Tanda- Tanda Salur Peranakan Anda Mungkin Tersumbat

sengugut2

Salur Peranakan atau fallopian adalah saluran yang membawa sperma kepada telur yang matang untuk persenyawaan dan sekiranya terdapat halangan, wanita dikatakan mempunyai salur peranakan yang tersumbat yang membawa kepada 40% sebab kenapa wanita gagal hamil.

Bagaimana Salur Fallopian Yang  Tersumbat Boleh Menyebabkan Ketidaksuburan?

Setiap bulan apabila ovulasi berlaku, telur dilepaskan dari salah satu ovari. Telur bergerak dari ovari akan melalui tiub untuk ke dalam rahim.

Sperma juga perlu berenang bermula dari pangkal rahim akan melalui rahim dan tiub fallopio untuk sampai ke telur. Persenyawaan biasanya berlaku semasa telur bergerak di dalam saluran fallopian.

Jika satu atau kedua-dua tiub fallopio tersumbat, sperma tidak akan sampai ke telur dan menghalang persenyawaan dan seterusnya wanita gagal hamil.
Sekiranya salur peranakan cuma separuh tersumbat, ia boleh mengundang kepada risiko kehamilan di luar rahim atau ectopic pregnancy.

Apakah Tanda-tanda Salur Fallopian Tersumbat?

Malangnya kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang gejala terutama apabila haid mereka teratur dan tiada senggugut.

Dalam kes hydrosalpinx, wanita mungkin mengalami senak pada bahagian bawah perut dan mengalami keputihan yang banyak. Tetapi tidak ramai yang mempunyai masalah sebegini.

Diagnosa Hydrosalpinx selalunya dibuat secara tidak langsung apabila ujian ultrasound vagina dilakukan.

Hydrosalpinx adalah satu keadaan di mana salur peranakan membengkak dan dipenuhi dengan cecair. Ini mencegah persenyawaan di antara telur dan sperma.

Senggugut dan sakit semasa seks mungkin menunjukkan wanita mengalami endometriosis dan penyakit keradangan pelvis, tetapi gejala-gejala ini tidak semestinya menunjukkan salur fallopian  tersumbat.

Punca Salur Fallopian Tersumbat

Punca yang paling kerap termasuk penyakit radang pelvik (PID). PID disebabkan oleh penyakit kelamin, tetapi tidak semua jangkitan pelvis berkait dengan STD.

Sebab-sebab lain termasuk:

Sejarah jangkitan STD, khususnya chlamydia atau gonorrhea antaranya;

  • Sejarah jangkitan rahim disebabkan oleh keguguran
  • Appendiks yang pecah
  • Sebarang pembedahan perut terdahulu
  • Kehamilan ektopik sebelumnya.
  • Sebelum kehamilan ektopik
  • Endometriosis

Bagaimana Diagnosa Dibuat?

Diagnosa selalunya dibuat dengan menggunakan X-ray yang dipanggil hysterosalpingogram atau HSG. Ultrasound melalui faraj juga boleh mengesan kehadiran hydrosalphinx.

Pembedahan laparoskopi atau hysteroscopy juga disarankan sekiranya punca perlu diketahui untuk rawatan yang tepat.

Ujian darah boleh mengenalpasti kehadiran antibodi chlamydia iaitu tanda di mana wanita pernah mengalami jangkitan.

Rawatan dan Pembedahan

Sekiranya berlaku penyumbatan yang ringan, pembedahan laparoskopi mungkin boleh membuka tiub tersumbat atau membuang tisu parut. Tetapi jika ia sudah dalam peringkat yang teruk ia sukar dirawat.

Risiko kehamilan ektopik adalah lebih tinggi selepas pembedahan membuang parut dan membaiki salur yang tersumbat. Sekiranya anda hamil doktor selalunya memantau kehamilan anda untuk memastikan kehamilan berlaku di dalam rahim.

Doktor mungkin akan menyarankan pembuangan salur peranakan sekiranya anda mengalami hydrosalphinx untuk meninggi peluang kejayaan IVF.

 

50 comments

      • salam dr.. saya pernah mengandung.. tapi kantung kosong, dalam 3 bulan.. dan sekrang dh berapa bulan belum ad rezeki lagi, haid sya teratur tepat pda waktunya, tidak pernh lmbat atau awal, berpunca dari masalah apa ya dr.

  1. Assalamualaikum Dr. Bagaimana jika terdapat sesuatu yang menyekat di bahagian tengah vagina saya yang menyukarkan doktor untuk membuat HSG Test kerana sukar untuk melihat lubang rahim. Apakah penyelesaiannya, adakah perlu membuat IVF?

  2. asalamualaikum saya nak bertanya , kalau macam saya tak datang haid sebulan atau lebih kurang lambat tapi saya baru kene masalah sukar buang air besar tu macmane ye ? ☺️ panic jugak rasanya hmm

    • salam, tak perlu, jiga anda hamil bermaksud salur peranakan anda TIDAK tersumbat. keguguran tidak dikaitkan dgn salur peranakan yang bermasalah

    • Hello doc .
      Period sya normal setiap bulan … Sya ttc 4 tahun lebih … Adakah period normal boleh dikaikan dengan tiub tersumbat ?

      • Hello, sori lamabt jawap, period normal bermaksud teratur menunjukan puan tiada masalah ovulasi- iaitu tanda puan bertelur setiap bulan, elok buat ujian ultrasound dan cek sperm suami.

  3. salam, doc nk tanya sy ade pcos both my ovary dan ade lah beberapa ubat doc bg untuk membesarkan telur. baru-baru ni sy period, hari 1 period sy sedikit 2 titik mcm tu..skrg dah hari ke 6 period sy mcm tersumbt..darah hanya keluar sedikit bila kencing shaja..sepanjang 6 hari sy tidak menggunakn pad sbb darah hnya keluar ketika kencing tu pun sedikit..knp doc?adakan kesan dari pengambilan ubt?

  4. Assalamualaikum doc, saya bru shja brkhwin hmpir stahun.. Skarang tgh usaha utk hamil.. Period sy tak teratur, prtngahan bulan lpas hanya kluar darah coklat² shja dan sedikit, awal bulan ni sy period tapi darah kluar ok, tak mcm bulan lpas.. Boleh ke sy buat rawatan skarang? Ataupn masih terlalu awal?

  5. Salam doc, isteri saya mengalami period yang tidak menentu, bila check, ada ketulan darah di bahagian kanan rahim, dah bawa ke hospital, tapi doc pun tak dapat sahkan cyst atau apa? sakitnya merengat dan setiap malam akan demam sampai ke pagi, macam mana nak buat tu doc?

  6. dah penah mengandung luar rahim dan skrg dah 10 tahun slps operation itu sy tk mengandung lagi.adakah tiub sy tersumbat selepas operation itu?

  7. Salam doc..saya sudah mempunyai 2 org anak..dan saya pernah keguguran usia kandungan 4 bulan.. selepas keguguran sampai sekarang sudah 4 tahun masih tidak hamil lagi.. adakah tiup saya tersumbat..dan doc pernah bagi tahu yang rahim saya terbalik..adakah 2 sebab ini menyebabkan saya sukar untuk hamil lagi.

  8. Assalamualaikum Dr, saya nak tanya adakah normal kalau setiap kali period datang dlm 2 @ 3 hari je? Dah banyak bulan dah macam ni. Darah hari ke 2 je banyak. Risau sbb sblm2 ni mesti dlm 6 hari.

  9. Assalamualaikum doc.. saya pernah hamil dan beranak scra czer.. ank saya sekarang dah masuk 7 tahun.. tp saya masih xbole hamil lg.. saya x ada ambl sbrang ubat cegah hamil atau apa2.. period saya teratur stp bulan dtg.. adakah kmgkinan fllpion tube saya tersumbat.. dan apa rawatan yg sesuai untk saya buat untk nak hamil lagi

  10. Salam doc,sy pertama kali bersama suami dan menggunakan kaedah buang luar. Kemudia terdapat spotting selepas 2 hari bersama. Apakah sebabnya?

  11. Salam doc,sy pertama kali bersama suami dan menggunakan kaedah buang luar. Kemudia terdapat spotting selepas 2 hari bersama. Apakah sebabnya? Kemudian sepatutnya period minggu ini tapi masih belum. Tetapi tiada simptom2 hamil.

  12. Salam doc, sy berumur 33 tahun dan dah 2 kali bersalin czer.. last tahun 2018. Jadi tahun ni plan utk mengandung lagi tp dah 6 bulan cuba masih takde rezeki.. period sy tiap bulan teratur xpernah miss.. adakah berkait dgn pembedahan dulu? Ape perlu sy buat..

    • selalunya tiada kaitan, tapi elok jumpa pakar untuk pastikan tiada ketumbuhan dalam Rahim seperti polyp.

      • hi doc sy dah satu bln lebih tk dtg haid sy cuba test hamil tapi tk hamil pon tapi badan sy rasa letih je apa kah rahim sy tersumbat?

      • tak lah, jumpa la doctor kalau letih, fizikal stress boleh juga delay period

  13. Hai doc.. Saya bila nak period mesti akan keluar drah warna coklat dlm 3 hari tapi msa buang air kecil je.pada hari 4 baru akan keluar yg byak warna merah..kenapa ya?

    • sangat normal sebb haid luruh sedikit pada awal hari hari awal haid, jgn risau kalau colour tu terlebih coklat

Tinggalkan Jawapan kepada drju Batal balasan