Berat badan kehamilan yang cukup adalah tanda yang anda mempunyai nutrisi yang cukup untuk keperluan bayi anda. Bergantung kepada berat sebelum hamil, kebanyakkan wanita dengan berat badan normal perlu kenaikan dalam lingkungan 25 hingga 35 pound.
Semasa trimester pertama, apabila “morning sickness” menjadi paling teruk, adalah perkara biasa untuk berat badan anda turun. Tetapi jangan risau kerana janin anda masih kecil dan perlukan nutrisi yang sedikit. Selagi anda mengambil vitamin yang doktor berikan ia tidak akan menjadi masalah.
Hilang selera makan sering disertai dengan loya dan muntah-muntah yang merangkumi 70 hingga 85 peratus wanita hamil. Morning sickness mungkin cara semulajadi badan anda untuk melindungi janin dari makanan yang berpotensi mendatangkan bahaya.
Peningkatan hormon termasuk estrogen dan hormon kehamilan hCG memainkan peranan besar dalam meningkatkan rasa loya dan kepekaan anda terhadap bau sambil mengurangkan selera makan anda.
Bagaimana Untuk Memenuhi Keperluan Pemakanan Anda:
1. Minum Dengan Lebih Kerap
Pastikan anda mengambil air yang cukup kerana adalah lebih penting dari menyasarkan pengambilan kalori yang tertentu. Sebaiknya lapan gelas sehari. Sekiranya air biasa memberikan anda mual ia boleh diganti dengan air limau atau haila.
2. Jangan Memaksa diri.
Anda tidak perlu makan banyak setiap kali sarapan. Makan dengan kuantiti sedikit tetapi dengan lebih kerap.
3. Makan Makanan Yang Senang Dihadam
Cuba Jus buah-buahan seperti pisang atau bubur nasi ayam ditambah dengan yogurt kalsium. Ia nampak simple tetapi senang dihadam dan mengandungi cukup protein dan karbohidrat untuk anda rasa kenyang dengan lebih lama.
4. Elakkan Dari Makanan Berbau.
Ini termasuk makanan berkari, berlemak, pedas atau ulaman berbau seperti petai.
5. Beralih Kepada Minuman Sejuk.
Ramai wanita mendapati minuman yang sejuk lebih menyelerakan apabila mereka hamil. Jangan percaya kepada mitos yang minuman sejuk membuatkan anak anda besar dan gemuk.
6. Makan Vitamin.
Makan multivitamin dengan rutin kerana kekurangan makanan membuatkan anda kehilangan vitamin dan mineral dalam badan.
7. Ambil Ubat Tahan Mual.
Banyak ubat tahan muntah yang anda boleh cuba seperti maxolon dan Veloxin. Dapatkan nasihat doktor.