Pendarahan Pada Lewat Kehamilan
Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan yang cuma tercalit pada seluar dalam atau pendarahan serius yang teruk dan mengejut. Apapun jenis pendarahan faraj […]
Info Kehamilan dan Sakit Puan
Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan yang cuma tercalit pada seluar dalam atau pendarahan serius yang teruk dan mengejut. Apapun jenis pendarahan faraj […]
Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan yang cuma tercalit pada seluar dalam atau pendarahan serius yang teruk dan mengejut.
Apapun jenis pendarahan faraj yang berlaku semasa lewat kehamilan, ia akan dianggap serius dan perlu mendapat perhatian segera dari doktor anda.
Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.
Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami Placenta Abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan kesakitan pada perut.
Apabila uri berada pada kedudukan bawah, ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan Placenta Previa (PP). PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekiranya berlaku pendarahan.
Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ini dipanggil “show”. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.
Jumpa doktor anda hari ini