Urutan Perineal (Perineal Massage) Dan Manfaatnya

hamil09.jpg

Urutan perineal adalah urutan otot vagina yang dibuat semasa hamil dengan harapan ia akan membantu vagina anda menjadi lebih elastik dan mengurangkan risiko luka semasa melahirkan bayi anda.

Ia juga mengurangkan kadar episiotomi sekaligus membantu anda pulih dengan cepat selepas bersalin.

Fokus urutan ini adalah pada bahagian dalam vagina bukan bahagian kulit luar faraj anda dan sepatutnya ia tidak akan memberikan rasa sakit atau kurang selesa.

Pastikan tangan anda bersih dan potong kuku anda sekiranya ia panjang.

Pilih kedudukan yang selesa. Ini boleh dilakukan sambil duduk atau berbaring atau anda boleh cuba berdiri dengan satu kaki di atas kerusi.

Anda juga boleh cuba melakukan urutan di bilik mandi di mana air suam boleh membantu melembutkan faraj anda dan urutan anda akan menjadi lebih senang.

Lumurkan jari anda dengan minyak bayi atau minyak olive pada sekitar lubang faraj anda.

urutan-perineal-

Dengan meletakkan ibu jari anda di dalam faraj, tekan faraj anda ke bawah. Urut faraj dalam gerakan berbentuk U. Urut dari sisi vagina ke bawah ke perineum anda. Buat selama satu minit sehingga lima minit

Mulakan urutan perineal dari minggu ke 34 sekurang-kurangnya satu atau dua kali seminggu.

Pada lewat kehamilan, anda mungkin sukar untuk melakukan urutan ini disebabkan perut yang semakin membuncit, jadi tugas urutan boleh diambil alih oleh suami.

Setelah beberapa minggu, anda mungkin terasa kulit dan otot di sekeliling pembukaan faraj menjadi lebih longgar dan elastik. Ini adalah tanda bahawa urutan anda adalah efektif.

Urutan perineal selamat dilakukan tetapi sekiranya anda mengalami masalah keputihan gatal dan berbau, elok jumpa doktor dahulu untuk memastikan anda tiada jangkitan kuman pada faraj.

Sekiranya urutan perineal digabungkan dengan senaman Kegel, hasil urutan akan menjadi lebih optimal dalam mengurangkan luka dan risiko episiotomi semasa bersalin.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: