S: Apa yang menyebabkan endometriosis?
J: Ia terjadi kemungkinan disebabkan oleh aliran haid yang terbalik. Ini bermakna tisu dari lapisan rahim, yang dipanggil tisu endometrium, mengalir ke belakang melalui tiub fallopian wanita semasa menstruasi. Tisu ini kemudian tumbuh pada pelvis di dalam pelvis dan bertindak balas terhadap rangsangan hormon setiap bulan
Endometriosis boleh menjadi radang, berdarah sebagaimana darah haid, dan berkembang menjadi tisu parut. Kejadian parut yang berterusan boleh menyebabkan salur peranakan menjadi tersumbat.
Teori lain, ia juga disebabkan oleh tindak balas sistem imun yang tidak normal, ketidakseimbangan hormon. Ia juga mungkin berkait dengan unsur genetik.
Q: Apakah gejala endometriosis?
A: Kesakitan pada pelvis dan senggugut merupakan gejala penyakit yang paling kerap dialami oleh kaum wanita. Ia mungkin cuma senak biasa tetapi kesakitan mungkin ketara yang boleh membuat wanita tidak dapat hidup dengan sempurna seperti gangguan tidur disebabkan terjadi ditengah malam akibat sakit yang keterlaluan, terpaksa cuti dari bekerja dan kerap berjumpa doktor. Ramai wanita mengambarkan ia sebagai tajam dan rasa seperti terbakar.
Gejala-gejala lain termasuk:
- Aliran haid tidak normal pendarahan
- Senggugut yang Teruk
- Sakit belakang
- Sakit Seks
- Sakit Semasa senaman
- Sakit Semasa buang air besar
S: Bagaimana saya boleh memastikan saya didiagnos dengan betul ?
J: Endometriosis pada peringka cuma dapat di diagnoskan dengan mengunakan laparoskopi dengan pengesahan tisu endometriosis pada ujian histopatologi. Jika ia sudah menjadi teruk atau sista. endometriosis dengan senang dapat di diagnoskan dengan mengunakan ultrasound scan.
S: Bolehkah saya hamil jika saya mempunyai endometriosis?
J: Ya, anda boleh. Hampir semua wanita yang mempunyai endometriosis adalah subur, dan terdapat banyak wanita yang mempunyai penyakit ini dan terus mempunyai anak.
S: Adakah ada cara saya boleh menghalang endometriosis dari terjadi
A: Malangnya, tiada rawatan sembuh untuk penyakit ini. 10 peratus hingga 15 peratus daripada semua wanita dalam usia reproduktif yang mengalami masalah endometriosis.
S: Apakah pilihan untuk merawat endometriosis?
A: Bergantung kepada keterukan endometriosis anda. Jika ia peringkat awal dan anda cuma mempunyai sakit yang sederhana, ubat tahan sakit sesuai untuk anda. anda juga mungkin disarankan untuk mengambil VISANNE atau pil perancang untuk memastikan ia tumbuh dengan cepat.
Bagi kes yang lebih berat dengan pembentukan sista dan parut pada pelvis, tiada rawatan perubatan yang boleh merawat anda kecuali endometriosis perlu dibuang melalui pembedahan.
Sekiranya ia pada peringkat kronik dengan gejala yang teruk,mungkin doktor akan pembedahan membuang rahim dan ovari.