Tanda-tanda Kelahiran Pra-matang

bayi pra matang

Kelahiran pra-matang merupakan komplikasi yang serius dan didefinasikan sebagai kelahiran sebelum usia kandungan 37 minggu.

Pengesanan awal dapat membantu mencegah kelahiran pramatang dan memberikan peluang untuk bayi anda membesar dalam kandungan dengan lebih lama seterusnya peluang bayi anda hidup menjadi lebih tinggi.

Sesetengah wanita hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kelahiran pra-matang, tetapi ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Inilah sebabnya mengapa penting untuk mengetahui tanda-tanda kelahiran pramatang. Malangnya, tidak ramai wanita yang memahami tanda-tanda kelahiran pramatang.

Jika tanda tanda ini dapat dikesan dengan awal kemungkinan untuk anda melahirkan secara pra-matang dapat dikurangkan.

Tanda-tanda dan Gejala

  • Perut sakit atau keras setiap 5 minit sekali
  • Keluar Lendir yang bercampur darah dari faraj
  • Keluar air dari faraj secara tiba tiba
  • Sakit belakang yang datang dan hilang
  • Rasa tekanan pada bawah abdomen

Jika anda mengalami mana-mana daripada ini, anda perlu segera jumpa doktor anda dengan segera atau pergi ke hospital berdekatan

bayi02

Sesetengah wanita membuat kesilapan dengan berfikir ini bukan tanda bersalin kerana tarikh jangka bersalin masih lama lagi dan apabila mereka sudah berada pada peringkat yang sudah lewat, sudah terlambat untuk doktor memberhentikan kelahiran tersebut dan bayi akan dilahirkan secara pramatang.

Siapa yang lebih Berisiko

Terdapat beberapa wanita yang mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap kelahiran pramatang. Ini termasuk:

  • Sejarah kelahiran pramatang
  • Hamil Kembar
  • Jangkitan semasa kehamilan, termasuk Jangkitan pada pundi kencing
  • Perokok
  • Pangkal Rahim atau serviks longgar
  • Air Ketuban yang banyak

Pencegahan

Doktor boleh mengukur panjang serviks anda pada minggu 16- 20 minggu. Mereka yang mempunyai servik yang pendek akan diberikan ubat progesteron untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Kajian menunjukkan dengan memberikan progesteron, risiko kelahiran pra-matang boleh dikurangkan sebanyak 37%.

Walaupun tidak semua kes kelahiran pramatang boleh dicegah, tetapi jika wanita peka terhadap tanda tanda awal kelahiran pra-matang, komplikasi dari kelahiran ini dapat akan dikurangkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: