5 Tanda-tanda Sakit Haid Anda Mungkin Tidak Normal

pain

Sakit senggugut atau ‘period pain’ sangat kerap berlaku di kalangan wanita dan kerap menjadi topik perbualan. Malangnya tidak ramai yang mengetahui bila senggugut itu normal dan bila ia merupakan petanda ada masalah yang serius pada organ peranakan anda.

Ramai yang berpendapat senggugut adalah sebahagian dari fisiologi badan yang normal dan akan berakhir apabila gadis meningkat dewasa atau hilang selepas bersalin.

Walaubagaimanapun, senggugut sering dikaitkan dengan masalah perubatan pada sistem peranakan dan jika sakit senggugut menjadi lebih teruk, ia mungkin isyarat bahawa anda mempunyai masalah yang serius.

Berikut adalah tanda tanda yang menunjukkan sakit senggugut anda adalah tidak normal dan anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

Baca lagi Senggugut dan Adenomyosis

Bace Lagi : Ketahui 6 Punca Senggugut

1. Sakit Anda Terlalu Teruk Sehingga Anda Perlu Mengambil Sijil Sakit

Jika kesakitan menyukarkan anda membuat kerja harian dan memerlukan anda berbaring..

2. Ubat Penahan sakit biasa tidak lagi mujarat

Sakit senggugut biasa selalunya senang dirawat dengan ubat ibuprofen atau acetaminophen. Jika ubat biasa ini tidak lagi dapat membendung kesakitan anda, ia sudah menjadi tanda serius.

3. Anda Juga Mengalami Sakit Pelvis Yang Tiada Kaitan Dengan Haid Anda

Rasa berdenyut berterusan pada pelvis dan pinggul yang boleh menganggu tidur dan kehidupan harian merupakan petanda serius. Jangan keliru dengan sakit OVULASI yang kerap terjadi ditengah bulan.

4. Hubungan Seks Anda juga Menyakitkan

Bila seks tidak lagi menyeronokkan malahan ia memberikan kesakitan ketara semasa tusukan bermakna ada sesuatu tidak kena dalam pelvis anda.

5. Senggugut Anda Melebihi Dari 3 Hari

Senggugut dikatakan normal sekiranya ia berlaku 1-2 hari pertama haid, tetapi jika berterusan sehingga 4 hingga 5 hari atau senggugut juga berlaku sebelum haid bermula ia mungkin petanda anda mungkin mengalami masalah serius pada pelvis anda.

Haid yang teruk kerap dikaitkan dengan buruk boleh disebabkan oleh:

  • Endometriosis
  • Fibroids
  • Adenomyosis
  • Alat IUD

Jumpa doktor anda hari ini untuk ujian Ultrasound vagina.

5 thoughts on “5 Tanda-tanda Sakit Haid Anda Mungkin Tidak Normal

  1. Atikah April 26, 2019 / 9:51 am

    Salam Dr.. saya nak bertanya.. saya mengalami period lebih hari.. itu darah period atau darah sakit? Bulan lepas pon saya mengalaminya tapi kluar bila saya cuci kemaluan.. sekarang saya mengalaminya lagi.. hingga Ada tanda pada pad saya. Dan darah keluar warna coklat gelap..

    • Atikah April 26, 2019 / 10:15 am

      Dan Dr.. saya nak Tanya kenapa bila saya nak kencing da berdehem” pon still rsa mcm ada lgi tinggal air kencing tu.. n air kencing sy mudah kluar walaupon bukn rsa nak kencing.. kdg sy duduk bersila ttbe rsa ad yg keluar..

      • drju April 27, 2019 / 5:55 pm

        salam, elok jumpa doktor tu, mungkin pundi kencing ada masalah

    • drju April 27, 2019 / 5:54 pm

      salam, usia adik berapa? dah kawin ke?

      • Atikah Mei 11, 2019 / 3:49 pm

        Blum berkhwin.. umor 25thun Dr.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s