
Semasa trimester pertama, tidak mudah untuk mentafsir sama ada anda mungkin mengalami keguguran atau tidak. Tanda-tanda pendarahan atau kekejangan mungkin tidak hadir sehinggalah berminggu-minggu anda telah keguguran.
Petunjuk lain seperti kehilangan rasa mual, muntah mungkin ringan dan tidak jelas serta sukar tidak dirasai oleh wanita
Tanda-tanda keguguran pada awal kehamilan
Dua gejala utama keguguran adalah pendarahan faraj dan kekejangan perut tetapi ia bukan petanda pasti anda sudah gugur.
Sebagai contoh, kekejangan perut yang sederhana semasa hamil kerap terjadi dan tiada apa yang boleh anda bimbangkan
‘Brown spotting’ atau pendarahan kelabu juga boleh berlaku dalam kehamilan normal. Walau bagaimanapun jika darah berupa merah pekat, ia adalah tanda yang lebih serius yang memberi signal ke arah keguguran.
Tanda-tanda dan gejala-gejala keguguran berpotensi yang lain, antaranya;
- Keputihan merah jambu
- Keluar tisu seperti daging dari faraj
- Rasa loya atau sakit buah dada
Ambil ujian kehamilan
Jika ujian kehamilan anda menjadi negatif dan sebelum ini adalah positif, anda mungkin gugur tetapi sekiranya ujian masih positif anda mungkin masih hamil dan keguguran masih boleh terjadi disebabkan hormon kehamilan (hCG) mengambil masa untuk turun untuk membuatkan ujian kehamilan negatif.
Walau bagaimanapun anda perlu berjumpa doktor untuk kepastian kerana ujian kehamilan di rumah tidak tepat dalam menilai tahap hCG anda dan kegelapan baris boleh berbeza-beza mengikut masa, hari dan jumlah air yang anda telah minum.
Apa ujian untuk mempastikan yang anda betul-betul sudah gugur?
Ujian darah hCG boleh memberikan diagnosa keguguran dalam masa 48 jam. Jika ujian kedua berkurang dari ujian pertama, kemungkinan besar anda sudah gugur.
Ujian US agak sukar untuk membuat diagnosa keguguran pada 4-5 minggu. Pesakit selalunya disarankan untuk ujian ulangan US selepas seminggu dan sekiranya tidak berlaku tumbesaran pada kantung atau tiada degupan jantung dikesan, anda semestiya sudah gugur.
Jumpa doktor anda hari ini.
Tinggalkan Jawapan kepada Rosita Batal balasan