Kerap Kencing Semasa Hamil

gugur

Kerap membuang air kecil selalu terjadi di awal kehamilan. Ia bermula pada awal kehamilan dan akan hilang semasa trimester kedua tetapi boleh berterusan sehingga trimester ketiga.

Kerap membuang air kecil boleh menjadi tanda kehamilan kerana ramai wanita yang mengalami masalah ini tidak sedar mereka sebenarnya sedang hamil.

Mengapa ia terjadi?

Di awal kehamilan, terdapat peningkatan dalam jumlah air kencing disebabkan pertambahan air dalam badan wanita hamil. Rahim pula membesar disebabkan oleh janin yang semakin membesar memberikan tekanan pada pundi kencing menyebabkan keinginan anda untuk kencing menjadi lebih kerap.

Untuk mengurang keinginan untuk kencing di malam hari, cuba minum air lebih kerap di siang hari dan kurangkan pengambilan air pada malam hari. Kurangkan juga jumlah pengambilan kopi jika anda penggemar kopi. Kafein yang ada dalam kopi boleh bertindak sebagai diuretik yang menggalakan pengumpulan air kencing.

Kerap membuang air kecil semasa hamil bukan sesuatu yang luar biasa tetapi, jika ia disertai dengan gejala di bawah, elok jumpa doktor dengan segera kerana ia mungkin tanda anda mengalami jangkitan kuman pada saluran pundi kencing.

  • Pedih ketika membuang air kecil
  • Demam
  • Sakit perut
  • Sakit Belakang

Jangkitan pada saluran kencing boleh menjadi serius dan boleh menjurus kepada kelahiran pramatang. Pastikan anda menyampaikan masalah anda ini kepada doktor jika anda mempunyai mana-mana gejala di atas.

Pada akhir kehamilan, bayi anda jatuh ke dalam pelvis sebagai persediaan untuk bersalin dan ini memberikan lebih banyak tekanan pada pundi kencing anda. Kekerapan untuk kencing akan berulang dan anda juga mungkin terkencing semasa batuk dan bersin. Pastikan anda mengosongkan pundi anda sepenuhnya setiap kali kencing untuk mengurangkan gejala ini.

Keadaan ini yang dipanggil ‘Stress Incontinence’ dan selalunya akan hilang selepas kelahiran dan dikurangkan dengan mengamalkan senaman KEGEL.

 

4 comments

  1. Slm.. Doktor,,, sy ingin brtnye…ttg kekerapan sy membuang air kecil pada wktu mlm dan berkurg pd waktu siang,, kerap rase kembung perut,, adakah ini petanda hamil… Tpi sy blm dtg haid lagi untuk dua bulan lepas haid sy dtg pde aribuln yg same iaitu 28 aribuln… Dn sebelum2 ni pun sy x prnh rse begini mse nk dtg bulan..

    • Salam, Kalau urine test positif puan hamil. kekerapan kencing bukan tanda hamil, ia adalah masalah semasa hamil.

  2. salam.. nak tanya. nomal ke , kalau kerap kecing hamil dalam dua bulan…saya seblum tdor memang jarak sminit akan kencing dan kencing lagi…ada kah itu nomal bgi ibu mengadung macam saya ini…

    terima kasih

    • agak normal, tapi elok jumpa doktor , pastikan tiada jangkitan kuman pada pundi kencing ( UTI) sebb , ia juga kerap terjadi dikalangan wanita hamil

Tinggalkan komen