Ramai ibu yang tidak mengetahui bahawa mereka boleh hamil semula seawal 6 minggu selepas bersalin. Tidak kira cara kelahiran anda samada melalui c-seksyen vagina atau kelahiran normal, tubuh anda mampu untuk hamil semula dengan cepat.
Ini kerana ovulasi boleh terjadi seawal 4 minggu selepas bersalin.
Ramai yang mengamalkan pantang berbulan bulan lamanya tetapi ada juga yang mula bersama sebaik sahaja darah nifas berhenti mengalir iaitu dalam masa iaitu 4-6 minggu selepas bersalin.
Baca Lagi: Tempoh pemulihan selepas bersalin
Baca Lagi: Perubahan Pada Faraj Selepas Bersalin
Baca Lagi: Apa Yang Dijangka Berlaku Selepas Bersalin Normal
Sekiranya anda tidak menggunakan kawalan kelahiran, anda boleh hamil walaupun anda menyusu secara eksklusif.
Penyusuan susu ibu melalui Kaedah Amenore Lactational (LAM), walaupun ia melambatkan ovulasi pada ramai wanita, ia tidak menjamin anda tidak boleh hamil secara 100%.
Risiko Kehamilan Dalam tempoh Enam Bulan Selepas Melahirkan
Hamil terlalu cepat memberikan risiko kerana badan anda masih belum sembuh sepenuhnya untuk kelahiran seterusnya. Anda banyak kehilangan nutrien dan badan anda mengambil masa untuk pulih.
Kajian menunjukkan sekiranya anda hamil dalam masa 6 bulan selepas bersalin, ia akan meningkatkan risiko anda untuk mengalami komplikasi seperti:
- Kelahiran Pra- Matang
- Pecah Air Ketuban Sebelum masa
- Bayi terbantut tumbesaran
- Berisiko Lebih tinggi untuk mendapat bayi cacat.
Waktu yang optimal untuk hamil adalah 18 bulan selepas bersalin. Ini memberi masa untuk badan anda sembuh dengan sempurna.
Apa yang Harus anda lakukan Jika Anda hamil lagi dengan cepat?
Jika anda hamil terlalu cepat, jumpa doktor anda dengan segera kerana kehamilan anda mungkin perlukan penjagaan yang lebih rapi.Ini untuk memastikan pantauan yang lebih sempurna dan meminimumkan risiko yang mungkin timbul akibat hamil terlalu cepat.