Kadar jantung janin yang normal biasanya dalam lingkungan 120 dan 160 denyutan seminit (bpm), tetapi pada awal trimester pertama, kadar jantung bayi boleh menjadi lebih perlahan.
Kajian menunjukkan kadar jantung minimum yang normal pada awal kehamilan berdasarkan saiz janin adalah seperti berikut;
2.0 mm embrio: 75 denyutan seminit
5.0 mm embrio: 100 denyutan seminit
10 mm embrio: 120 denyutan seminit
15 mm embrio: 130 denyutan seminit
Kadar jantung yang perlahan di awal kehamilan dikaitkan dengan risiko keguguran yang lebih tinggi. Doktor selalunya akan mencadangkan ultrasounds ulangan bagi janin yang mempunyai kadar jantung yang perlahan untuk memastikan janin anda membesar dan kadar degupan menjadi normal pada lawatan seterusnya.
Keguguran yang berlaku selepas mengesan kadar jantung yang perlahan selalunya berkait dengan ketidaknormalan pada kromosom sejak dari peringkat awal hamil.
Tidak ada bukti menunjukkan bahawa kadar jantung janin boleh meramalkan jantina bayi.
Baca lagi : Ketepatan US dalam menentukan due date anda