Semasa trimester pertama, tidak mudah untuk mentafsir sama ada anda mungkin mengalami keguguran atau tidak. Tanda-tanda pendarahan atau kekejangan mungkin tidak hadir sehinggalah berminggu-minggu anda telah keguguran.
Petunjuk lain seperti kehilangan rasa mual, muntah mungkin ringan dan tidak jelas serta sukar tidak dirasai oleh wanita
Tanda-tanda keguguran pada awal kehamilan
Dua gejala utama keguguran adalah pendarahan faraj dan kekejangan perut tetapi ia bukan petanda pasti anda sudah gugur.
Sebagai contoh, kekejangan perut yang sederhana semasa hamil kerap terjadi dan tiada apa yang boleh anda bimbangkan
‘Brown spotting’ atau pendarahan kelabu juga boleh berlaku dalam kehamilan normal. Walau bagaimanapun jika darah berupa merah pekat, ia adalah tanda yang lebih serius yang memberi signal ke arah keguguran.
Tanda-tanda dan gejala-gejala keguguran berpotensi yang lain, antaranya;
- Keputihan merah jambu
- Keluar tisu seperti daging dari faraj
- Rasa loya atau sakit buah dada
Ambil ujian kehamilan
Jika ujian kehamilan anda menjadi negatif dan sebelum ini adalah positif, anda mungkin gugur tetapi sekiranya ujian masih positif anda mungkin masih hamil dan keguguran masih boleh terjadi disebabkan hormon kehamilan (hCG) mengambil masa untuk turun untuk membuatkan ujian kehamilan negatif.
Walau bagaimanapun anda perlu berjumpa doktor untuk kepastian kerana ujian kehamilan di rumah tidak tepat dalam menilai tahap hCG anda dan kegelapan baris boleh berbeza-beza mengikut masa, hari dan jumlah air yang anda telah minum.
Apa ujian untuk mempastikan yang anda betul-betul sudah gugur?
Ujian darah hCG boleh memberikan diagnosa keguguran dalam masa 48 jam. Jika ujian kedua berkurang dari ujian pertama, kemungkinan besar anda sudah gugur.
Ujian US agak sukar untuk membuat diagnosa keguguran pada 4-5 minggu. Pesakit selalunya disarankan untuk ujian ulangan US selepas seminggu dan sekiranya tidak berlaku tumbesaran pada kantung atau tiada degupan jantung dikesan, anda semestiya sudah gugur.
Jumpa doktor anda hari ini.
bilakah tempoh persenyawaan berlaku selepas melakUkan hubungan seksual?
dalam masa 12 jam
bolehkah kehamilan berlaku walaupun sudah memakai kondom?
boleh kalau condom dimasukan terlalu lewat atau ia bocor
Sy telah ambil ubt gugur sebulan y lepas buln 7 dan selepas itu sy tidak buat ujian upt utk pengesahan preggy negatif o poditif..sekrang masalah sy..b4 raya haji..darah keluar dan sy syaki ianya period..tp harini dah masuk 7hari..apabila saya buang air kecil..darh keluar dari faraj cm air y mengalir bserta lendir..darah warna seperti merah hati..minta pandangan
salam, jenis ubat dan berapa usia kandungan?
Blh sy tahu adakah ubat gugur blh membantu cuci kandungan yg gugr?
Cytotec & misoprosotol
Dan sekiranya kandungan dah disahkan tiada denyutan /kandungan mati, adakah so ibu masih lagi mengalami alahan/morning sickness?
Terima kasih Dr membantu.
setiap ubatan perlukan prescripsi dari doktor dan ya, walaupun kandungan sudah tiada, anda masih boleh lagi mengalami alahan dan morning sickness
doctor di klinik swasta menasihati saya untuk gugurkan kandungan kerana tiada denyutan since now kandungan berusia 7 minggu 2 hari. saya bercadang untuk mengambil pil gugur seperti yang saya mentioned tu if its work.
salam, boleh saya tahu dimana puan dapatkan pil gugur tersebut kerana memberi pil tanpa prescripsi doktor adalah salah.
Assalam Dr,
Kandungan saya missed miscarriage. (11 wks). Saya dah buat appointment utk buat D&C dalam masa seminggu lagi.. Jadi, dalam tempoh masa sebelum buat DnC ni, ada apa-apa risiko atau tanda-tanda bahaya yang perlu sy awasi? Tq.
salam, kalau puan berdarah dengan teruk elok jumpa doktor dengan segera, kalau tiada masalah selalunya ia tidak berbahaya
Assalammualaikum Dr.
Saya ada kemusykilan tentang pendarahan antara period.. Maksudnya saya br je habis period dlm seminggu lebih.. Tp smlm tiba2 keluar drh segumpal seperti period dan masih keluar drh smpi hari ni..adakah saya keguguran?fyi my peiod cycle is normal.. Hrp Dr dpt bantu.. Tq in advance.
salam, keguguran mungkin tetapi ada banyak sebb kenapa ia terjadi, elok buat pemeriksaan faraj dan pemeriksaan us melalui faraj. jumpa pakar yang arif
As salam doctor. Sy sudah 3 hari bleeding tapi tidak la byk sperti period. Semalam scan baby tiada heart beat. Doctor minta sy tunggu lg seminggu dua. Ikot tarik sudah 10weeks. Tp semalam scan baby baru 7w 1d. Aa perlu sy buat??
salam, kantung janin sudah dapat dilihat pada usia kandung 5 minggu 5 hari, kalau 7 minggu tiada denyutan, puan sudah gugur.
9minggu hamil. Ada pedarahan tp tak banyak kdg ada kdg tak ada.. Pakai panty liner.. Sudah cek kat doktor. Doktor kata janin tiada denyutan jantung. Doktor ckp kna tunggu 1minggu lg. Apakah saya sudah gugur.
salam, kalau 9 minggu dan tiada jantung- dah gugur puan