (CD).
dr saya dah khwen 3thun ,sya ada pcos tpi dr suruh saya mkan ubat clomid….pcos boleh kecut tak? priod saya tiap2 BULAN dtng …. ptut tak saya amik shaklee gla skli
hi, elok puan jumpa dengan pakar sakit puan. kalau haid datang setiap bulan, puan bukan pcos.
tapi saya sudah jumpe dr pakar …dia kata saya ada pcos ……klau mcam tu patut ke saya jumpa dr paka lain
hi, elok jumpa pakar lain untuk buat vaginal scan. follickel kena bilang kalau melebihi 10 barulah dikatakan PCO